Adds by nuffnang

Friday, October 29, 2010

Si Copycat

Semasa membuat aktiviti excercise blog, maka singgahlah ke blog tiezafatie (kalo x silapla) atau nama manjanya ifa.Maka terbaca la entrynya pasal si copycat..ada blogger lain yg cuba copycat hasil karyanya dan juga blognya...emmmm...tak penah terfikir pulak ada org yg cuba copycat blog org lain...Teringat pulak saya, saya dulupon ada org copycat saya..tapi bukan blog la..Apala sgt blog saya ni..lagipon saya bukannya blogger hebat...bukan di alam maya, tapi di alam realiti ...hehehe..Macam la glemer sgt saya ni, sampai ada org nak copycatkan...tapi tu lah...dalam tak glemer tu ada jugak org yg nak copycat saya..tapi tu dulula...zaman muda remaja dulu...Lagipon saya tak consider diri ini glemer, cantik pon tak jugak, tapi saya adalah saya, saya suka apa yg saya suka, dan saya pakai apa yg saya selesa dipakai...
Kisah1
Sewaktu saya belajar di tingkatan 4 & 5, di sebuah sekolah berasarama penuh di Trg...saya tak perasan pon si dia ni telah copycat saya..itupun selepas kawan2 yg memberitahu...Saya suka pakai cincin pegi sekolah, bukan cincin yg biasa2 tu, tapi cincin yg ada permata ala2 cincin tunang tu (undang2 sek mana boleh pakai brg kemas kan)so, bebudak lain x beranila nak pakai..esok harinya si dia ni..mesti pakai cincin permata jugak pegi sekolah..yg bestnya bukan cincin diapon, tapi cincin salah sorang kawan saya yg dipinjamnya...sanggup pinjam cincin org supaya dapat tiru macam saya.hehehe..pastu saya kalo outing suke bawak paper beg kecik yg comel utk isi barang, heh..yg nipon dia copycat jugak..nextweek mesti saya tgk dia bawak paperbag cam saya...kalo pegi sekolah pulak, saya suka bawak beg garfield yg balik kg tu jadi beg sekolah, cam biasa dia mesti nak bawak beg yg sama ngan saya...kalo kat asrama bebudak suka main rambut saya dan ikat tocang dua..satu malam, member saya bgtahu si copycat sedang suruh bebudak lain main rambut dia dan tocang dua macam saya...hahaha..yg ni memang kelakar..sebab saya pegi tengok sendiri..ada beberapa perkara lain lagi yg sidia ni copycat saya, contohnya stail pakaian, stail tudung dan cara bercakap...
Kisah2
Roomate masa matrik UUM Sintok, tahun 1999...Actually saya tak rapat sangat dgn roomate ni, last sekali kitaorg gaduh yg tak diketahui puncanya..sampai abis belajar langsung tak cakap..pastu bila jumpa balik kat fb barula chat balik...Yg saya perasan dari segi penampilan la dia banyak copycat saya..saya suka pegi kuliah pakai slack dan kemeja kotak2..balik dari cuti sem, saya nampak dia pon pakai cam tu...saya suka pakai tudung..(tudung jenis ni glemer dolu2)..yg ada sulam bunga tampal ditepi and ada bulu dihujungnya..dia pon nak cari tudung yg macam gitu, tapi susah nak jumpa, lalu pinjam terus tudung saya jadi rete dia..hari2 pulak tu dia pakai..saya suka pakai baju tshirt yg loose dan besar2...dia yg dari suka pakai baju kecik2..terus tukar ke baju tshirt yg besar2...saya suka pakai lipstick kaler coklat bila pegi kuliah, dia dari tak reti pakai lipstick langsung, esoknya terus beli lipstick yg sama kaler and brand dengan saya..saya pakai perfume follow me(tu je brand yg mampu beli waktu tu) diapon terus follow me pakai perfume tu jugak..saya beli pump shoe yg tumit tinggi, eh,eh..dia pon beli jugak sebijik sejibon cam saya punya..saya pakai bedak jenis kompak, dia yg pakai bedak talkum je terus pi beli bedak kompak kat mall UUM tu..dan ada beberapa lagi..yg saya pon ingat2 lupa dah..

Gitulah kisahnya..ces..2 je ke..bunyik nak cerita cam banyak je..hahaha..tapi tulah, I dont mind kalo bestfren ke atau org yg kenal rapat dgn kita nak copycat ..yelah, sometimes we share the same interest..tapi akan menjadi sedikit kesah bila, org tu tak rapat pon dengan kita dan ala2 mengata kita dibelakang, dalam diam2 cuba copycat kita....hmmmmm...kelakr pon ada...

P/S:Penah tengok cerita kisah copycat kat tv, sampai ada yg jaik stalker, yg satu lagi nih dia ni cuba copycat stail pembunuhan yg dah lepas2..serammmmm...

Tuesday, October 26, 2010

Bad habit, bad word

At first, saya sangat gembira bila anak saya masuk Taska, segala kebimbangan bolehkah dia dok di Taska selepas biasa 2 tahun dimanjakan oleh pengasuh hilang..Saya boleh lihat beberapa perkembangan positif anak saya..sebagai contoh..dia sudah belajar berkomunikasi dan bergaul dengan cikgu dan jugak kawan-kawan..dari yg tak pandai bercakap sudah banyak cakap (maksud saya sudah tahu banyak perkataan)..sudah pandai membilang 1,2, 3 menyanyi dan membaca doa (walaupun incomplete)...Tapi setakat ini ada 2 perkara negative yg saya tak suka tapi maybe dia belajar melalui rakan2 kat Taska..yelah, kat mana lagi..he spent almost 12 hours on weekdays at taska, sure banyak benda yg he picks up from there..Pertamanya, tabiat suka memukul, pantang ada yg tak kena atau pantang diusik dia pasti akan memukul kita bertalu-talu...haiiihhhhh...dah berbuih mulut saya memesan , Amirul, tak baik pukul mama dan ayah...
Yang kedua, it happened last night, while I concentrated tgk tv, tiba2 dia menyebut perkataan anjing berulang kali...terkejut den...sebelah taska rumah org cina, mungkin dia terdengar salakan anjing lalu mendengar pula rakan2 yg dah reti menyebut anjing..lalu dipraktikkan di rumah...haaiiih...tak suka sebab perkataan tu sounds like memaki pon ada.. setakat ni itu ajelah yg tak berkenan di hati...lain2 masih lagi ok...tapi ada satu lagi perkara yg mengherankan mamanya, camner dia boleh kenal Ultraman Cosmos..hehehe..saya tak penah buka citer otomen ni kat rumah..sebenarnya saya tak berapa gemar kalau anak2 terlalu obses dgn Ultraman...siap boleh nyanyi lagi lagu otomen cosmos ni..kalau tgk bapaknya bukak you tube, mesti dia mintak nk tgk otomen...

P/S:Pantang dipanggil Amirul Iddin...cepat je dia jawab 'saya cikgu'..sampai kat rumah pon tersasul panggil mama dan ayah cikgu..

Monday, October 25, 2010

Cornetto, Inikah cinta...

Korang sume tengok tak mini drama ni?Saya sekali-sekala layan jugak drama ni....bukan sebab minat Akim AF tu...tapi suke sangat tengok Juliana Evan yg kiut miut tu...Amirul Iddin pon layan sama tengok drama ni, tapi sebab 1)dia recognize aisewem tu..2)dia minat lagu Akim-Inikah Cinta tu..3)Maybe sebab dia pon rasa awek tu cun la..

Thursday, October 21, 2010

Me & High heel


I loveeeee high heel...kalu pegi kerja tak pakai high heel tak konfiden rasanya...bukan apa,rasa kemetotnya kalau tak pakai high heel..tak kisah la..high heel ke wedges ke..lagi tinggi lagi suka..tapi tak ler sampai yg 5 , 6 inci macam model pakai tu...kang terpeleot pulak...ye la...saya ni udah gumuks sekarang, kalau pakai high heels tu rasa macam balance sikit, tinggi dengan kegemukan..tapi tak ler pakai yg jenis heels dia halus..tu lagi la nampak tak balance hehehe...
Tapi kan, yg tak syoknya sekarang dah tak boleh pakai high heels...kena bercuti selama 9 bulan...sekarang dah pakai sandal stail makcik-makcik...tu yg rasa kemetot dan buruk betol kalo pakai kasut tak tinggi ni....konfident level dah turun 40%..eceh..hehehe..tapi kan, artis2 yg pregnant pakai high heels ok je?
Ni la sandal stail makcik2 yg saya pakai ari2 skarang, tak cool la..

Sila abaikan kaki saya yg macam kaki gajah tu, kan saya dah cakap saya memang gumuks!

P/S: Tak kira, gaji ni saya nak beli 1 wedges baru...nak jugak..

Tuesday, October 19, 2010

Sharing is caring...

Just wanna share this...thanks to my friend coz sudi shared this good info wif me...

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.
Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan.
Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak. Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.
1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.
2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.
3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.
4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akankurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.
5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.
Tuan/Puan,mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini. Sekian, semoga Allah mengurniakanrahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. Wallahua’lam.

P/S:Still in the learning process about parenting...

Monday, October 18, 2010

yummm..yummmmm....


Masa lalu kat Kg Baru nak beli makanan, terpandang pulak pak cik yg jual aiskrim ni..maka dan2 teringin nak makan...lalu terbeli lah....mmmmmmm....sedappppppp...Aiskrim pulut ni diletak pulut (of course la dah namapun aiskrim pulut)...pastu ada ada homemade aiskrim perasa durian, letak pulak kacang kisar dan susu cair kat atas...yummm..yummmm....Harganya RM 1.50 je..boleh pilih nak yg roti or dalam cup...Saya suke sangat tengok org kite meniaga produk yg best dan ada originality..tak meniru sape2...Nampak customer pakcik ni pon ramai, setiap minit ade je org datang beli...murah rezeki pakcik ni...

Takut nak amik gambo dari depan, nanti pakcik ni ingat aku nak report kat DBKL plak...hehehe

P/S:Aiskrim versi Amirul Iddin = Aisewem..


Friday, October 15, 2010

Meneruskan cita-cita yg tak kesampaian.....

Diperkenalkan oleh one of my colleague, so sekarang kalo bosan2 kat opis terus ke sini ----> http://looklet.com/. hehehe..konon2 cita2 yg tak kesampaian nak jadik fashion designer/stylist and untuk mengasah bakat yg terendam (ada ke??)...boleh la mencurahkan idea disini....TQ my colleague coz introduce game (game ke?) yg best cam gini....teringat masa kecik2 dulu suka sangat main patung kertas yg boleh tukar2 baju tu...haaa..game ni lebih kurang cam tu la...dia punya model memang real, pastu sume pakaian/accesories dia yg branded and from designer...hheeehhee..kira tak mampu nak beli sendiri dapat main yg ni pon jadila...errrr...kalo korang sume dah tahu pasal game ni, maknanya saya sorang la yg ketinggalan jaman....hehehe...apa2 la...yg penting mak hepi noks!

Antara fashion yg di 'style'kan oleh saya....







P/S:Amacam?ok tak?

Thursday, October 14, 2010

slurpppppp....




Soalan:
1)ish..ish..semekin benor mak bapak budak ni, sampai bagi makan megi mee dalam cup je, budak tu pulak pakai diaper je...
2)mak bapak budak ni tak sekolah ke, tak tau ke megi mee tu tak elok makan, untuk org tua tak elok, apatah lagi budak2

Jawapan:
1)mak bapak budak ni tak de le semekin sangat sampai bagi makan megi mee je kat anak dia, tapi megi mee dalam cup ni di beli oleh maknya yg tiba2 mengidam nak makan megi mee dalam cup tapi bila balik rumah terus lupa nak makan.Pastu budak ni bila nampak je, terus mengamuk nak makan..sebab tak tahan tengok dia ngamuk nak makan (FYI budak ni bile ngamuk nakkan sesuatu memang dasat, tak percaya sila datang kerumah tggk sendiri..hehe), so bagi la dia makan...tang yg pakai diaper je tu, kat rumah panas sikit, so budak ni selesa pakai diaper je (bukanla mak bapak budak ni semekin sangat sampai tak boleh beli baju kat anak dia)
2) ye..ye...mak bapaknye tahu ...megi mee ni tak elok utk kesihatan...tapi budak tu bukannya makan abis satu cup tu...2 sudu aje..eksen je lebih...


P/S:Moral of the story, mak bapak jangan la mengamalkan makan megi mee depan anak2 ye..sebab anak2 ni apa yg kita makan, itulah yg dia makan..

Wednesday, October 13, 2010

Menu of the weekend

This is my version of puding triffle...my sis insist sangat nak buat puding triffle ni..saya pun cubalah buat based on resepi yg dia dapat..pernah dengar tentang puding triffle ni but tak pernah makan..ni first time buat..tak sure ler menjadi ke tak..betul ke rasenye camni...
first layer, swiss roll cake, 2nd layer custard, 3rd layer fruit cocktail and the last one is jelly....hmmmm...



P/S: My colleague, puding triffle ni sedap dimakan sejuk dan ditambah dengan whipped cream...ooooooo

Friday, October 8, 2010

Entry penutup Raya....

Sambungan daripada entry ini Projek kuih/biskut raya 2010 .Dah ada part 1 mesti ada part2 kan...

PART2-The making & End result

1) Agar-agar kering
Agar-agar yg sedang disejukkan..
Agar-agar yg sedang dalam proses penjemuran...

AKAN TETAPI.....

selepas lebih seminggu saya jemur, agar2 tersebut tak kering2 jugak...sampai menimbulkan bau...almaklumla..rumah jenis apartment ni panasnye sekejap aje setiap hari...akhirnya semua agar2 tersebut dibuang..frust betolll..tapi dapat jugak saya merasa makan agar2 kering ni kat rumah salah sorang sepupu saya di Trg...hilangla kempunan saya...tapi x puas la...nak lagi....mana nak cari ye??

2)popia simpul

serunding ikan yg masih lagi berkuah...

serunding ikan yg dah kering...
Untuk resepi serunding ikan ni, saya cilok kat internet aje resepinya...oleh kerana malas saya hanya gunakan sardin dalam tin sahaja...next time gune ikan fresh ler, sebab ikan sardin rasa sedikit kureng...
So, inilah dia popia simpul saya, saiz xl cam tuannya jugak...hehehe..penatnya jugak nak menyimpulnya...

3)tart nenas
-tak sempat nak buat lor!anak demam minggu terakhir sebelum raya, so plan nak buat biskut raya agak terbantut!

4)biskut kacang mazola
-first time buat, nasib baik jadik, tapi sedikit lembik coz terlebih minyak ler...

5)semperit
- pon x sempat...haihhhh...kempunan betul nak makan biskut semperit yg pjg tu dan cair di mulut...jumpa biskut dahlia je..
6)cornflake madu
-yg simple nipon x sempat nak buat...
So, itu jela yg sempat di buat...kemain lagi bercerita dalam blog konon2 nak buat biskut raya...apa nak buat..kita hanya mampu merancang, tuhan yg menentukan, betul tak?
P/S:Insyaallah, akan dibuat jugak biskut2 tu walaupun bukan bulan raya, abis tu dah beli banyak bahan2 takkan nak simpan sampai raya th dpn..expired la pulak..tak ke membazir tu..ish..ish..ish..

Wednesday, October 6, 2010

Entry kurang sopan...

Hehehe...saja nak bagitahu ke'naive'an saya...Masa saya bukak kamus depan yg tebal macam apa ni, niat dihati nak cari perkataan lain (ye saya masih lagi bergantung pada kamus sebab tak semua perkataan omputih tu saya tahu..)tapi terbukak pulak page ni yg terdapat perkataan ni...secara x sengaja sayapon terbaca la maksudnya...sungguh!memang saya benar2 tak tahu apa maksud perkataan ini selama ini..yg saya tahu maksudnya mencarut..the exact meaning memang saya tak tahu...ooooowwwwwwhhhhhhh...ini ke maksudnya...so perkataan p*****k tu memang berdaftar dalam kamus dewan la ya...saya ingatkan ianya hanya bahasa pasar yg bermaksud mencarut je...rupa2nya memang ada dalam kamus...hehehe




P/S:memang tak tahu okeh!

Monday, October 4, 2010

sunyi + sepi


hmmmmmmmm.....tak tau ler camne nak cerita..keadaan hari2..dari 8:30AM to 5:30PM....memang membosankan...waktu kerja sekarang ni adalah waktu yg paling2 membosankan..rasanye macam nak berenti keje tapi still boleh dapat gaji..hehehe..opis dah jadi padang jarak padang tekukur...maksud saya opis saya sekarang dah jadi senyap sunyi..takde lagi bunyi2 hiburan suara manusia...pastu ditambah dengan kesejukan yg amat macam kutub utara kutub selatan...masing2 dok tekun mengadap pc..tak taula samada tekun buat kerja atau buat2 tekun sahaja padahal buat menda lain hahaha...masing2 dah jadik robot...sungguh membosankan...saya tak paham macammana orang lain boleh bertahan dalam keadaan macam ni...8 jam for me is too damn long!no communication, no entertainment, nothing..kang kami dok bersembang plak, bos asek dok jeling, bising sikit kata kitaorg tak buat keje plak...abis tu camno?kalo korang, boleh ke korang bertahan camni?Yg kedengaran hanyalah bunyi keyboard di tekan...and guess what??yg paling kuat bunyi keyboard ditekan is coming from my boss workplace just right behind me...OMG...you such a faker & excellent actor!oooohhhh..mau termuntah and betapa meluatnya saya...nak tahu kenapa?????sebab dia hanya berlakon sahaja...my boss ni mana ada kerja pon..semua kerja or reports kita org yg buat..the only job he did is to forward our reports to his bossess...He just a copy paste manager...damn!!selebihnya dia hanya dok sibuk berchatting n berforum...Bukan sekadar tuduhan, tapi my colleague penah nampak....Tolooooonggggggggg.....



kan best kalau ada tempat kerja camni...


P/S:Jiran sebelah bakal bercuti 2 bulan...haihhhh..bertambahla keboringan saya..




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails