Adds by nuffnang

Thursday, August 30, 2012

Candid raya 2012

Kiteorg takde gambar raya yg proper mcm korang semua..huhu...takde gambar sefamily dihari raya dgn baju sedondon(bajupon tak sedondon!),takde gambar2 salam raya..yilekk..so utk tahun ni , ni je gambar raya yg ada utk dijadikan kenang-kenangan...oklah daripada nan ado langsung..
Pagi raya pertama.Abang bangun lambat so kena tinggal sorang2  ngan sepupu dia, ni tgh tggu sepupu2 dia balik dari  Masjid..
Adik first time pakai kebaya yg takde rope kebaya..kemain duduk terkangkang..
Letih beraya sampai tertido..
Ni masa beraya kat rumah pengasuh abang dulu - Kak Ani.Hujung kanan Firdaus, anak Kak Ani.
Beraya kat rumah kawan kat kampung teganuu..
Ngan sepupu dia  Qis.Baju kite same ler Mak Long beli.Headband Qis recycle Icha punye.hehe
Kasut raya kiteorg anak beranak tahun ni kaler merah..

Thursday, August 23, 2012

My Raya story

Raya pertama - kat kampung somi den.Nothing much, just ketupat overloaded aje.kemain den memulun ketupat.Kat kelate ni ada banyak versi ketupat daun palas or ketupat 3 bucu ni.ada yg lemak,ada yg manis,ada yg berkacang n ada yg dibuat dari pulut itam.semua jenis ketupat tersebut dah selamat masuk perut den..heheh
Raya kedua - ada kenduri sikit.den tukang basuh pinggan n makan je.so seharian tu keje den makan, basuh pinggan, makan lagi,basuh pinggan lagi
Raya ketiga - *dah start keboringan.tambah lagi cuaca yg panas terik kat kg ni...
Raya keempat- sambung boring semalam sambil kira jam..esok kita balik kampungku...yahooooo

To be continue...

Wednesday, August 22, 2012

Uli-uli Aidilfitri episod akhir

eh, dah episod akhir...2 je episodnya?hahaha
btw, u olls mesti masih lagi raya sakan kan..saya still lagi kat kampunggg..
Ni nak citer 2 kuih raya yg simple yg saya buat masa bulan puasa ari tuh..

chocolate cornflake
Choc bar, raisin,colorful sugar sprinkle,minced almond, cornflakes
Versi rich in chocolate
versi poor in chocolate

Chocolate cookies
Butter, egg,minced almond, soda bicarbonat, flour,cocoa powder,chocolate chips
oppppsss...agak hitam legam coz i terlebih letak cocoa powder ;)

18 recipes to go!

Friday, August 17, 2012

Rambut raya den..

before
After
Ni gara2 bapak dia yg feeling2 professional hairdresser, dari rambut ala2 barbie doll terus jadik Abu bakar ellah..hmmmm..nak buat camne, redho je dik oiii..

Wednesday, August 15, 2012

Keyword #6


Ada ke kek jijik rupa?isk..isk...

Friday, August 10, 2012

What is your daily facial/makeup routine?

I used to do these steps every morning and it took me 15-20 minutes in front of the mirror.
1)Cleanse
2)Tone-after done toning,wait 1 minute to dry
3)Apply essence - wait another 1 minute to dry
4)Moisturizer - wait another minute to get absorb
5)UV cream - wait another minute to get absorb
6)Foundation
At least 5-6 minutes to get all the facial routines done before start makeup.Apply powder,blusher,mascara, lipstick n lip gloss.phewwww...it really took me a good 20 minutes to finish them.Tu belum masuk pakai baju n pakai tudung n so on.My husband keep on nagging at me every morning and apparently because of my long facial/makeup routine,it was a major contribution to our late attendance at work.errr, that was what my husband said.
Dah hari2 kena marah, isk tak boleh jadi ni..maka kena harus cari alternatifnya..Maka let's go hunting for BB cream or tinted moisturizer.First pegi Sephora, try itu ini, and one of the SA recommended satu tinted mousiturizer brand stilla, price RM100++.Mula2 tu hesitated to try, but I was so desperate to have it maka beli sajalah.Pakai 2 hari,nyata hasilnya amat mengecewakan.The moisturizer is a bit glowing,tambah ngan muka aku yg dah sedia oily,maka jadi double berkilat.Plus bila cover ngan compact powder muka mak jadi kelabu asap.huh!Me not like.membazir sahaja.
Tak payah nak beli mahal2 sgt, mari kita ke Guardian saja.Ada a few BB cream brands yg biasa2 saja.Harga from 19-55.Sebab tamak, grab 3 BB cream sekaligus brand Bio Essence,Loreal n ZA.Three of them baru sama harga ngan stilla tu.huh!
Dah beli 3 sekaligus mari bereksperimentasi ke atas kulit sendiri.Dalam 2 minggu jugak kot, try n error utk ketiga2 produk tersebut, and until now I decided to stick on this one,yg paling serasi ngan kulit saya, not too oily at my t-zone area,tak buat muka aku kelabu bila pakai bedak..
ZA total Hydration BB Cream
Harga memang menjimatkan poket, RM19.90 sahaja.Fungsinya boleh melembapkan kulit, as a UV cream also with high SPF (43++ PA) and it texture is a bit thick n creamy just like a foundation.Plus my skin pon tak gatal2 after using this.So sekarang, aku dah skip step 4,5,6.

1)Cleanse
2)Tone-after done toning,wait 1 minute to dry
3)Apply essence - wait another 1 minute to dry
4)BB cream
5)Powder
6)Mascara
7)Lipstick
Blusher n lipstick aku pakai kalau rasa rajin nak pakai..With that I save errr, 10 minutes of my daily routine,and boleh la keluar awal sikit nak pegi keje.No more bebelan tahap cair taik telinga setiap pagi.


12 in 1 BB Cream Benefits:
1) Conceals Dullness
2) Conceals Pores
3) Creates Healthy Skintone
4) Evens skintone
5) UVA
6) Brightens Skin
7) Mositurize Skin
8) Makes skin look smooth and translucent
9) Non-sticky
10) Livens Up Skin
11) UVB
12) Perfects Skin for Make Up


Kemain.nak citer pasal BB cream je.panjang kemain essay.hehehe
So, whats your daily facial/makeup routines?


Thursday, August 9, 2012

Dilemma in finding the best education for the children

I'm in dilemma now..really is.
My son will be 5 next year and will start his kindy.My greatest dilemma is in finding the best kindy for him, because i believe everything must start from here.The path should have started since his kindy education.

Sekarang dah start registration untuk tadika.Pening memikirkan kat mana nak masukkan anak saya tu.(parents nowadays, tadika pon samapai pening nak pilih, dolu2 parents kita tak payah susah2 nak pikir kat mana, masuk je tadika kemas kan?)
Motherly instinct,saya mahukan Islamic based as education path untuk anak2 saya.Tapi saya mahukan yg english based, maksudnya sekolah tersebut practice english as communication language.And i found few schools n kindys yg memenuhi requirement saya.As I planned to send my son to Genius Aulad and proceed to this Islamic school.
The biggest problem is location.
The nearest Genius Aulad is at Puchong Kinrara, which is not really far from our home but yet it still far.
If we send our son there, we have to depend 100% on them for transportation pergi n balik, which is I am a bit paranoid on this.Ye lah, kan banyak kes berlaku sekarang, aku susah nak percaya kalau hal pergi balik sekolah anak2 100% diuruskan oleh org luar tanpa penglibatan ibu bapa.Tapi untuk ibubapa bekerja seperti kami, nak atau tidak terpaksa bergantung harap pada org lain jugak.*sigh**how I wish I'm a stay at home working mum*
Plus, the secondary Islamic School yg menjadi pilihan hati kamipon lokasinya jauh2, satu di Bangi dan satu lagi di Ampang.not to mention the fee as well, but that shouldn't be a problem.we want the best for our children, of course there is something to sacrifice.Biarla terpaksa berkerja siang malam, tak pakai kereta besar pon, as long as we can afford the best education for them.

Second choice, kalau cita2 diatas tidak kesampaian..maka kami pilih untuk hantar ke chinese kindy n seterusnya ke chinese secondary school.Apart from advantage on able to learn mandarin, we believe Chinese school emphasized on discipline as well.Fee for chinese kindy is slightly high from Genius Aulad, but then for secondary school I think the fee is in normal rate.Dari segi lokasi, Chinese kindy memang near to our house no transportation problem at all because we still can send & pick him, the secondary school is quite far but still within our home area.

haihhh..camne ni.decision must be made now, as it is a limited offer for Genius Aulad.
My motherly instinct tells to go for option number one.And I am pretty sure about that, but...the biggest stone is the location.*sighhhhhh*help!

Wednesday, August 8, 2012

Uli-uli Aidilfitri #1

Malam weekend yg lalu, keboringan, lalu saya google resepi, check bahan2.Ok,semua sedia ada,maka mari kita beroperasi.
Anak jantan saya kemain excited bile ajak buat kuih raya.;)

my favorite ever, biskut semperit or dahlia or bunga cina,or whatever the name is, tapi rasa tetap sama je.

bhn2:gula ising,butter,tepung jagung,tepung kastad,kuning telor n tepung jagung.
resipi from myResipi.com

sibuk nak tolong kacau jugak
Ni hasil dari abang
First batch.oppsss terhangus pulak.ni semua salah oven.oven i tu pelik sikit, if kita set suhu n time yg betul,hangus la jawabnya.so kena adjust suhu kasi kurang time kasi lama.
second batch.senonoh sikit.jangan tanya kenapa size ada besar,ada kecik.hehehe
Hasilnya..tapi dah abis 2 bekas kecik tu..




Tuesday, August 7, 2012

Talian kecemasan 999

Warning:This is gonna be a very long story.

First time buat panggilan ke talian kecemasan 999.And it was not a pleasant experience at all.

Aku ada sorang staff yg OKU-pekak n bisu.Malam semalam dah dekat nak pukul 12, aku pon dah nak masuk tido, tetiba ada SMS masuk dari staff aku yg ni lah.
Ayat dia lebih kurang macam ni,

haipp..korang tak baik gelak.haha aku sendiri pon tergelak bila baca sms dia ni.hahaha.pengsan n nak mati, boleh lagi sms kat aku, eh?hahaha.At first aku memang teragak2, biar betul dia ni.Tapi aku sms balik dia tanya, n dia memang betul2 sakit.somemore he was alone at that time.So atas dasar menolong sesama maknosia, aku call la 999.
First n second dial, calls not connected.Third dial it was ringing but lamaaaaa sangat tunggu baru ada org pick up.So dapat cakap ngan operator.Akupon explain la kat cik operator ni, yg aku ada staff pekak bisu, yg dalam kesakitan mintak tolong bla bla bla...Sampai tang dia tanya alamat dia, eh alamak.aku lupe nak tanya staff aku mana dia tinggal.OK takpe, aku cakap kat cik operator nanti aku call balik.Cik operator balas takpe nanti dia divert ke hospital terus, aku kena bagi tahu pihak hospital.Tunggu agak lama jugak, takde pon hospital call balik, aku pon call balik 999.sama jugak.2 kali dial, tak dapat.3rd dial baru ada org angkat tu pon lepas lamaaaaa ringing.U olls tau, cik operator ni (bukan operator tadi) jawab call sambil menguap,dengan nada suara yg mamai tengah tido.bolehhhh???Tapi aku tak sempat nak cakap,sebab baru nak cakap ada call dari hospital masuk.
Cakap ngan pihak hospital pulak, have to start all over again, explain a to z, bla bla bla..and aku bagitahu alamat sekali..
Cik operator hospital:Alamat ni complete ke?
Aku:Yelah, complete la ni.ni alamat yg dia bagi saya
Cik operator hospital:Tapi kita tak tahu kat mana alamat ni.Kita tak boleh hantar ambulance kalau alamat macam ni.
grrrrrrr...what do you mean kau tak boleh hantar ambulance?aku dah geram niii.
Cik operator hospital:Boleh tak you confirm dgn dia apa landmark yg ada kat rumah dia tu.
OK fine.aku pon sms balik tanya dia apa landmark.Call balik hospital
Aku:Rumah dia dekat YMCA,brickfield
Cik operator hospital:Ha?YMCA?Apa tu?
Aku:errrr, bangunan YMCA la kat brickfield
Cik operator hospital:err, kita tak tahu kat mana bangunan ni, macam mana nak hantar ambulance
grrrrr..aku dah gerammmmm ni...
Aku:Abis tu tak boleh cari ke?*aku dah tinggi sore masa ni*
Cik operator hospital:Okla, nanti kita cari----->NANTI????
Hah boleh pon...
Dah abis cakap, somi aku tolong googlekan YMCA ni, so aku agak YMCA ni macam bangunan hostel yg disewakan kepada OKU.
Aku call balik hospital and manage to talk to cik operator tadi
Aku:YMCA ni rasanya macam hostel untuk org OKU.
Cik Operator Hospital:ooo..tapi kat mana ye...
haihhh..dia tanya lagi aku kat mana..
Aku:Kat brickfield la..you all tak boleh cari ke.
And dari gaya dia cakap, I can tell that still no action been taken until last we spoke, n obviously they don't treat this as emergency case.
huhhhh...
Aku tak sangka begini lembap proses 999.nama je talian kecemasan, but they dont treat as emergency pon.pass sana, pass sini.and I wonder apa fungsi operator 999.tolong rekod saja ke.entah rekod entah tidak.kalau cakappon sambil tido.Aku ingatkan bile bagi tahu lokasi kat mana, diaorg ada sistem yg boleh track kat mana.kalau takde pon, staff diaorg tak tahu guna google map kah?facebook tahu pulak ye?
Tak lama kemudian call dari pihak ambulance pulak.
And I've to start explain all over again a to z bla bla bla bla, ulang citer yg sama
En Ambulance:You boleh suruh dia turun bawah tak?kita tak boleh naik atas
gilee ke apa?kalau org tu tgh sakit nak mampos ko suruh dia turun bawah sendiri..n apsal pulak x boleh naik atas.penah je aku nampak org ambulance naik atas ke rumah usung strecher tu..
En ambulance ni cakap kemain kuat ayat menyergah n sangat kurang ajar..
Aku:Tak boleh dia sorang je kat rumah tu, tgh pengsan kot.Lagipon pintu rumah terkunci n dia tak leh gerak.kena pecahkan pintu kot
En Ambulance:Kalau macam ni susahla, kena panggil polisla.
Aku:Tak kisah la buat macam mana.Saya just tolong call saja.
En Ambulance:kalau setakat tolong call je buat apa baik tak payah tolong*Nada sore sangat tinggi n kurang ajar*
Aku dah hangin satu badan..
Aku:You all ni kenapa bodoh sangat, tak boleh fikir cara ke, tak boleh naik atas ke sampai suruh org sakit tunggu kat bawah..Lagipon saya tak duduk dgn dia, rumah saya jauh,mcm mana nak tolong dia pulak,lagipon dia sorang..tak abis ayat aku, dia sergah aku balik
En ambulance:hoi ko lah yg bangang....@#$$%^&^&
Aku:eh celaka betul,tak boleh cakap elok ke,
Pastu dia terus letak talipon...Pls excuse me, aku termaki pulak di bulan puasa yg mulia ni.
5 minit lepas tu, ada sorang lagi dr ambulance call.Ni dia cakap ngan somi aku.Dia cakap elok2 je, bagi salam semua.Takde la cakap sergah n kurang ajar macam yg sorang lagi tuh..so somi aku explain la, yg kiteorg ni dok jauh n tetiba dapat mesej tu, n kiteorg just tolong call kan 999 je...huh..penat giler weihhh..4 kali kena explain.so dah abis cakap, dia org cakap akan hantar ambulance.OK sampai situ je, aku pon malas nak follow up dah.And pagi tadi staff aku sms dia cakap ambulance dah datang ambik dia.

Kesimpulannya, aku rasa,kalau macam nilah prosedurnya call ke 999..kalau org yg tengah nazak tu by the time ambulance sampai dah mampoih terus...dok pass sana, pass sini.pastu setiap satu tu nak kena explain balik from a to z.Kerajaan kena upgrade sistem, kalau kita bagi tahu location, diaorg boleh track kat mana.Takde la nak menyusahkan kena tanya kat mana lokasi n so on..Takpon latih la operator tu nak guna google map macammane...
haihhhh...suck!

kemain panjang cerita.

Friday, August 3, 2012

Color block

Sekarangkan musim color block...berkenan sungguh tengok org menggayakan fesyen color block nih..
purple n yellow, cantiknyeeeee.pic google.
So, yeah mari kita bereksperimen...This my outfit today.my version of color block.OK tak.hehehe..

Psssttt...kalo dibandingkan ngan model kat atas tu mak very the gajah u olls...




Wednesday, August 1, 2012

Penipuan di hypermarket

Baru2 ni ada terbaca di blog Hazrey yg kisah nye kena tipu harga kat salah sebuah hypermarket ni.Dan aku rasa ramai yg experienced benda yg sama termasuklah aku.Aku rasa dah banyak kali sangat kena tipu harga ni.Display kat rak lain, bile scan lain pulak keluarnya.Dan aku rasa aku dah experienced benda ni kat semua hypermarket dah.Baik dekat T,C,G or TS.Cumanya aku tak penah nak ambik action je.Sebab, kalo aku berkunjung ke hypermarket tu, dalam sebulan sekali je.Beli barang2 keperluan rumah utk sebulan n of course akan ada 2 budak kecik tu.So, paham2 sajalah pegi ngan budak2 kecik tu, selalunya bila dah abis bayo kiteorg kena blah cepat2 tak dan dah nak check resit bagai ni.By the time abis bayo, anak2 tengah meragam so haruslah segera melangkah keluar before anak2 start buat drama swasta.Jadi selalunya bila dah balik rumah baru berkesempatan nak check resit and yes, setiap kali aku check balik resit kat rumah memang ada je barang yg ditipu harga.Barang tu harga kat rak lain, bile dah scan keluar harga lain pulak.Paling koman pon mesti ada jugak satu item yg kes mcm tu.Tapi tulah, malas pulak aku nak pegi tukar ke apa, terpaksa menghalalkan saja.
Macam baru2 ni, kiteorg singgah kat hypermarket C time balik keje sebab nak beli lauk for buka puasa.Masa kat kaunter tu sempat la capai Milo nugget dalam pack kecik tu which I remembered clearly masa kat rack price display was RM 1.99.next to that ada la price label for Milo Nugget actigen -e kalo tak silap with differ price RM4.99.And tekojut den, bile cashier scan harga yg tertera adalah 4.99.Terbengong2 aku sekejap tapi still bayola.and sebab waktu tu dah lewat sgt aku kelam kabut nak balik, so terpaksa berlalu pergi walaupon tak puas hati.Balik rumah aku belek2 pack milo nugget tu tapi tak jumpapon celah mana dia tulis perkataan actigen - e tu.Maka sahla this is another episode of penipuan harga.
I wonder, kalau ramai customer yg tak perasan diaorg kena tipu harga ni,memang cepat kaya lah diaorgkan.kalau sorg dah kena tipu RM1,customer sehari cecah thosands,heh,untung besar dah tu.
Another tactic of price cheat is when they not clearly stated what item that goes with the discounted price.And I just terkono den hari Ahad lepas.Anak aku mengamuk nak Potato chips Mr potato tu.Aku x gemar nak beli sgt sebab ianya masin.Dah dia mengamuk sakan maka somi suruh aku ambik je.Kat atas tu terpampang besar price display was RM2.99 dan kat bawah tu tersusun botol2 Mr potato macam2 perasa bercampur2.

Bila dah bayo akupon sepantas kilat check balik resit n ternampaklah harga potato chip tu RM 4.25.Aku tanya kat cashier tu kenapa scan harga lain, display lain.

Terkedek2 dia pegi check n datang balik kat aku, cakap sambil sengih2, kak, itu harga utk flavor tomato saja.Aku jawab, abis tu kena pi letak sekali dengan yg other flavors under satu harga.Ni dah tipu.And cashier tu hanya sengih2.Sebabkan somi dah buat isyarat cepat, maka tak sempat lah aku nak komplen ke apa, kena cepat2 balik again with rasa tak puas hati.
Haihhhh...pasni aku shopping kat kedai 1 Malaysia jelah, hopefully takdelah benda2 yg macam ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails