Adds by nuffnang

Thursday, January 31, 2013

Cerita pendek hari ini

Cerita 1

Amirul sejak2 adik dia dah besar sikit ni, kemain kedengki ngan adik.dulu, masa adik kecik kemain dia sayang.sekarang, asek2 gaduh, asek2 dengar sore adik dia menangis sebab kena cubit la, kena sepak la, tak pun kena lepuk ngan abang dia.Almaklumla, adik is gegurl, anje2 lah sikit.Abang buat sikit je, gaya menangis mcmkan kena dera.Dah berbuih mulut aku pesan kat Abang, jangan buat adik.Kadang2 tu bila tengok dia buat adik dia agak melampau, aku bagi balik kat dia.aihhh, dia pulak yg menangis bagai nak rak.yg bestnya, tiap kali menangis, dia akan cakap mcm ni (sambil menangis) umiiiiiiii, umiiiiiiiii, umiiiiiiiiii....
Sape plak umi ni????saspen nih....nak kata pengasuh taska, kat situ diaorg sume dipanggil cikgu, kat tadika cina, takkanlah panggil cikgu dia umi...mak2 sedara sume takde yg dipanggil umi, abis tu sape umi???hmmmmmm.....

Cerita 2

Semalam balik keje, cam biasa merempit ngan somi.dua2 pakai helmet visor tak turun kebawah, lemas n rasa tak clear pemandangan kalo tengah jalan sesak pakai full visor, tu pasal kena angkat..pastu somi den tetiba dgn bersemangat cakap, pasni kita pegi cari mask, sebab asap banyak, tak eloklah kita dok sedut hari2 asap2 kenderaan nih, ceh kemainnnn, sekali aku jawab, bukan ke awak ari2 dok sedut asap rokok, sama jugak bahayanyakan?*senyap tak terjawab*terkono laki den, kahkahkah

Tuesday, January 29, 2013

My lil' diva hospitalized PartII

Memandangkan ini first time ke hospital kerajaan, maka adalah sedikit sebanyak pengalaman yg x berapa best and that made me think, betullah apa yg dikomen oleh ramai orang sebelum ini..selama ni hanya mendengar org komplen sahaja, sekarang dah mengalaminya

1.Untuk pendaftaran ada 3 zon, kritikal,separa kritikal n tidak krtikal..so masuklah kami ke zone tidak kritikal.lepas register, terus masuk bilik untuk diperiksa.dalam bilik tu cuma ada nurse sahaja.ada dua org doktor, aku rasa mungkin doktor pelatih sebab masih muda2 lagi, tapi doktor2 tersebut tak dok dalam bilik dok kat kaunter register kat luar...eh hellloooo, kalau setakat nak dok kat register kaunter baik tak payah jadik doktor, jadik kerani je..so, mula2 memang nurse yg kat bilik tu check, pastu dia pon tak pasti sakit apa agaknya, dia pegi panggil doktor pertama pompuan cina kat luar tu, pas doktor ni check, again dia pon tak sure apa penyakitnya, dipanggil plak doktor lagi sorang doktor lelaki cina datang check.lepas doktor tu check lebih kurang, dia pon cakap ni macam ada crack, sila masuk ke zon separa kritikal.SIL aku sampai pucat muka bile dengar ada crack, bunyik macam kritikal benor..
2.Kat dalam bilik zon separa kritikal.Ada doktor lain yg bertugas.Agaknya yg kat dalam ni memang doktor yg dah pakar kot, so dia check n dia suspek ada infection kat paru2..so kena masuk air drip n antibiotik..menurut my SIL, dia cakap masa nak ambik darah tu my niece kena 3,4 cucuk gak kat tangan sebab nurse n doktor cari urat tak jumpa...lebam2 tangan niece aku, kesiannnnn...yg paling best, ada sekali tu doktor nak cucuk sampai terpatah jarum, ntah camne la dia buat...kalau kena kat aku sendiri pon yg dah tua bangka ni, salah cucuk memang terasa sakitnya..apa tah lagi budak kecik..so kepada bakal doktor n nurse, saranan aku, sila pastikan anda tidak takut darah n jarum jika anda mahu bekerja dalam bidang ni, kalau rasa2 takut ngan 2 benda ni, tak payah la keje dalam bidang ni, 2 benda ni adalah basic...ni tak, asek terketar2 nak amik darah pesakit,camnelahh boleh jadi doktor camni??
3.My SIL n niece kena tunggu agak lama dalam bilik separa kritikal ni, memandangkan katil kat wad takde, tapi nasib baik ada katil kosong petang tu, kalau tak ntah manelah dia tendang
4.My niece dipakai kan alat oksigen tu, masalahnya mende tu asekla berbunyik tettttttttttt aje..bile dipanggil nurse tanya kenapa bunyik, nurse sekadar dok kat muka pintu wad, pastu cakap,agaknya tersangkut tu pastu terus blah..my SIL terkial2 kelebet menatang tu...hoihhhh apakah ini..ko ingat kiteorg ni belajar cara nak menghandle medical appliances ke??padahal aku tengok nurse2 kat situ bukannnya ada banyak kejepon, keje menyembang doplohpatjam..pastu kalau tekan loceng tu, sepuloh minit lepas tu baru datang...
5.Doktor yg datang check hari2 doktor yg berlainan..n yes, sumenya doktor pelatih, takpon doktor yg baru setahun jagung..dalam sehari lebih daripada 4 org doktor yg lain2 datang check,masalahnya bile dah ada banyak kepala ni macam2 lah diaorg punye diagnosis..sorang cakap tak perlu masuk air dah,sorang lagi masuk tanya,eh apsal tak masuk air, kena masuk air lagi ni...so kesudahannya mak pesakit yg pening kepala..
5.Mula2 masuk wad, my niece duduk bilik biasa, pastu malam tu tetiba dia mcm susah nak bernafas n nurse tukarkan ke wad untuk pesakit kritikal, depan bilik nurse..masalahnya dalam wad ni dicampur sekali ngan pesakit kritkal lain,yg denggi pon ada, agak2la kan, my niece tu baby lagi,kang org sebelah depan batuk2, org sebelah kiri muntah, takke senang nak jangkit tu..jadi bilenya nak baik mcm ni?
6.Masa ada sorang doktor ni datang check, aku pon tanyala, kat sini takde buat sedut kot hidung tu ke,sebab doktor selalu sedut kot hidung utk anak aku tu, kat hospital yg selalu aku pergi, so aku tanyala samada ada ke tak rawatan tersebut kat sini.Dengan konpiden je doktor tu jawab, kat sini memang kita tak ada rawatan tersebut.Dah dia cakap macam tu aku pon diam je lah tak tanya banyak.Alih2 semalam my SIL cakap nurse ada buat sedut kahak, tapi tak tahu cara apa yg digunakan, sebab masa dia buat tu mak pak tak dibenarkan masuk.After dah buat tu, terus my niece jadi ok n boleh bernafas lega..hari ni terus boleh discharge..lerrrrr...nape baru lepas 3 hari baru nak buat, nape le tak buat awal2...musykil aku..yg doktor tu kemain konpiden cakap tak de...
7.Makan langsung tak sedap...puihhhh...aku yg nengok makanan tu pon rasa kembang tekak..ko bayangkanla, dalam bilik ada 4 org,makanan diserve 4 kali sehari, setiap kali dia kutip, dia kutip balik makanan yg dihantar,sebab tak de sorang pon sentuh makanan tu...haihhhhh

Hari ni nak check out tu mesti ada cerita jugak..hospital2 kerajaan plissss la tingkatkan mutu perkhidmatan anda..

My lil' diva hospitalized PartI

Diva kecik saya a.k.a anak yg 'terpaling bongsu' saya kena tahan kat hospital since Friday last week, ari ni baru discharge.sebab ada jangkitan kuman kat paru-paru.Siannnnyeeeeee....berat pon dah turun,dah kurang keayaman daging dia..
Malam berjaga tak boleh tido,asek merengek je sepanjang malam, sian kat maknye lah, kena pangku sepanjang malam..siang barula boleh tido..asal malam je, dah start jadik burung hantu..Pagi jumaat tu terpaksa jugak pegi hospital sebab, malam sebelum tu demam dah kurang,tapi batuk2 sampai badan dia mengigil2..so pagi2 lagi kiteorg bergegas ke hospital yg paling dekat ngan rumah, hospital serdang..first time jejak kaki kesini..

First day...penat sgt sampai tertido..
Second day,kena bungkus sebab tak reti dok diam, asek tercabut je wayar tu..
dah boleh bangun duduk, tapi still lemah n muka masam je..

Third day,muka masam lagi...
Org tak sakit tumpang kat katil org sakit, baru le senyum sikit..

Wednesday, January 23, 2013

LOL

Conversation between cleaner kat opis aku n sorang minah ni.Sorilah aku terdengar pulak,dah ko cakap kuat2 sgtkan.
Minah:Akak, nak tak keropok.saya nak bagi akak ni..
Cleaner:Keropok apa tu.kenapa nak bagi.tak makan ke?
Minah:Tak nak la..dah dekat setahun keropok tu dalam peti..saya nak kemas peti ais ni, sebab nak balik kampung mak mesti bagi keropok baru.

Aku tengok akak cleaner tu diam je tak menjawab nak ke tidak.Agaknya terkedu n tak tahu nak jawab apa.Akupon turut sama terkedu.LOL.

***************************
Jangan sebab dia cleaner, ko nak bagi segala benda 'yg buruk2' yg sisa2 yg ko tak nak je kat dia..agak2lah ye..cleaner pon maknosia yg punye perasaan..jangan ko pikir ko bekerja,ko tu hebat sangat..

WW:Diva-diva spek itam




Bergaya ngan spek itam ehsan free dari hasil belian drypers!

Tuesday, January 22, 2013

Her human being phase

Untuk kenang-kenangan marilah kita tepek dekat blog..Arissa's milestone in her early life..


Setiap anak dilahirkan tak sama tahap perkembangannya..masing2 ada kelebihan n kekurangannya..so tak perlulah nak comparekan antara anak no1 n no2, or anak aku ngan anak kau..lambat ke cepatke , as a parent we should take it steady, let them grow naturally tanpa paksaan..

Monday, January 21, 2013

Monday,I'm not ready to meet you

Pernah tak rasa apa yg aku rasa?ke aku sorang je yg berperasaan mcm ni??Rasa macam cuti weekend 2 hari tak cukup.Rasa macam x sedia nak bekerja on monday..sebab??sebabnya aku serabut hal2 rumahtangga yg tak sempat disempurnakan..
Tak tahulah kenapa, weekend ni aku x tak sempat abiskan keje rumah..well, keje rumahkan is never ending story, memang takkan pernah abis..tapi kebiasaanya aku akan cuba abiskan mana2 yg patut..tapi semalam,laundry tak abis, masih ada carry forward backlog dalam bakul laundry...umah tak berkemas n tak bermop...haihhhhh...ntah ape la yg aku buat, akupon tak paham..satu lagi aku rasa rumah aku sgt banyak junk..boleh dikatakan hampir setiap minggu, aku kemas2 junk stuff ni, tapi dah nama suka kumpul junkkan, kumpul, buang, kumpul lagi..memang x penah surut...haihhhh...tak berdaya rumah 850sqf aku tu nak menampung sume benda tu..time serabut, aku rasa macam nak buang sume benda dalam rumah termasuklah meja makan n sofa tu...hahaha...wardrobe jangan cakaplah, memang tahap nak roboh dah, baju aku yg lebih2nya, hahaha..
Oleh sebab itu, sebab aku rasa banyak keje bertangguh, maka aku rasa tak best bila nak start keje hari Isnin..Kalau ikutkan hati,nak je EL sebab nak bereskan rumah,tapi x masuk akal pulakkan, nak kemas rumah tak termasuk dalama list layak untuk diapply emergency leave..
I wonder macam mana mommies lain yg bekerjaya jugak,tapi mampu uruskan rumah n anak2 dgn baik..boleh masak utk keluarga, rumah sentiasa berkemas n jaga anak2...memang superwoman la, aku salute mommies yg mcm tu..Aku masih lagi tak mampu, anak2 2 org je pon, tapi rasanya macam ada 10..dapat pulak2 anak2 yg hobinya tabur bedak setiap hari, i is mampu menangis dalam hati je...
And I still serabut sampai saat ini, sebab mengenangkan keadaan rumah...I wish weekend ada 3 hari, because obviously 2 days just not enough for me (konpiden ke senah oi ko boleh siapkan keje rumah dalam masa 3 hari??ntah2 sama je hahaha)
So, thats my monday story...mode:serabut

P/S:me not berkerjaya,berkerja yes, but not yet jaya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails