Adds by nuffnang

Thursday, April 18, 2013

Keciciran Handbag

Petang Ahad lepas, pegi jalan2 kat IOI Mall, sebelum balik singgah dulu solat maghrib kat situ.Kemudian dah nak balik, nak ke lif, lalu kat ada kerusi urut ni..tetiba somi terpandang ada satu henbek kat celah kerusi urut ni..tapi kiteorg terus jln ke lif..sambil2 tunggu lif, mata memasing tgk kat henbek tu..masa tu mmg x de org kat situ..agak lama jugak kiteorg perati, kat 5 minit kot..takde sape2 pon yg ambik henbek tu,so somi pegi ambik, nak serah kat kaunter information..masa bawak henbek tu nak pegi kaunter, takut jugak, kang org ingat aku yg curik..mula2 tu aku carik henpon kat dalam henbek tu(rasa bersalah sbb terpaksa selongkar) try call last called number, tapi tak dapat..risau jugak takut hantar kat kaunter nanti x sampai kat tuan sebenar.Oleh kerana nak cepat, terpaksa pegi hantar jugak..lepas isi form sume, kitaorg balik, harap2 henbek tu sampai kat tuan dia lah.Semlm, tuan henbek ada call ckp time kasih.Alhamdullillah sampai jugak ketangan tuan dia n takde barang2 yg hilang.Tapi aku mcm ada rasa,yg tuan henbek ni adalah pompuan yg dok sebelah aku kat depan surau tu..sebab aku terperasan henbek n henpon dia..sekali, memang betul...hebat betul nujum mak belalang ni..ehehehe..
Henbek inilah yg ditinggalkan tuannya secara tak sengaja..
Tertinggal kat celah kerusi urut Gintell tu ha..
Moral of the story, aku jugak macam pompuan tu, tahap pelupa sangat lah tinggi, henbek pon penah tertinggal..penah jadik kat aku 2,3 kali kot, tercicir wallet..so sekarang ni, kalau keluar aku suka pakai beg silang..sebab kalau beg silang ni dia mcm melekat kat kita & untuk elakkan aku dari terlupa..kadang2 kalau bawak beg yg pegang kat tangan or sangkut kat bahu, aku tend to put a side, bile time nak memilih2..haa..pastu mulalah lupe..Biarpon kelihatan buruk dgn beg silang, janji henbek ku tidak keciciran..

Tuesday, April 16, 2013

Apa pon tak boleh

What happen to blogspot today?bengong sudah..ke blogspot aku je??Tak boleh nak upload gambo le..
so tak boleh la nak buat cerita bergambo..haihhh..apa pon tak boleh..

Friday, April 12, 2013

Expecting the number 3

I'm sooooo pregnant, now dah masuk week 11.At the age of 32, who knows I'm going to be a mother of three.32 not so young ya...energy level pon dah menurun.Anyway,Alhamdullilah.
My EDD will be on early November.

To those that are going to congratulate me, I'm thankful enough.But to those whom surrounded by negativity, I don't need your bitchy words..And to those that are going to say something like these;

"Eh, kesian anak kecik lagi mak dah mengandung balik"
"Eh, susahle beranak kecik ramai2"
"Eh, ko beranak ceasar ari tu, patut kena gap 5 tahun"
"Olololo, sian chacha, tak boleh cakap lagi nak dapat adik dah"
"Eh, anak ramai2 kecik2 lagi makin banyak pakai duit la"
"Eh, tak malu ke beranak kerap2"

and bla..bla..bla...

Well bitches, go f**k off..I don't need your concern.Who are you to judge my life???
Ko Tuhan ke?Sibuk nak mengatur hidup aku.Cukup lah with my faith to Allah.Kalau dah di tentukan-Nya rezeki aku nak beranak 3 secepat ini, sapa ko nak mengata itu ini..Aku yakin He has the better plan for us.

FYI, My daughther will be 2 1/2 yrs when I deliver nanti.
FYI,My daughther dah boleh cakap dah,walaupon just ambik ujung2 perkataan je..
FYI, Aku beranak ramai sekalipon ada aku mintak duit kau ke?
FYI, walaupon aku baru je lepas beranak ceasar 2 ++ year yg lepas, ko kesah apa?perut aku, bukan perut ko?
FYI, apesal pulak aku nak malukan.Aku mengandung ada laki,bukan tak dak laki kiahhh oiiiii...

Nasib baik lah x-boss dah berambus..kalau x mesti ayat2 mcm ni akan keluar,buat rugi kompeni je beranak kerap..(He actually said that to my colleague before)..Cuba kalo dia ckp mcm ni kat aku, mau kena ludah ni..macamkan ko punye kompeni yek?Tapi tak taula kan boss baru ni mulut dia sama jahanam mcm mulut x-boss aku ke tak..

So kesimpulannya, kalau dengar berita kawan2 mengandung, just simply congratulate her dan doakan yg terbaik sudahlah.Bukankah itu satu perkhabaran yg baik (as long as kawan ko tu mengandung ada lakilah (kalau laki meninggal lain citerlah)).Jangan nak jadi nasik tambah sangatlah.Macam aku cakap, ko sapa nak judge hidup aku..

Sekian pengumuman.

Tuesday, April 9, 2013

His first Medal

Abang balik dari sekolah, tak sabar2 nak tunjuk medal yg dia dapat sempena hari sukan.Kembang kempis hidung mama dia,sebab konon vangga anak dapat medal...hahaha...sekali....
Tu dia...kategori hula hoop...aku nak tergelak pon ada..tapi cover, tak nak spoil mood dia..hahaha...takpelah Abang, hula hoop pon jadilah, janji first prize..

Thursday, April 4, 2013

Matchy

Masa belaja kat UUM dulu, sume student wajib pegi satu kursus ni, kursus protokol.Dalam kursus ni diajar cara makan yg betul, mcm mana nak guna sudu garpu yg betul, etiket yg betul bila pegi dinner yg melibatkan VVIP ke, sampai lah bab grooming.Tang cara makan yg betul tu aku x berapa nak ingat lah, sebab perut n teka melayu asli, so tang makan tu main sumbat nasik terus tak de nye nak starter2 dulu ke..tapi ada satu part yg pasal grooming aku ingat n prektiskan sampai ari ni..dalam kursus tu, instructor tu ada bagi tahu, kalau yg pompuan, yg betulnya, handbag ngan kasut kena matching color.So since that, aku make sure seboleh2nya aku pakai kasut n handbag mesti matching color.Kalau kasut lain, handbag lagi, aku rasa sangat 'messy'..hehehe..tapi sekarang punye trend,org dah tak kisah dah matching ke idok, ni jaman color block..boleh je pakai handbag n kasut lain2 kaler.Sesetengah org matchkan kasut n handbag ngan baju yg dipakai..terpulanglah pada citarasa masing2 kan , tapi for me yg masih lagi ortodoks, kasut n handbag mesti match..



Wednesday, April 3, 2013

School holiday treat

Rasa macam anak dah beso sgt..padahal baru Tadika..Walaupon anak Tadika, cuti sekolah mak pak kena cuti jugak di jaman sekarang ni, bawak anak beraktiviti..Cuti sekolah seminggu je, kami cuma sempat cuti sehari je..sempat bawak abang pegi tengok movie bola kampung..tu pon sebab dah janji..hari2 dia tanya bile nak tgk bola kampung kat tibi besar ehehhee, tibi besar tu aku yg ajar, kang cakap panggung wayang or cinema dia tak paham pulak..

Abang pegi tengok ngan ayah je, mama gi shopping.ayah cakap dia sempat le tido 2 round, nasib aku tak masuk, kalo tak konpem aku tido sampai abis..nak bagi review pon tak boleh, sebab bile tanya abang memanjang je dia cakap best..nasib baik dia behave je sepanjang movie, lulus ujian..pas ni boleh le bawak lagi..
Jadi, itu sahaja untuk school holiday treat yg pertama ni..nanti kalo cuti panjang, kita buat aktiviti yg best2 lagi ye abang, tapi bergantung pada bajet mama & ayah jugak..hehehe..

Tuesday, April 2, 2013

Look, what I bring to office today

Icha's doll!LOL...diusungnya bawak pegi taska, tapi kat taska tak boleh bawak menan, terpaksa maknya usung pulak pegi opis..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails