Adds by nuffnang

Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Wednesday, July 9, 2014

Tips mencuci botol yg kuning berkeladak

Aku tak tahu kekdah yg betul nak cuci botol cenggini.Ni pon akak cleaner kat opis yg ajar.Mula2 aku cuci ngan pencuci botol anak aku pon tak sampai ke bawah.Dah nak give up, hampir2 nak buang je botol2 cenggini, amboiii over sangat padahal pemalas hahaha.So dia ajar cuci ngan beras, kesannya sgt maveles!kesan kuning keledak memang totally gone.sila cuba ye!
nampak tak kat bottom tu kuning keledak..

bubuh beras dalam segenggam, bubuh air separuh pastu tutup.goncang sekuat tenaga selama seminit.pastu basuh cuci..
 TARAAAAA....
hasil yg mengkagumkan..x jadi kak ton nak buang..lgpon taperware sayang pulok..kalu tipuware tu boleh campak aje..

Friday, May 24, 2013

More about water

***Sumber dipetik dari Majalah Qaeh Apr 2013

Khasiat Air putih
1.Utk kulit sihat & kecantikan
2. Utk kuruskan badan by consume 8 glass of water per day
3. Utk kurangkan rasa tak selesa during PMS
4. Utk membantu masalah jantung & strok
5.Melancarkan sistem pencernaan dgn mengelakkan sembelit , tingkatkan metabolisma & membantu membakar kalori



Friday, March 22, 2013

Sign of you are lack of H2O

Masa aku pegi kursus makeup dulu, cikgu makeup aku cakap salah satu tanda badan kita kurang air ialah,jerawat halus tumbuh kat bahagian dagu.Aku rasa memang betul sebab aku dah alaminya.Selalu kalau hari tu aku kurang minum air, please welcome the zits esok harinya..Cara nak hilangkan balik, minum air banyak2,  then those nasty zits will be gone
the nasty zits..

Wednesday, February 20, 2013

Petua menghilangkan kutu

Bukan kutu di kepala, tapi kutu dalam beras..tensen betul ntah dari mana datangnya kutu2 tersebut penuh bermaharajalela dalam bekas beras aku..Ni pada yg x tahu, aku saja je nak share, oleh sebab petua ni sangat berkesan, semua kutu2 tersebut dah nyah dari bekas beras aku, maka aku sangatlah eksaited, bile eksaited, nak citer dalam blog --------->hahahaha, ini semua pooooooyooooo!
kalau yg dah tahu tu diam2 sudehhhh...
caranya ialah dengan meletakkan bawang putih.ambik setongkol or beberapa tongkol bawang putih tu, tak payah rajin2 nak kupas kulit dia, just relai2kan ia pastu tanam2 dalam beras anda...tadaaaaaa...hasilnya semua kutu2 beras tersebut akan melarikan diri..oh rupanya musuh kutu adalah bawang putih..
eh, tapi aku penah terbaca jugak petua nak hilangkan kutu kat kepala, kena tumbuk bawang putih campur ngan minyak kelapa,tepek kat kepala..tapi tak penah cubalah, kena cuba ni, sebab kutu beras pon takut ngan bawang putih,maybe kutu kepala pon takut ngan bawang putih..

Okbai.

Wednesday, February 13, 2013

Tips memilih ikan

Topik sangat suri rumah tangga hari ni..tapi sajalah nak share, kot ada yg tak berapa reti cam aku ni..tips ni pon aku cilok dari majalah hahaha...Aku ni makan lah jugak ikan, tapi dulo2, ada at one point of time tu aku mcm stop kejap makan ikan.sebab?sebab aku geli if makan ikan yg org lain masak..boleh??dulu aku boleh telan ikan yg mak sedara aku masak je..pastu bila dah masuk hostel, masuk u, n before kawin pon memang aku stop makan ikan kejap..selain dari geli, aku x suka ikan sebab bau hanyir dia akan melekat after makan n tulang-telemulang dia, sebab aku penah terlekat tulang ikan..tu antara sebab2 aku x makan ikan..macam mane boleh makan ikan balik?ye lepas aku kawin, terpaksa makan ikan balik because somi den adalah pemakan ikan..terpaksa la belajar siang ikan..Tapi tak sume ikan aku makan tau, very the limited only a few je yg aku makan, ikan air tawar ke, ikan sungai ke sume aku x makan..ikan keli??lagi tak boleh blah..tang kepala tu aku geli, sebab aku terbayangkan ular..erkkk..type ni pon aku geli..so ikan yg selalu aku beli selain dari ikan bilis ialah, kembung,selar kuning,kerisi,tenggiri,siakap ,bawal n tongkol jarang2 beli..oh, dulu masa somi  operate kidney stone tu kan, aku ada buat ikan haruan goreng....waaaaaaa..mcm nak menangis masa nak basuh balik ikan tu, tak tahan geliiiiiiiii gelemannnnnnnn...masa aku kena makan dulu waktu pantang pon,tak tertelan rasanya tapi kena jugak telan, isi dia mcm berpasir2....dah le kepala sespesis ikan keli...
eh, terpanjang pulak intro pasal ikan ni..ok pada yg tak tahu macam aku, ni tips dia nak pilih ikan;
1.keadaan fizikal
make sure bentuknya masih elok segar bugar lagi, jangan yg isi macam nak terkeluar n peratikan sisik dia masih melekat lagi, kalau yg dah tertanggal konpem ikan lama
2.Insang ikan
Insang ikan yg warna merah terang bermakna ikan tu masih segar.errr..yg ni aku x praktikkan sebab aku tak tahu celah mana insang tu, almaklum sains masa sekolah rendah adalah failed!
3.Mata ikan
Ini the first thing yg aku tgk, mata merah konpem ikan tu isap dadah..hahaha
4.Isi ikan
Ni pon baru je tahu, kalau tak selama ni dok pilih ikan pakat ambik yg no 3 tu je..kalau isi lembik tu ikan lama,isi yg keras maknanya ikan tu masih segar

Ok.Selmat mengamalkannya.

Friday, November 16, 2012

Petua menghilangkan perut berangin/kembung

ehehe..aku salah seorang yg sentiasa perut berangin, tua2 ni macam kurang sesuai pulak nak guna istilah 'kembung perut'..hahaha...errkk, minyak yuyi dah tak valid untuk perut aku..sapulah sebotol sekalipon memang langsung takde effect..
seriesly, aku memang tak selesa kalau perut bloating..besar semacam je rasa, dah la perut yg already buncit..selagi angin tu tak keluar selagi tu aku susah hati, buat apa2pon serba tak kena..n aku jugak bukan jenis yg kentut or sendawa, jadi angin tu stuck kat siti je...tensen hokehhh..
here are some of the tips, yg aku kutip dari majalah Herworld, oct 2012 edition..
yg makan nenas ni, aku baru tau, next time boleh cuba..

UPDATED:I did tried petua yg makan nenas tu and it works for me!yeayyy...angin2 sume kuar after makan sebijik kecik nenas itteww..

Thursday, July 14, 2011

Bagaimana mengatasi kerak kepala bayi..

Kedua2 anak saya mengahadapi masalah kepala berkerak, maklumlah rambut mereka agak lebat jugak...yg first, bersusah payah jugak kami mencucinya dgn menggunakan baby oil & cotton bud..utk yg second ni, kami menggunakan syampu khas yg disyorkan oleh my daughter's paed, Dr Ruzini.Syampu je tiap2 ari, Insyaallah, within one week, no more kerak kepala.Juga boleh digunakan oleh org dewasa yg menghadapi masalah kelemumur.RP ialah RM 46.

Tuesday, July 12, 2011

Tips berpantang bersalin secara Ceasar

Sekadar berkongsi tips berpantang bagi ibu2 yg bersalin secara pembedahan..Ini adalah pengalaman yg pertama & berpantang sendiri saya..walaupon tak seberapa bak kata omputih sharing is caring...


1. First of all, jangan angkat barang yg berat tidak melebihi berat baby anda..

2. Seboleh2nya tidak membasahkan tempat luka jahitan sekurang2nya selama 2 minggu - sebulan, bergantung pada individu.

3. Jangan memakai seluar dalam yg ketat, seboleh2nya pakai yg sehingga menutupi perut.

4. Utk 2 minggu pertama makanlah ikan haruan sebagai lauk - ikan haruan bagus untuk sembuhkan luka

5. Sambung dengan mengambil supplemen seperti Pati ikan Haruan, Air gamat & juga vitamin C sehingga tempoh sebulan berpantang.Kesemuanya untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka.

6. Selepas melebehi tempoh sebulan, digalakkan untu meneruskan pengambilan supplemen diatas. For me, cukup sekadar mengambil 2 sudu Jeli Gamat setiap hari.


7. Bagi yg menghadapi masalah sembelit, saya syorkan anda mengambil Pil Phytonatal keluaran Nona Roguy.Meneran akibat sembelit di khuatiri akan menjejaskan luka jahitan.

8. Boleh menyapu minyak urut diatas bahagian perut sahaja. Mulakan proses berbengkung dgn menggunakan bengkung moden selepas sebulan berpantang.

9. Boleh berurut asalkan tidak melibatkan kawasan perut & luka jahitan.

10. Sebolehnya tidak mengambil makanan yang mengandungi lada hitam untuk tempoh sebulan, dikhuatiri panas lada hitam boleh menjejaskan luka dalaman.


Ok, itu saja tips dari saya...Pada ibu2 yg bersalin ceasar, jangan takut untuk melalaui proses berpantang, kerana ianya tidak sesukar seperti mana yg disangkakan..

Tuesday, July 5, 2011

Petua



Petua ni langsung tidak berkesan...ahkak memang penggemar sayuran hijau..time pregnant wajiblah at least 1 kali seminggu makan bayam..tapi kedua-dua anak ahkak keluar tetap warna koko jugak...yg sorang tu memang sejak dari keluar perut lagi memang warna koko, yg sorang lagi ahkak sangkakan putih, rupanya2 ahkak tertipu dek spotlight kat OT tu...so, petua ni ahkak reject tak boleh diguna pakai untuk anak seterusnya (kalo ada).


Petua ni ahkak jamin 100% berkesan...air kelapa memang feveret ahkak...dari mula pregnant sampai nak beranak...some said, air kelapa tak leh minum kalo awal2 pregnant, bisalah..tapi ahkak telan je...hasilnya, anak2 ahkak bile keluar memang bersih..betul, ahkak tak tipu yea, walaupon anak ahkak yg sorang tu keluar ikut tingkap..tetap bersih...


P/S:Puan2 sume bolehlah cuba, result might be varies on individual...sumber dari Pa&Ma July, 2011..

Wednesday, March 30, 2011

Petua

What to do if your handphone is wet?
Kalo handphone kesayangan tetiba basah sebab jatuh dalam air or in my case sbb anak saya gigit@gonggong, maka habis air liur banjir kat hanphone, apa korang buat.At first, saya hampir meraung & hangin satu badan, memandangkan handphone ni tak sampai setahun pon pakai..dan handphone ni ntah yg keberapa kali ditukar disebabkan anak saya membuat onar terhadap hanphone2 saya yg lepas2..Yelah, handphone dh masuk air mestilah jadi biol, menu lain yg ditekan, lain yg keluar, lain yg ditaip, lain yg keluar..Tapi thanks to en somi yg berusaha mencari alternatif sekaligus menyelamatkan RM saya dari terus melayang lagi...En somi telah menggeledah you tube utk mencari petua, and found this petua yg pada mulanya it sounds funny to me...Caranya dengan meletakkan handphone tersebut dalam beras, cabut segala bateri, casing n sim card before kita tanamkan dalam beras..beras tu seeloknya diletak dlm bekas or plastik ler, pastu goncang2 & ramas2 sikit...dan simpan bekas beras tersebut dalam ruang yg tertutup for 2 days...make sure 2 days tau, utk pastikan keberkesanaannya...after 2 days, bukak n pasang balik handphone dan...TARAAAAAAAAAA....macam magik...handphone boleh berfungsi balik spt biasa..betul, it sounds funny kan, tapi trust me it works!brilliant, no need to hantar kedai, dgn beras je dah boleh jimat duit n baiki handphone..see, beras bukan saja utk dimakan, malah utk repair handphone sekali.. korang cubalah, balik pi rendam handphone dalam air..pastu cuba petua ni..hehehe


Friday, March 18, 2011

Petua

How to get rid of fridge odour?(ingat manusia je ke yg ada body odour, peti ais pon ada tau!)Umah saya pakai peti ais yg satu pintu tu, yelah nak tukar yg memahal yg jenis odourless tu tidak kemampuan lagi..dah ler kecik satu pintu, di sumbatnya macam2 dalam peti ais tu..kesian peti ais tu..dah bau macam2..Antara petua2 yg penah saya cuba untuk hilangkan bau peti ais tu ialah;
1) Daun pandan

2) Roti kosong

3) Arang

kesemua diatas bagi peti ais saya, adalah kurang berkesan..yg paling ultimate berkesan ialah,
dengan cara meletakkan nenas...nenas memang betul2 menyerap bau...


Cubalah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails