Adds by nuffnang

Friday, July 10, 2015

Koleksi Pakaian Formal Mango

                                                                         

Hey-hey ladies...I know, semua sibuk nak beli baju raya kan...tapi ni nak bagitahu info best, especially to those yg kerja office, yg selalu tercari2 office attire, of course lah kita nakkan office attire yg berjenama,ada gaya dan jugak mampu milik kan??so here you go, koleksi pakaian dari Mango, Have you ever heard of MANGO?

Pertama sekali, jom kita kenali dengan lebih dekat mengenai latar belakang jenama Mango. Jenama antarabangsa yang telah lama bertapak di Malaysia ini beribu pejabat di Barcelona (Sepanyol) dan diasaskan oleh Isak Andic dan Nahman Andic yang merupakan pasangan adik beradik. Dengan kejayaan yang diraih sempena penjualan pakaian wanita Mango, mereka kemudian melancarkan koleksi pakaian lelaki dibawah jenama H.E by Mango pada tahun 2008. Tidak dinafikan, koleksi pakaian Mango disambut baik oleh penggemar fesyen di Malaysia dan kini jenama ini mempunyai cawangan di hampir kesemua pusat membeli-belah yang utama di Malaysia.

Apa yang menyebabkan koleksi pakaian Mango digemari ramai?I'm one of those penggemar pakaian dari Mango ni tau! Like I said earlier, berjenama, ada gaya dan jugak mampu milik. Tapi yg paling penting sekali, PALING PENTING ye,  kualiti fabrik yang digunakan bagi setiap koleksi pakaian adalah berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Mango menggunakan fabrik yang berkualiti tinggi dan bersesuaian dengan iklim di Asia. Selain mengekalkan rekaan yang sofistikated dan ‘clean’, Mango juga merupakan pilihan utama untuk anda mencari koleksi pakaian formal dengan harga mampu milik. Nah, pakej lengkap bukan?Murah, ada style, ada gaya dan bermutu tinggi.

To those yg bertudung macam saya ni tak perlu risau okay, koleksi pakaian Mango juga sesuai dipakai oleh wanita yang bertudung. Ada koleksi blouse, kemeja, blazer, skirts, slack pants dan banyak lagi dengan rekaan yang cukup simple yet elegant.Yg paling saya suka gayakan adalah dari koleksi blouse Mango yang berpotongan loose dan saya padankan dengan slack pants untuk ke pejabat atau bersama jeans untuk aktiviti kasual. How about that?Menarik bukan?

Dulu kena curik2 masa antara kerja dan family time nak ke shopping mall utk dapatkan koleksi pakaian Mango ni.Paham2 ajelah, ngan anak2, mane boleh nak bertenang2 nak pilih pakaian ni semua.I'm sure all women pon kalau pilih pakaian pon kena ambik masa jugak kan?hiksss...now, tak perlu susah2 ke mall, it just one click away..Log on to Zalora.com.my Now, I pon nak pilih blouse n pants Mango ni dengan penuh ketenangan..hehe

Monday, July 6, 2015

kegunaan grup wasap

aku ni x byk join grup wasap,adala 3,4 ketul je.kang byk2 x terlayan pulak.kalau x terlayan nanti ada yg kecik ati n ckp kite sombong plak hahaha..eh i olls suri rumah skrg bz okay!hahaha...anyway,untungnya ada gruo wasap ni selain dari utk bergosip,untungnya bila ada ramai ahli grup dikalangan cikgu-cikgu.hah masa nilah nk ambik kesempatan pon.senang keje mak ni,agak2 ank tnya homework x tau,boleh up kat wasap grup.konpem settle problem.mekasih ye kawan2 cikgu ku.x le aku stress sorang2 nk pikir jawapan dia haha...mcmkan ank ko tnya soklan spm pulak ye nk stress bagai.hover nau nau..



Wednesday, July 1, 2015

new family member

alhamdullillah rezeki ramadhan.since last saturday,dia dah bersama kiteorg.welcome to la familia.we hope you are happy with us.introducing...




miss shadow...haha jgn tanya aku nape namanya shadow...ni sume si abang punye idea.ntah mane dia dapat ilham nak bagi nama shadow tu.layannn je la.by the way shadow is 3 month old kitten n sejenis kucen siam.

Tuesday, June 23, 2015

Her first school trip

Ujung first semester satu lepas,sekolah buat school trip ke kilang yakult.aku tanya apak nya,apaknya bg greenlite.sign terus bayo.ni first time kakak gi school trip.first time gi jalan2 tanpa mak pak.first time jugak naik bas.yg aku ni tak tanya kat mane kilang tu,rupanya kat seremban nun!haihhh jauh kakak berjalan.pg tu,masa antar kakak aku tunggu kejap sampaila dia naik bas.she cried a little,aku pon tak pasal2 tersedih gak.mcmkan nak antar anak ke plkn pulak sedihnya.haha


Friday, June 5, 2015

Hey everyyyybodyyyy

Salam jumaat.perghhhh lama oiii tak berblog.sebulan ado.dah bersawang blog ni hah.ahkak bz ngan ank2 hihi,tambah lg ni cuti sekolah.korang cuti2 gi jln mane?dah bulan 6,dah setengah tahun berlalu.lg 2 minggu nak pose.pastu nak raya pulak.korang dah settle baju raya ank2 ke?baju raya anak aku tahun ni mostly sponsored by moklong.thank you moklong!hehe jimat duit i olls!by the way,gaza kena serang lg kan.sedih nya,seingat aku time dekat nk pose time tu la depa kena serang ngan puak israel tu.haihh,hanya mampu kirimkan dia saja semoga Allah melindungi umat Islam kat sana.oklah,have a good weekend n happy holiday u olls!

Monday, May 11, 2015

Beras

Korang suke beli beras camne?yg mahal ke, yg wangi ke yg asal boleh makan? hehehe...kalau ikutkan aku , aku beli yg asal boleh makan je..hahaha...sebabnya pada pendapat aku, yg menyebabkan ko berselera makan or yg menyedapkan makanan adalah lauk dia.beras bagi aku sama je.tapi somi is memilih sikit kalau bab beras.beras kena yg special sikit.aku pon pelik, kalau takat beli beras biasa je apa yg special bagi aku sama je.lain la kalau ko beli beras basmathi or brown rice. yg tu memang konpem special.kalau beras biasa ni, aku prefer beli yg 'biasa2' je..sebab sama gak rasa dia..ko makan pon semua tu jadik t***k gak nanti hahaha.aku tak suka yg spesis wangi or yg pulut tu..cam pelik pulak makan ngan lauk bagai kalau beras yg pulut jenis sticky tu.kembang tokak den.
so my somi is memilih bab beras ni, nak beras biasa je tapi nak yg branded sikit.kalau gi shopping groceries memang boleh gaduh time nak pilih beras. aku angkut beras murah, kang dia start bebel n tukar beras.musykil disitu.aku tengok MIL beli beras biasa je, rege beras kt kg dlm 17 10 kilo tu..and konpem2 selama membesar ni pon dia makan beras2 yg biasa je..hidup sihat je kan..dah tua2 ni memilih pulak beras ye..kalau makan kat kedai, ada ko kesah ke beras apa diaorg pakai..ntah2 beras murahan jugak kann..tapi ko makan nasik berpinggan jugak..nasib la nowadays, i olls gi beli beras sendiri tak bawak dia.of course le aku pilih beras mana yg paling jimat hahaha..mana offer yg paling rendah, tu yg aku beli.baru2 ni pegi beli beras 5kg kat speedmart.ada dua jenis je, stau cap sendu, rege rm12.90, satu lagi cap mahai rege rm17.90...hoihh beza rm5 okeh, so aku pilih yg sendu je haahaha(matikla rm 5 pon kedek, gst hokay...kena berjimat cermat), masa beli tu saing ngan mamat bangla pon beli beras tu jugak..ahaksss...
tapi balik rumah baru perasan, kat plastik beras ada tulis beras usang.patutle murah.eh, tapi makan ok je, takde beza pon ngan beras lain.kurang pasti pulak apa maksudnya beras usang tu..tapi abis jugak la beras sekampit tu di makan.Alhamdullillah kenyang jugak.nasib si somi x perasan kalau tak bernanah telinga i olls dengar dia membebel.see, abis jugak makan kan..kenyang jugak kan..
jadi kesimpulannya, beras sendu atau tidak, tiada bezanya...
ok sekianlah karangan tentang beras.

Thursday, May 7, 2015

7th

Abang is now 7 year old.The exact date was on last sunday 3rd may.This time, nasib dia tak mintak hadiah bukan2.hehe.jimat duit mak pak.as usual kena ada kek lah.sorry abang, mama beli kek bajet je.janji kek.Tapi si kakak sibuk nak enterframe. dia ingat birthday dia setiap hari.tu pasal kena bubuh nama dia jugak atas kek.kalau tak dia sentap.

Happy birthday to my lil' boyfriend.Doa mama pada abang tetap sama seperti tahun2 lepas.Moga Abang membesar jadi anak yg soleh kepada mama dan ayah, di kurniakan kesihatan yg baik dan sentiasa dibawah lindunganNya.I love you so so so much boyfriend!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails