Adds by nuffnang

Thursday, January 31, 2013

Cerita pendek hari ini

Cerita 1

Amirul sejak2 adik dia dah besar sikit ni, kemain kedengki ngan adik.dulu, masa adik kecik kemain dia sayang.sekarang, asek2 gaduh, asek2 dengar sore adik dia menangis sebab kena cubit la, kena sepak la, tak pun kena lepuk ngan abang dia.Almaklumla, adik is gegurl, anje2 lah sikit.Abang buat sikit je, gaya menangis mcmkan kena dera.Dah berbuih mulut aku pesan kat Abang, jangan buat adik.Kadang2 tu bila tengok dia buat adik dia agak melampau, aku bagi balik kat dia.aihhh, dia pulak yg menangis bagai nak rak.yg bestnya, tiap kali menangis, dia akan cakap mcm ni (sambil menangis) umiiiiiiii, umiiiiiiiii, umiiiiiiiiii....
Sape plak umi ni????saspen nih....nak kata pengasuh taska, kat situ diaorg sume dipanggil cikgu, kat tadika cina, takkanlah panggil cikgu dia umi...mak2 sedara sume takde yg dipanggil umi, abis tu sape umi???hmmmmmm.....

Cerita 2

Semalam balik keje, cam biasa merempit ngan somi.dua2 pakai helmet visor tak turun kebawah, lemas n rasa tak clear pemandangan kalo tengah jalan sesak pakai full visor, tu pasal kena angkat..pastu somi den tetiba dgn bersemangat cakap, pasni kita pegi cari mask, sebab asap banyak, tak eloklah kita dok sedut hari2 asap2 kenderaan nih, ceh kemainnnn, sekali aku jawab, bukan ke awak ari2 dok sedut asap rokok, sama jugak bahayanyakan?*senyap tak terjawab*terkono laki den, kahkahkah

Tuesday, January 29, 2013

My lil' diva hospitalized PartII

Memandangkan ini first time ke hospital kerajaan, maka adalah sedikit sebanyak pengalaman yg x berapa best and that made me think, betullah apa yg dikomen oleh ramai orang sebelum ini..selama ni hanya mendengar org komplen sahaja, sekarang dah mengalaminya

1.Untuk pendaftaran ada 3 zon, kritikal,separa kritikal n tidak krtikal..so masuklah kami ke zone tidak kritikal.lepas register, terus masuk bilik untuk diperiksa.dalam bilik tu cuma ada nurse sahaja.ada dua org doktor, aku rasa mungkin doktor pelatih sebab masih muda2 lagi, tapi doktor2 tersebut tak dok dalam bilik dok kat kaunter register kat luar...eh hellloooo, kalau setakat nak dok kat register kaunter baik tak payah jadik doktor, jadik kerani je..so, mula2 memang nurse yg kat bilik tu check, pastu dia pon tak pasti sakit apa agaknya, dia pegi panggil doktor pertama pompuan cina kat luar tu, pas doktor ni check, again dia pon tak sure apa penyakitnya, dipanggil plak doktor lagi sorang doktor lelaki cina datang check.lepas doktor tu check lebih kurang, dia pon cakap ni macam ada crack, sila masuk ke zon separa kritikal.SIL aku sampai pucat muka bile dengar ada crack, bunyik macam kritikal benor..
2.Kat dalam bilik zon separa kritikal.Ada doktor lain yg bertugas.Agaknya yg kat dalam ni memang doktor yg dah pakar kot, so dia check n dia suspek ada infection kat paru2..so kena masuk air drip n antibiotik..menurut my SIL, dia cakap masa nak ambik darah tu my niece kena 3,4 cucuk gak kat tangan sebab nurse n doktor cari urat tak jumpa...lebam2 tangan niece aku, kesiannnnn...yg paling best, ada sekali tu doktor nak cucuk sampai terpatah jarum, ntah camne la dia buat...kalau kena kat aku sendiri pon yg dah tua bangka ni, salah cucuk memang terasa sakitnya..apa tah lagi budak kecik..so kepada bakal doktor n nurse, saranan aku, sila pastikan anda tidak takut darah n jarum jika anda mahu bekerja dalam bidang ni, kalau rasa2 takut ngan 2 benda ni, tak payah la keje dalam bidang ni, 2 benda ni adalah basic...ni tak, asek terketar2 nak amik darah pesakit,camnelahh boleh jadi doktor camni??
3.My SIL n niece kena tunggu agak lama dalam bilik separa kritikal ni, memandangkan katil kat wad takde, tapi nasib baik ada katil kosong petang tu, kalau tak ntah manelah dia tendang
4.My niece dipakai kan alat oksigen tu, masalahnya mende tu asekla berbunyik tettttttttttt aje..bile dipanggil nurse tanya kenapa bunyik, nurse sekadar dok kat muka pintu wad, pastu cakap,agaknya tersangkut tu pastu terus blah..my SIL terkial2 kelebet menatang tu...hoihhhh apakah ini..ko ingat kiteorg ni belajar cara nak menghandle medical appliances ke??padahal aku tengok nurse2 kat situ bukannnya ada banyak kejepon, keje menyembang doplohpatjam..pastu kalau tekan loceng tu, sepuloh minit lepas tu baru datang...
5.Doktor yg datang check hari2 doktor yg berlainan..n yes, sumenya doktor pelatih, takpon doktor yg baru setahun jagung..dalam sehari lebih daripada 4 org doktor yg lain2 datang check,masalahnya bile dah ada banyak kepala ni macam2 lah diaorg punye diagnosis..sorang cakap tak perlu masuk air dah,sorang lagi masuk tanya,eh apsal tak masuk air, kena masuk air lagi ni...so kesudahannya mak pesakit yg pening kepala..
5.Mula2 masuk wad, my niece duduk bilik biasa, pastu malam tu tetiba dia mcm susah nak bernafas n nurse tukarkan ke wad untuk pesakit kritikal, depan bilik nurse..masalahnya dalam wad ni dicampur sekali ngan pesakit kritkal lain,yg denggi pon ada, agak2la kan, my niece tu baby lagi,kang org sebelah depan batuk2, org sebelah kiri muntah, takke senang nak jangkit tu..jadi bilenya nak baik mcm ni?
6.Masa ada sorang doktor ni datang check, aku pon tanyala, kat sini takde buat sedut kot hidung tu ke,sebab doktor selalu sedut kot hidung utk anak aku tu, kat hospital yg selalu aku pergi, so aku tanyala samada ada ke tak rawatan tersebut kat sini.Dengan konpiden je doktor tu jawab, kat sini memang kita tak ada rawatan tersebut.Dah dia cakap macam tu aku pon diam je lah tak tanya banyak.Alih2 semalam my SIL cakap nurse ada buat sedut kahak, tapi tak tahu cara apa yg digunakan, sebab masa dia buat tu mak pak tak dibenarkan masuk.After dah buat tu, terus my niece jadi ok n boleh bernafas lega..hari ni terus boleh discharge..lerrrrr...nape baru lepas 3 hari baru nak buat, nape le tak buat awal2...musykil aku..yg doktor tu kemain konpiden cakap tak de...
7.Makan langsung tak sedap...puihhhh...aku yg nengok makanan tu pon rasa kembang tekak..ko bayangkanla, dalam bilik ada 4 org,makanan diserve 4 kali sehari, setiap kali dia kutip, dia kutip balik makanan yg dihantar,sebab tak de sorang pon sentuh makanan tu...haihhhhh

Hari ni nak check out tu mesti ada cerita jugak..hospital2 kerajaan plissss la tingkatkan mutu perkhidmatan anda..

My lil' diva hospitalized PartI

Diva kecik saya a.k.a anak yg 'terpaling bongsu' saya kena tahan kat hospital since Friday last week, ari ni baru discharge.sebab ada jangkitan kuman kat paru-paru.Siannnnyeeeeee....berat pon dah turun,dah kurang keayaman daging dia..
Malam berjaga tak boleh tido,asek merengek je sepanjang malam, sian kat maknye lah, kena pangku sepanjang malam..siang barula boleh tido..asal malam je, dah start jadik burung hantu..Pagi jumaat tu terpaksa jugak pegi hospital sebab, malam sebelum tu demam dah kurang,tapi batuk2 sampai badan dia mengigil2..so pagi2 lagi kiteorg bergegas ke hospital yg paling dekat ngan rumah, hospital serdang..first time jejak kaki kesini..

First day...penat sgt sampai tertido..
Second day,kena bungkus sebab tak reti dok diam, asek tercabut je wayar tu..
dah boleh bangun duduk, tapi still lemah n muka masam je..

Third day,muka masam lagi...
Org tak sakit tumpang kat katil org sakit, baru le senyum sikit..

Wednesday, January 23, 2013

LOL

Conversation between cleaner kat opis aku n sorang minah ni.Sorilah aku terdengar pulak,dah ko cakap kuat2 sgtkan.
Minah:Akak, nak tak keropok.saya nak bagi akak ni..
Cleaner:Keropok apa tu.kenapa nak bagi.tak makan ke?
Minah:Tak nak la..dah dekat setahun keropok tu dalam peti..saya nak kemas peti ais ni, sebab nak balik kampung mak mesti bagi keropok baru.

Aku tengok akak cleaner tu diam je tak menjawab nak ke tidak.Agaknya terkedu n tak tahu nak jawab apa.Akupon turut sama terkedu.LOL.

***************************
Jangan sebab dia cleaner, ko nak bagi segala benda 'yg buruk2' yg sisa2 yg ko tak nak je kat dia..agak2lah ye..cleaner pon maknosia yg punye perasaan..jangan ko pikir ko bekerja,ko tu hebat sangat..

WW:Diva-diva spek itam




Bergaya ngan spek itam ehsan free dari hasil belian drypers!

Tuesday, January 22, 2013

Her human being phase

Untuk kenang-kenangan marilah kita tepek dekat blog..Arissa's milestone in her early life..


Setiap anak dilahirkan tak sama tahap perkembangannya..masing2 ada kelebihan n kekurangannya..so tak perlulah nak comparekan antara anak no1 n no2, or anak aku ngan anak kau..lambat ke cepatke , as a parent we should take it steady, let them grow naturally tanpa paksaan..

Monday, January 21, 2013

Monday,I'm not ready to meet you

Pernah tak rasa apa yg aku rasa?ke aku sorang je yg berperasaan mcm ni??Rasa macam cuti weekend 2 hari tak cukup.Rasa macam x sedia nak bekerja on monday..sebab??sebabnya aku serabut hal2 rumahtangga yg tak sempat disempurnakan..
Tak tahulah kenapa, weekend ni aku x tak sempat abiskan keje rumah..well, keje rumahkan is never ending story, memang takkan pernah abis..tapi kebiasaanya aku akan cuba abiskan mana2 yg patut..tapi semalam,laundry tak abis, masih ada carry forward backlog dalam bakul laundry...umah tak berkemas n tak bermop...haihhhhh...ntah ape la yg aku buat, akupon tak paham..satu lagi aku rasa rumah aku sgt banyak junk..boleh dikatakan hampir setiap minggu, aku kemas2 junk stuff ni, tapi dah nama suka kumpul junkkan, kumpul, buang, kumpul lagi..memang x penah surut...haihhhh...tak berdaya rumah 850sqf aku tu nak menampung sume benda tu..time serabut, aku rasa macam nak buang sume benda dalam rumah termasuklah meja makan n sofa tu...hahaha...wardrobe jangan cakaplah, memang tahap nak roboh dah, baju aku yg lebih2nya, hahaha..
Oleh sebab itu, sebab aku rasa banyak keje bertangguh, maka aku rasa tak best bila nak start keje hari Isnin..Kalau ikutkan hati,nak je EL sebab nak bereskan rumah,tapi x masuk akal pulakkan, nak kemas rumah tak termasuk dalama list layak untuk diapply emergency leave..
I wonder macam mana mommies lain yg bekerjaya jugak,tapi mampu uruskan rumah n anak2 dgn baik..boleh masak utk keluarga, rumah sentiasa berkemas n jaga anak2...memang superwoman la, aku salute mommies yg mcm tu..Aku masih lagi tak mampu, anak2 2 org je pon, tapi rasanya macam ada 10..dapat pulak2 anak2 yg hobinya tabur bedak setiap hari, i is mampu menangis dalam hati je...
And I still serabut sampai saat ini, sebab mengenangkan keadaan rumah...I wish weekend ada 3 hari, because obviously 2 days just not enough for me (konpiden ke senah oi ko boleh siapkan keje rumah dalam masa 3 hari??ntah2 sama je hahaha)
So, thats my monday story...mode:serabut

P/S:me not berkerjaya,berkerja yes, but not yet jaya..

Friday, January 18, 2013

Drama melayu & hero feveret

Dah tak de apa nak ditulis so marilah kita membebel pasal benda yg tak penting ni..
Dolu2 aku bukanlah peminat drama melayu, ye lah kalau dah stok drama melayu ala2 drama sembilu tu, sorilah gua nak layan, stok2 drama2 macam tu hanya makcik2 kat kg n my sister je yg layan...kahkahkah..
Tapi akupon x perasan since bile, aku dah start suke menonton drama melayu nih, since drama melayu sekarang ni pon dah improved kan..Antara drama2 melayu yg terawal yg memang aku follow tiap2 minggu dulu macam drama Kau milikku (ingat tak pompuan dressing pelik n berspek tebal tu),Sindarela, rona roni makaroni..since that dah banyak drama melayu yg best2 n aku follow..nak2 lagi sekarang dh banyak yg adaptasi novel yg best2, currently memang aku tgh follow citer setia hujung nyawa tu, best citer dia n pelakon memang best2..unlike citer adam hawa, novel best tapi bg aku pelakon dia x best n tua2..spoill betulll..tapi aku follow gak la citer tu, walaupon sambil tgk sambil menguap patpulohlapan kali..sampaikan yg the last 4 episodes tu, aku tgk siap pakej tertido..sorilah, gua tak minat aron ajis, malah tak termasuk dalam list hero feveret pon hehehe..oh, drama baru yg ganti AH tu pon adaptasi novel gak kan, but then again, pelakon is tua2, potong mood nak tgk la..
Mcm sekarang aku nak tgk drama pon if jalan citer best pelakon x best plak, pon malas nak follow..senang citer if ada je drama baru yg ada muka2 berikut berlakon as hero, konfem aku tgk..
1)Aqasha-start suka dia berlakon masa drama Dejavu tu, drama yg sebelum tu ntah apa ke tajuknya, yg ada Ayu raudhah aku tak tengok, sebab x minat sama itu Ayu ..
2)Nazim Othman-Pon suka sebab tgk citer Dejavu tu lah
3)Beto Kusyairi - Dah banyak citer yg dia berlakon,sume aku suke n mostly memang tgklah..
4)Amar Asyraf- ni baru masuk list..hahaha
Dah tu je kot..Kalau heroin pulak aku suka jugak kalau mereka2 ini yg berlakon mcm Nora danish,Faezah Elai,Siti Saleha n Lisa Surihani..
Sekarang ni macam tebiat pulak, kalau tgk drama adaptasi mesti nak baca novel dia jugak..

Ok.Sekian entry yg x berfaedah di hari Jumaat.

Thursday, January 17, 2013

Masalah zaman berzaman

Salah satu azam tahun baru aku, tapi hingga ke hari yg ke17 ditahun baru ni masih lagi tak fulfill.Azam aku ialah nak bangun awal tiap2 pagi(read:pagi hari kerja sahaja hahaha)...Tapi tulah, bangun pagi is masalah besar bagi aku since aku kecik2 lagi...dari kecik membawak ke tua bangka ni..Somi den x larat membebel dah, dah tak tahu nak cakap apa lagi..cakapla apa pon pendek kata sume x jalan..aku pon tak tahulah apesal la payah benor nak bangun awal..nak2 ada anak sekolah ni kan..memang nak kena bangun awal dari biasalah, nak siapkan diri sendiri lagi, nak siapkan anak lagi...
Kalau masa sek menengah dulu, pagi2 kiteorg akan beratur barisan pastu jalan ramai2 nak gi sekolah dari hostel, yg last sekali dalam barisan mesti muka aku, org dah jalan separuh jalan, aku baru nak terhegeh2..tu gara2 bangun lambat..masuk U pulak, kalau kelas pagi tu memang kantoi..tiap2 pagi asek muka aku je yg muncul lagi 15 minit before kelas abis...pfttt..
Bile dah start keje pon macam tu..asek muka aku je yg lambat..Dulu ada boss yg emo, kalau lambat siaplah ko dapat ugutan atau email2 yg sentap..tapi since dah tukar boss n diapon juara lambat jugak (boleh geng ngan aku), so i is boleh urut dada sikit..lega tang tu ler, tapi still kesian kat somi den..dia pon keje masuk 8.30 jugak, nun di Subang tapi kena ngantor bini dia yg tak pandai bawak kete ni kat opis di KL dulu pastu baru rempit ke subang..haihhh..bile la aku nak insap ni??
Masalahnya, aku dah kunci jam 3 waktu yg lain2..n setting jam 5  minit awl..aku kunci pukul 5.30..bunyi alarm aku tutup, sebab aku tau tu baru 5.25...bunyi lagi alarm pukul 6..aku tutup lagi, baru 5.55 tido balik sebab aku konfiden alarm yg last mesti aku bangun..alarm bunyi pukul 6.15, ponnnnnn aku tutup tetap tak bangun, sambung tido lagi, baru 6.10 lagi 5 minit aku bangun..5 minit tu membawak ke setengah jam..sudahnyaaaaa 6.45 baru bangun...pfttttt...motip kau kunci jam banyak kali???tak tau la apesal mata ni susahhhh sangat nak bukak...*salahkan mata pulak*..dah bangun lambat, subuh pon subuh gajah, baju tak beriron lagi, nak siap anak lagi, bagi anak breakfast dulu....pumpang pumpang..kat pukul 8 baru antor anak tadika..
haihhhh...tulah dia masalah zaman berzaman aku, azam tahun baru yg tinggal azam je, azam tak ditepati..korang ada petua/cara/trick untuk bangun awal tak?if ada do share with me, I am desperately need one, the most effective one on me...haihhhhh...esok saya cuba lagi utk bangun awal..oh, don't tell me to sleep early at night, sebab tak de maknanya, tido awal or lewat, result dia tetaplah sama je...
Haihhhhhh*menguap 80 kali*

Wednesday, January 16, 2013

Macam-macam hal

Sana sini kecoh pasal blogger yg sorang ni yg telah membuat onar mostly dengan rakan2 blogger jugak..hmmm..aku memang baca blog blogger ni n rakan2 blogger yg terlibat..n memang rasa something wrong with this blogger before,and rupanya tipah sedikit tertipu ..this blogger cuma indah kabar dari rupala..so apa yg diceritakan di blog mungkin hanyalah penipuan semata..
kesimpulannya, kita janganlah terlalu percaya dgn apa yg ditulis di blog melaikan kau kenal dgn blogger ni in person..tulisan boleh menipu, cerita boleh ditokok tambah utk lebih menarik..tapi x semuanya x jujur, hanya segelintir sahaja yg x jujur n bengkang bengkok diselubungi misteri.Apa2pon terpulanglah pada niat kau berblogging,niat baik atau tidak, niat jujur atau tidak..ada org berblog sebab betul2 iklas nak share life n experience ngan public, sometimes pon disalahertikan, ada yg berblog sebab nak pemes cepat, nak challenge red mami katanye, hehehe, but took the wrong way, too bad lah..ada yg berblog semata nak menunjuk2 rete benda,tapi berselindung atas nama nak share je,but then itu semua terpulang pada reader yg membaca n menilaikannya kan?reader sume bijak2, kalau rasa dah semacam je blog tu,sahlah something wrong dgn tuan punye blog..Pastu, jangan cepat sgt percaya or nak berkawan beramas mesra dgn org2 yg kenal di alam maya ni, sebab kita kenal dia atas tulisan saja, kita tak kenal dia hati budi or in person..tapi mcm saya cakap, tak sume begitu, sebab ada yg kenal kat alam maya, terus jadi bff(bff yg x backstab la)..pon ramai yg begitu..
Pastu satu lagi, sikap diri sendiri, kalau kita ada perangai cuba bandingkan life dgn org, x boleh org lebih dari kita, memang hidup kita x akan berkesudahan..parah jadinya..org2 begini boleh dikategorikan as mentally sick..tgk org up gambo begitu begini, kita pon nak up gambo begitu begini..tak rasa letih ke hidup kalau asek membandingkan diri, mengejarkan diri utk jadi seperti org lain..isk..iskk..kesian..
tepuk dada tanya selera, as for me, saya suka baca blog2 org,saya suka baca cerita n pengalaman hidup org, yg mana yg baik boleh dijadikan contoh, yg negatif tu jgn diambik kiralah..
sekali sekali jadi kak nam pon best jugak, blogger2 kat mesia ni dah macam retis pulak kan?gaduh situ sini, hehehe, suka baca je, tidokle teman nak berpihak pada sesiapa..

Monday, January 14, 2013

Terima kasih daun keladi

Tahun depan bagi le lagi..heheeh..Aku memang dah masukkan talipon pintar baru dalam wishlist aku this year..tup tup..ada rejeki aku nak pakai talipon pintar baru..aku bajet nak beli S3 je, sekaliiiiiii rejekiiiii nak dapat IPhone 5 lorrrrr..Alhamdullillah, merasa jugak, kalau harap diri sendiri beli tinggal harapan jelahhh...
Time kacih daun keladi kepada kompeni tempat saya mencari rejeki kerana sudi menghadiahkan IP5 ni sempena harijadi kompeni yg ke 25..bukan saya sorang ye, untuk sume staff ye..
maka hari ini sangat teruja, IP5 punye pasal, sanggup beratur 2 jam (in high heels okay, now seriously aku rasa mcm nak demam, sakit pinggang+kepala)..IP5 now in hands...
Dah bertahun hidup ngan Samseng,tetiba dapat boipren Iphong pulak, haruslah aku menjadi jakun 2,3 hari ni...malam ni mau tido sambil pelok Iphong5ku..
*Sayang selkom ketat2*

Thursday, January 10, 2013

Bermula dari diri sendiri

Ni hanyalah pendapat saya based on my observation.Untuk mentarbiyah org haruslah bermula dari diri sendiri dahulu, pastu kaum keluarga dan seterusnya masyarakat.Didik dahulu kaum keluarga hingga berjaya, barulah kepada masyarakat.Kalau kita gagal tarbiyah kaum keluarga sendiri, apatah lagi masyarakat.
Sebagai contoh, aku perhatikan satu keluarga ni,Dalam keluarga ni, ada seorang yg alim, menuntut ilmu agama di Mesir.Sehinggakan kalau kiteorg bertandang kerumahnya, sejuk telinga sebab dia asyik berceramah pasal agama sahaja.Baguslah, niatnya untuk menyebarkan dan berkongsi ilmu agama itu sampai dan tidak salah.Akan tetapi, pada pandangan aku, dia masih lagi belum layak untuk bergelar ustaz atau pendakwah, sebab dia masih lagi gagal mendidik keluarganya let alone utk mendidik masyarakat.Pasal apa aku cakap mcm tu?Sebab masa kiteorg bertandang kerumahnya, ada anak sedara perempuan dia dan kakak nya tidak menutup aurat pon,sedangkan tetamu yg datang adalah bukan muhrim.Tetapi this so called 'alim' ni, bercakap pasal agama berkebuk2, tapi tak mampu mendidik keluarga sendiri.Aku peratikan sepanjang kiteorg berada disitu takde pulak dia menyuruh kakak dan anak sedara perempuannya itu utk memakai tudung.Oh, itu bukan kali pertama kiteorg bertandang kerumahnya, dah acap kali, tapi begitulah situasinya.Jadi disitu, kite boleh nilaikan sendiri, adakah dia ini layak untuk mentarbiyah masyarakat, sedangkan gagal untuk mentarbiyah ahli keluarga yg terdekat seterusnya memberi contoh kpd masyarakat.Menyuruh keluarganya untuk membuat perkara yg paling basic dalam agamapon iaitu menutup aurat, itupun sudah fail, adakah dia layak untuk kita dengari dan contohi?Nilai dan fikirkan sendiri.
Banyak yg mcm ni sekarang, bila bercakap pasal agama berkepuk2 like a true Ulamak, tapi hakikatnya anak bini sendiri pon gagal dididik mengikut agama.

Wednesday, January 9, 2013

WW:Hey sexy ladies..

Bareback...auwwwwwww!!
Las pequenas divas in action:feeling2 sunbathing tepi pantai ler tu, hahaha..sunbathing dalam rumah sajo..

Tuesday, January 8, 2013

Maksud tersirat

seorng kawan di opis, kenal dia pon atasan urusan keje, cuba2 untuk mesra alam dgn saya masa dlm lif.time tu turun lif nak balik dah.kebetulan lif plak kosong takde org lain.
kawan:eh, balik ngan motor ke(sambil buat2 terkejut tgk saya pegang helmet)tak penah nampak pon sebelum ni (mcmlah hari2 terserempak dgn ko ye)
saya:ha ye lah
kawan:rumah kat mane?
saya:dekat bukit jalil
kawan:eh jauh tu..
saya:nak buat camne,kalau datang ngan kete kang sangkut jem pulak
kawan:ye lah kan..eh naik motor besar ke?(sambil buat gaya tangan menunjukkan besar)
*perbualan x disambung sebab pintu lif terbuka, n dia ternampak kawan lain dan terus bersembang ngan org tu pulak.
aku balik rumah n tak terpikir apa2 pon pasal perbualan aku ngan kawan itu.Hanya terpikir baru jap tadi..
motip tanya naik motor besar??tak penah2 pulak kawan2 aku yg lain tanya aku naik motor besar ke x..oleh kerana aku ni jenis lampi sikit (so sapa2 yg cubaan untuk perli/sindir/sarcastik ngan aku, rentikanlah, pasalnya aku tak perasan time tu jugak, biasanya bile dah lama sikit baru perasan, buang ayaq liuq saja, dari korang nak sakitkan ati aku, jadi korang plak yg sakit ati)
aku baru proses kata2nya baru jap tadi...oh jadi motip ko tanya macam tu, mentang2 aku gemuks so motor kena besarlah kan supaya sesuai ngan kegemukan aku.begitu?

Red lipstick for red blooded woman

*ye tajuk tak hagak2*

Nak sambung citer pasal lipstick..ari tu kan cakap nak carik lipstik merah, yg betul2 merah..dah jumpa lipstick yg memenuhi citarasa sendiri..lipstick murah, tapi quality n texture dia not bad..
Liptick IN2IT MI09 flame.
Merah sangat pekat(kiri)tapi aku takdelah pakai merah macam tu,kang terkejut sume org , kurangkan sikit(kanan)
Actually, warna merah dia sangat terang and cantikkkk sangat.Tapi aku takde lah tebiat nak pakai terang2 sangat..ingat retis ke nak pakai camtu..Aku suka texture dia on my lips, just nice..not too glossy, it is type of satin lipstick (mcm matte lipstick,but not too glossy),long last jugak n the price is super cheap (murah n good quality,it's a must have item for cheapskate like me..yeahhh)RM 17 sajo..


Monday, January 7, 2013

Gaya mewah vs gaya tak berapa mewah a.k.a KG.com

Source:Pisang

Gaya KG.com, cucur pisang je..*abaikan kehangusan cucur itu*
Gaya mewah ala2 hotel sikit, pisang balut kulit popia goreng.serve with ice cream, tepek buah n siram sos coklat hershey...yummmmehhh..*pls excuse my lack of presentation skill, ni kalu masuk masterchef awal2 dah kene rejek*

Selepas 3 hari

Selepas 3 hari ke sekolah..
Balik rumah last Friday, aku spot check barang2 dia..

Last friday hari sukan, so aku pakaikan dia complete baju sukan sekali ngan kasut n sock, sekali bawak balik stoking  sebelah lain2...grrrrrr..ntah sape punye la yg satu lagi tu dia rembat..
Ni botol air yg baru, botol air lama hilang, bile aku tanya kat mana, jawapan dia ntah tak tahu..
Pensil tulis, pensil warna, crayon memang konfem tak kan complete punye..gerammm aku tau..ni baru 3 hari sekolah, bukan 3 minggu, 3 bulan..kalau macam ni gaya, bankrupsi lah mak pak, barang2 asek hilang je, asek nak kena ganti baru je, haihhh la anak, baru sekolah tadika dah macam2 ragam..

Friday, January 4, 2013

Nude looks

At one point of time, aku sgt2 obsess dgn nude look..ala yg mekap simple2 ala2 nampak tak nampak tu..bukan apa,mekap macam ni nampak muka macam suchiii jew...hahaha..The key of nude look make up ialah,warna2 earth color or natural..dari eyeshadow, blusher n lipstick, mestilah dari warna2 tersebut..
contoh macam kat bawah ni,


**Pic source:google

So pada aku, the key ialah lipstick, since aku dah tak berapa nak rajin nak pakai blusher n eyeshadow..adalah masa aku tgh obsess dulu, aku gila beli lipstick yg match dgn nude look ni, senang citer lipstick yg color pucat2..pasal apa sampai beli banyak2 lipstik ni?sebab nak cari yg betul2 match ngan lips aku n color yg sesuai dgn kulit aku..



Me with those lipsticks *abaikan muka saiz pinggan itteww*
So here are my reviews (based on my experience using them);

1.Sephora Rouge 0273D
Its matte (and I prefer a matte lipstick),very pigmented,long lasting(matte lipstick usually last long),RM40++

2.Revlon Pearl 628 Peach Me
A bit shiny, the color not so pigmented, ianya mengikut warna bibir, long lasting,RM20++

3.Rimmel 202 Crush
A bit shiny,the color not so pigmented,not last long, less than RM20

4.Miss Rose color 201
It glossy, the color not so pigmented, not last long,RM15

5.Bobbi Brown creamy matte Pale Peach7
Matte,very pigmented (really rich in color),long lasting RM80++

6. MAC creamsheen ravishing A22
It glossy, pigmented,not last long RM60++

My pick based on;

1.Color pigmented
Bobbi Brown is the best..color sangat deep, sapu sikitpon dah cukup terang color dia, plus it is mate.So yes, it is really won my heart in this category

2.Color that suit with my skin tone
Its Revlon..the rest actually whether too pale or too contrast with my skin tone

3.Color that suit with 'the nude make up look'
Sephora coz ianya tidak membuatkan muka saya nampak pelik n I love its natural pale color

4.The worst
Miss Rose...I looked like alien when I was wearing this lipstick, believe me..

PS:Ini entry suka2, just sharing my make up interest, I'm not the make up expert.


Wednesday, January 2, 2013

Hola 2013






making new friends
First day @school.dah beso anak mama*lapairmata*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails