Adds by nuffnang

Tuesday, November 6, 2012

Cara Mengira caj pos laju yg betul

Aku rasa ramai yg keliru or tak tahu cara nak mengira caj pos laju yg sebenar-benarnya kan??Kalau anda rasa anda tahu dan anda hanya berpandukan rate yg disediakan oleh pas laju kat web site tu, anda salah..aku pon keliru pada mulanya..yelah sejak2 ada bisnes kecil2 ni, asek dok mengira caj pos laju je..
ada sekali tu, customer from sarawak, kitaorg pon bagitahu lah caj pos based on yg ada kat website, RM 15..tapi time pi timbang kat post office, dannnnnngggg!RM34.rugi disitu.takkan nak mintak balik ngan customer kan..Tapi still x tanya ngan akak kaunter tu, balik aku call call centre, pom pang pom pang...barulah paham...
begini cara kiranya,
Katakanlah nak pos barang berat 2 kg pos ke local town delivery, caj dia

Total kat situ 8.30.
Pastu baju Note kat bawah tu.Note ni yg selalu diabaikan or memang malas nak baca.Termasuk aku.hehe..
Caj 8.30 tu kena tambah lagi dgn 15% fuel surcharge, 10% handling charges n 6% GST.
15% from 8.30 = 1.25
10% from 8.30 = 0.85
6% from 8.30 = 0.50
Total = 8.30+1.25+0.85+0.50 = 10.90
Jadinya, total caj pos bagi local town delivery dgn berat 2 kg = RM10.90

Ada paham?

1 comment:

Kniedaz said...

hehe...saya pun kalau pos barang tak tengok semua tu..bagi rate sama rata je kat customer..huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails