Adds by nuffnang

Friday, March 30, 2012

New collection

Recently & not so recently added to my accessories department :)

*none of the item above from Thomas Sabo...tssskkk*

Thursday, March 29, 2012

Growing up milk for children


Hahahaha..cam biase..tajuk je in english...

Sekarang ni kan tengah revolusi susu kanak-kanak membesar tanpa gula..So kalo sebut susu tanpa gula ni, synonym dengan susu Anmum la..100% tanpa gula katanya..
Tapi kan, sungguh ramai aku baca diblog2 mommies yg mereview susu tanpa gula ni dimana ayat introduction mereka, iaitu mereka mengaitkan minum susu (yg ada gula tambahan) dengan kegemukan/obesiti...Adakah dengan meminum susu yg ada gula tambahan penyebab utama masalah obesiti dikalangan kanak2??
Tapikan, aku tengok sesetengah mommies ni la kan, kemain lagila kan, bagi anak mereka susu yg terbaik, tanpa gula bagai, pastu anak adalah jenis pencinta makanan, semua jenis makanan, tak kira makanan untuk budak ataupon untuk org tua, semua dia telan....jadinya disitu, aku pon terfikir dimanakah relevannya ko bagi susu tanpa gula kat anak2 konon2 tak mau anak ko obesiti but at the same time ko menyumbat macam2 jenis makanan kat anak ko (mentang2 la anak ko tu adalah pencinta makanan)...ke, sebab minum susu tanpa gula, maka takpe, ko boleh je sumbat apa2 makanan kat anak ko, konfem tak obesiti,sebab dah minum susu tanpa gula.macam tu eh?Faham tak apa yg nak aku sampaikan (sorry kalo tak paham, aku memang ada masalah sikit dalam nak menyampaikan sesuatu,samada verbal or writing, hehehe)

Oh, citer pasal susu ni kan..adala sorang hamba Allah ni kan, org kg aje..tapi bg minum anak susu tanpa gula tula, kemain lagi eksen ngan aku, mentang2 anak2 aku minum susu Dutch Lady yg-bergula-tambahan-kena-hurung-semut tu ngan Dumex Dugro je...ingat aku heran ke?hebat sangat ke bole bg anak minum susu tanpa gule tu, like i mentioned above la, susu kemain tanpa gula bagai, tapi selain drpd tu dok sumbat ntah2 apa2 jenis makanan kat anak. isk..isk..kesian..perut anak kemain kembung mengeras, berak taik keras, eh,eh, takpe..asalkan bagi susu tanpa gula, susu mahal ni, hebat ni, anak org kg lain mana ada minum susu ni...isk,isk...kesian..

Aku tidakla jeles ngan orang yg bagi minum anak mereka susu2 mahal ni...Bagi aku, bagi makan anak2 ikut kemampuanle.Aku pahamla, setiap parent mahukan yg terbaik untuk anak2kan..Anak masing2, duit masing2...mahal ke, murah ke, yg penting serasi..Tapi bagi aku susu formula ni mahal ke murah ke, tetap sama tarafnya..Yg paling tiada tolok bandingan nya tetap lah SUSU IBU..so jgn ingat beli susu mahal tu hebat sangat lah..DHA potpulohlapan kali ke, prebiotic ke, tripple protection ke,tanpa gula ke, tak boleh lawan dengan kebaikan dan khasiat susu ibu ye..ini tidak dapat dinafikan..

Sepupu aku kemain lagi memandang rendah kat susu Lactogen.eh, aku tengok ramai je mak2 yg review susu lactogen ni elok walaupon murah..yg sepupu aku ni kemain la bagi susu pedia surela, enfagrow la, konon bagus, tapi anak selalu je sakit2, badan kurus, kudis..sana sini..perkembangan sama je, takde plak extraordinary aku tengok, walaopun susu tu kekonon ada lebih DHA...hmmmmm..see, susu mahal pon tidak menjamin kesejahteraan anak2, pasal tu la kat tin susu tu takde plak dia letak jaminan kalo minum susu ni, anak anda akan jadi sekian..sekian...kennnn..
Aku masa kecik2 dulu dibesarkan ngan susu lactogen jugekkksss..;)
So pesanan aku, tak payah nak berbangga sangat la kalo boleh bagi or mampu bg minum susu mahal-tanpa-gula kat anak , tak payah nak judgemental sangatla kat org yg bg susu2 murah kat anak mereka..OK?

Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday

Back to basic ;)

Tuesday, March 27, 2012

Finance Team Building,Lexis Hotel PD,23-24 March 2012

Julung2 kali diadakan Finance Team Building, lepas ni tunggule lagi 10 tahun pulak, tupon kalo ada ...
Bertempat di Lexis Hotel, Port Dickson.

The Accomodation
We were placed at water chalet, some of us at Tower view..best..
Bilik aku tu, yg paling kiri..Room 159
View from Balcony
View From  Balcony
Kan best kalo kat rumah ada bath tub macam ni.
Mode Teruja:Ni lantai kat bilik, boleh nampak air laut kat bawah..hihi..takut nak pijak
 Random Pics
The freebies:Angry bird theme.Make-up Bag pink color.I likeeee
FMU team.tgh tunggu nak main games.
Main game titi org buta.Aku pon main.tapi main tipu.pastu kantoi.bodo!

Pass.Angry bird??
Wif some of FMU team:Dinner time
K-pop performance from BPFM team.
FMU Team - breakfast time
FMU Team-breakfast time.Kak Ita tayang beg LV;)
FMU team lagi..
Dgn team mates.Hanim dgn akak-taktau-nama-apa-padahal-satu-roomate

My roomie-Kak Zeenat
Dasar jakun.dgn buggy pon nak camwhore!

The foods

Cakes:yg membezakan hanyalah color sahaja.Rasa adalah sama.
Yg paling sedap adalah udang itteww.
Breakfast like a king!


Conclusion:Bagi aku, pengisian, tak berapa nak terisi.Most of the topic discussed tak sangkut paut ngan keje sekarang!Theme for the team building is reaching for the stars.Konon!Taik bintang pun susah nak digapai, apatah lagi bintang.cemana tu??

Monday, March 26, 2012

Nasib tak dibawa lari anakku

Semalam balik dari membeli groceries kat Carrefour Sri Petaling singgah satu kedai makan ni, dekat taman perumahan area rumah aku jugak.memang somi suke beli makanan kat sini sebab lagi sedap compared to makanan kat kedai mamak kat rumah kitaorg tu.sambil tunggu makanan siap, aku bawak anak2 main kat playground depan kedai tu.kebetulan ramai plak minah & mamat indon tengah melepak kat situ.Masa tengah layan Icha main Kuda Spring (ntah apa nama menan ni aku tak sure, ala yg macam ada spring kat bawah tu, bile duduk dia macam melantun-lantun), ada sorang minah indon ni (muda lagi), datang tegur Icha.mula2 sorang je, pastu datang lagi 2 orang kawan dia.aku tak kisah la, dia orang just main2 n agah2 Icha saje.pastu diaorang dah start nak dukung Icha pulak.Icha ni jenis tak takut org, sapa nak ambik dia, dia nak aje..So aku biar je diaorang dukung Icha.Lepas sorang, sorang dukung Icha.Pastu aku dengar sorang minah indon ni cakap kat kawan dia, "yuk, belikan dia jajan nak?" kawan dia jawab, "eh kecik lagi mana makan jajan"..dia balas balik, "belikan biskut"..pastu minah tu tanya aku,"kakak boleh bawak dia pegi kedai tak?mau belikan biskut"...tak sempat aku nak jawab, yg aku ingat aku macam blur2 je waktu tuh, minah tu dah bawak Icha pegi kedai runcit sebelah kedai makan tu.Jarak antara playground ngan kedai runcit tu dalam 200 meter.Terkejut jugak aku, aku pon ikut diaorg separuh jalan.Somi lagi la terkejut, dia siap pegi tunggu depan kedai tu..tak senang duduk dia..
Agak lama jugak la diaorang dalam kedai tu, risau aku dibuatnya..Nasib baiklah diaorng ni tak berniat jahat, lepas beli biskut diaorang datang balik kat aku....
Haiiihhh takut aku, sekarang macam2 boleh terjadi, kes culik budak dah makin menjadi2..dalam masa 2-3 minit & jarak 100 meter, macam2 boleh berlaku..berderau jugak darah aku masa tunggu diaorng kat kedai tuh, takkan aku nak pegi rebut anakku dari minah2 indon tu, sebab diaorng kelihatan seperti baik2 aje (but looks can be deceiving too!)..
Somi aku marah kenapa biarkan diaorng bawak Icha pegi kedai.Macam aku cakaplah, aku tak sempat nak cakap apa2 diaorang dh bawak Icha, n aku waktu tu macam sedikit blur, n diaorang macam baik2 je!
Takpelah, lesson learnt!Sekarang ni kena double berhati2..Things happens in a blink of eye...

Thursday, March 22, 2012

Proton Power 1 Event

Last weekend we were at Proton Power 1 Event.Was held at Stadium Bukit Jalil.
Guess who was overexcited???
Ye sape lagi kalo bukan Amirul Iddin yg tersangatla obsessed dengan kereta.Kemain suka lagi dia, terlonjak-lonjak,terkinja-kinja..tergedik-gedik...waaaahhhhh

kereta2 lotus yg siap sedia nak race kat litar..Time ni Amirul amukan nak masuk dalam litar, wahhh sungguh tinggi cita2 mu anakku!
Bapak kena dera lagi.dukung anak2 nak tgk lotus car race.kekonon macho lettewww dukung 2 anak....hikkksss

Amirul yg semua kereta dia nak try...feeling2 F1 racer letttteeewwww




Jom adik.adik nak pegi mane biar abang bawak.

cute dowh...kalo ada konfem aku org pertama yg nak beli...jadi kete mainan untuk Icha pon ok gak!
comelkan, secomel nama dia baby rhino...hiksss

Wednesday, March 21, 2012

Scabies

My poor baby girl was infected with scabies.yup kudis buta in malay.kesian.
The blisters popped out since last week.But I thought it just a normal rashes.Pls forgive mama!
After 4 days & blisters were still there, ok, this was weird.And I thought it was Hand,foot & mouth disease.
So we went to clinic.The doctor confirmed it wasn't HF&M.Maybe, yes he said maybe my baby kena gigit pijat or hama sahaja.Fine.We went home & sapu2 krim saja.The next day, we sent our baby to Taska as usual.Tghri Taska call suruh pick up our baby.Katanya chicken pox.Ok, So we rushed back.Although I'm 100% sure it wasn't chicken pox.Petang tu we went back to other clinic.Then this doctor said, it was HF&,.but without mouth infection.*sigh*Doctor tu pon nampak macam tak sure.Bila ditanya, bila agak2 dia nak hilang, at first dia cakap in 7 days, pastu aku bgth ni dah dekat seminggu, terus doctor tu cakap dalam masa 14 days.pulak.haihhhh..aku rasakan doctor2 ni kena belajar lagila, tak semestinya dah dapat ijazah doktor tu pembelajaran tu terhenti disitu.penyakit ni macam2.makin hari makin pelik n banyak.so doctors kena keep updated la jugak.Aku rasa kalo aku pegi jumpa 10 org datang, 10 org diagnose lain2.
OK, back to scabies ni.Pagi semalam aku pegi hantar Icha mcm biasala.Muka2 pengasuh Taska cam tak puas ati jugak la..ye la, dah kata chicken pox bukan, HF&M pun bukan so aku hantar jela cam biasa.Then baru diaorg bukak cerita, ada sorang budak ni baru kena scabies jugak,sympton dia sama ngan yg ada kat Icha..ok..sekarang baru nak bagitahula...haihhhhh...

kat kaki
kat tangan

Info on Scabies

Scabies is a common skin infestation that causes small itchy bumps and blisters due to tiny mites called Sarcoptes scabiei. The mites burrow into the top layer of human skin to lay their eggs.
The burrows sometimes appear as short, wavy, reddish, or darkened lines on the skin's surface, especially around the wrists and between the fingers. A child who has contracted scabies can also develop a bumpy red rash.

How Do People Get Scabies?

Scabies is contagious, and is usually transmitted by prolonged skin-to-skin contact or through sexual contact with someone else who is infected with it. The infection spreads more easily in crowded conditions and in situations where there is a lot of close contact — like within a household, childcare centers, college dorms, or nursing homes. So if someone in your child's class or childcare group has scabies, it's wise to have your child treated for the infection even before he or she develops symptoms.
Mites can live for about 2 to 3 days in clothing, bedding, or dust, making it possible to catch scabies from people who share the same infected bed, linens, or towels.
It may take up to 4 to 6 weeks after infection for symptoms to appear in someone who’s never had scabies before. In people who have had scabies previously, symptoms may appear in just a few days.

Signs and Symptoms

The most common symptom of scabies is severe itching, which may be worse at night or after a hot bath.
A scabies infection begins as small, itchy bumps, blisters, or pus-filled bumps that break when scratched. Itchy skin may become thick, scaly, scabbed, and crisscrossed with scratch marks. The itching is due to a hypersensitivity reaction to the mite and/or its feces and eggs.
scabies_illustrationThe areas of the body most commonly affected by scabies are the hands and feet (especially the webs of skin between the fingers and toes), the inner part of the wrists, and the folds under the arms. It may also affect other areas of the body, particularly the elbows and the areas around the breasts, genitals, navel, and buttocks.
If a child with scabies scratches the itchy areas of skin, it increases the chance that the injured skin will also be infected by bacteria. Impetigo, a bacterial skin infection, may occur in skin that is already infected with scabies.
In infants and young children, the rash can be on the scalp, palms, and soles of feet. Rashes in infants and young children can appear to be more reddened or with larger blisters.
***source from kidshealth.org


Tuesday, March 20, 2012

Baby Qis

weeeeee.....sangat teruja..my very first anak sedara dah keluar....
Ni ikut hidung papa ke hidung mummy?
Name:Sharifah Azra Qistina Bt Syed Muhd Azuan
D.O.B:18 March 2012
T.O.B:2045 hrs
P.O.B:Hospital Selayang
Weight:2.75kg

Tak sabarnya nak jumpe lagi baby Qis!

Monday, March 19, 2012

Riadah @ Saturday morning

Ye...riadah la sangat kan....sebenarnya kena paksa dgn somi untuk turut serta dalam misi dia berjogging...Mak kan tak suke senam2 kuar peluh ni...hikss
Lokasi jogging ialah Taman Bukit Jalil.
Mama yg berjogging  berjalan sajo sambil tolak stroller, keluar peluh apa (sebab panas)
Nak naik bukit, harus kerah tenaga bapak nak tolak stroller.mak tak daya nak tolak,bawak badan sendiri pon dah mengah..ni baru bukit yg tak berapa nak bukit, ce kalo daki tangga batu caves *fengsan*
sibuk nak bergayut jugak,terpaksa bapak kena jadi assistant
Jogging time.boys only.
Dah penat jogging abang dera bapak dia pulak.
excited dapat naik buaian.kerah tenaga bapak lagi.kena tolong hayunkan.
Icha letih jogging dalam stroller sampai tertidur.Trompet kat mulut wajib ada okeh!
Abang excited lagi tengok kura2 kat kolam.siap jerit2, mama, tengok, kura2 berenang...hikss
Banyak sungguh Sang wukong kat sini.Ada sekali tu, dua beranak tu hilang pi jogging mana tah, tinggal aku n icha je.tetiba ada sekor kera ni nak terkam kat icha.tergezut mak.panik.cepat2 pusing balik n jalan laju2.dasarrrr keraaaa...




Thursday, March 15, 2012

Keyword #1

Kadang2 aku terajin jugak nak check keyword kat Nuffnang.Tengok org search apa kat blog aku.Selalunya keyword biasa2 aje..takde yg pelik2 pon..sebab kat blog aku takde citer hot pon..hehehe
Arini punye keyword agak funny sikit..hehehe

Ntah masa bile aku bercerita pasal rambut menggerbang..aku pon lupe, tapi persoalannya ada ke?musyikil mak..Amirul XOXO??hmmmm

Wednesday, March 14, 2012

Tuah si perut buncit

Tajuk macam keji sungguh..hahaha..Dulu aku penah citer dalam blog ni yg ada org bagi aku tempat duduk kat dalam LRT sebab menyangkakan perut buncit aku nih sebagai mengandung hahahaha..well, it happened again today...(I thought perut aku dah sedikit kempis apparently in my dreams only!);(
Sebenarnya, perut aku adalah sedikit meragam seminggu dua ni, diarrhea + bloating.Bloating.menambahkan buncit pada perut yg sedia buncit!So, maybelah pada pandangan mata ahkak itu perut buncit aku ni seperti mengandung 3 bulan gamaknya..pffftttt..
Aku agak serba salah bila ahkak itu offer tempat duduk..beria-ia pulak tu..tapi mengenangkan untuk sampai ke destinasi aku ada lagi 10 pit stop..jenuh jugak nak berdiri *keji*..so I took the offer lah..weh, takkan la aku nak tolak lalu mengatakan pada ahkak itu,tak saya tak pregnant, perut aje yg buncit...malu la weh...hahahah..Tapi masa aku duduk tu aku pandang jugak la keliling, kot2 ada org yg betul2 mengandung yg perlukan tempat duduk...nasib nan-ado, selamat vontot mak...hahahaha
Now, aku dah serba salah, whether to keep this perut buncit or diet kasi kempis..Kang kalo diet, perut aku kempis, tak dapat pulak privillege org offer tempat duduk kat dlm LRT...hahahaha..*keji*

***Masa aku duduk tu aku dah scan keliling, memang takde org tua2 mahupon ibu2 mengandung,so aku terus duduk je la
***ahkak yg offer seat tu memang nak turun the next station masa aku naik, so takdela aku rasa bersalah sangat..tssskkk

Kiah Propa Said:Tak abis2 la ko dan masalah kegemukan ko tu...

Tuesday, March 13, 2012

Menu of the weekend


Kek Batik for our tea-time
Tahukah anda??Selalunya kita makan isi dia ajekan, yg bhg putih ngan kulit tu kita buang aje...Rupa2nya bhg putih tu boleh di buat lauk..ni somi saya bagi tahu, MIL selalu buat lauk yg kat bhg putih tu.

Nilah rupenya, sayur tumis air yg bhg putih buah tembikai tu.sedap.rasanya spt labu air.sape2 yg tak penah try boleh la buat pas ni.Tumis bwg putih+merah,ikan bils n lada hitam.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails