Adds by nuffnang

Thursday, August 25, 2011

Biskut Raya Lipas



Ni biskut raya special edition..tak terdapat dimana-mana...nama biskut ni Almond-chocolate chip...tapi ada plak chip lain..chip yg berkaki dan berbelang-belang...eeeuuuwwwwww....kembang tekak ahkak...cemanalah menatang tu boleh masuk sekali...nampak biskut kemain lagi rangup2, cantik tersusun, sekali ada makhluk asing daa...

Ni biskut bukan saya beli, tapi kawan opis saya, Shimato yg order ngan orang opis ni jugak...

Pasni, ahkak nak beli biskut ngan orang pon ragu2...tapi spesis apa ye menatang tu, selalu ahkak nengok yg kaler chocolate tu je, yg belang2 cam gini tak pernah plak jumpa..mungkin ni betul2 special kot, hanya terdapat kat rumah org yg buat biskut tu je kot...hahahah

Wednesday, August 24, 2011

Kiah Pekasam

Korang sume ingat lagi tak cerita Kiah Pekasam yg dimainkan dekat Astro dulu, tahun lepas kalo tak silap...ala yg Rozita Che Wan berlakon n ada buat bisness ikan pekasam dalam citer tu le...

Ari tu, gi jenjalan kat Jusco, gi kat tempat makanan basah sekali terpandang menda alah ni,


Rupa2nya memang wujud Kiah Pekasam ni...kitaorg amek satu coz somi nak try..somi cakap sedap...saya tak makan ikan darat ni..tapi bau masa goreng memang sodapppp...busuk2 sodapppp gitewww...cam kite goreng ikan kering...hehehe

Cakes for my birthday..

Got 2 besday cakes...



Choc moist from my somi, TQ ye encik somi...


Blueberry choc ni from my dear brother...TQ


P/S:Tak dapat hadiah yg fancy2 pon, dapat cakes yg yummmyyy pon saya dah cukup heppppiiiiii.....

Tuesday, August 23, 2011

Iftar 22 August 2011

Iftar 22 August 2011, berbuka di opis..percayalah ni first time saya berbuka kat luar...sebelum ni hari2 dok berbuka kat rumah jer...





So main menu untuk iftar kali ini, adalah berasaskan ayam iaitu Ayam tergolek-golek & dan jugak menu-wajib-ada-tiap-kali-makan2-kat-opis ialah Satay Pulau..(weh, satay ni pernah masuk JJCM tau eventhough restoran dia tak semenggah mana...best....)


sebahagian daripada makanan yg ada, murtabak mini tu sedappp sangatttt....

sempat lagi posing walaupon tengah berbuka...

pejal yg bile jumpa ayam dah tak pandang kiri-kanan...












Saturday, August 20, 2011

Khas untuk peminat Justin Bieber....

Terimalah....Justin Bubur...hehehehe




Friday, August 19, 2011

It's my birthday..

Today is 19th August & it's my birthday...ye mak dah tua..dah masuk kelab 3 series dah...hehehe...

Thanks all for the wishes...ada sape2 nak bagi mak kek tak???atau perlukah mak beli kek untuk diri sendiri...besday tanpa kek ibarat muzik tanpa lagu..hehehe..harap2 ada surprise untuk mak nanti ye, hehehehe

Ada tak sape2 nak bagi mak ni.....ngeeeee






Thursday, August 18, 2011

Mengantuk tahap gaban...



pic source.cartoonstock

Ari ni hari ke-18 puasa, antara banyak2 ari, ari nilah ari paling mengantuk sedunia..pagi2 lagi dah mengantuk...sampaikan tersengguk dan terhempuk laptop...hahaha..lawak betul..nasib tak de yg nampak...Rutin bulan pose ni, bangun pukul 4.30 pagi, terus tak tido dah...malam tido, asek terjaga jugak...maklumla ada anak kecik, kena bangun bagi susu...abis camnerla den tak ngantuk tahap gaban setiap pagi...

Wednesday, August 17, 2011

Ku bawa hati ini..

Tu tajuk novel yg ditulis oleh Elis Mokhtar...ala yg anak dia kena bawak lari ngan ex-husband dia tu...So dia tulis novel ni utk dana kempen 'Bring back Ferris to Malaysia'.Frankly, saya tak berapa paham ngan ayat2 sastera dalam novel...novel ni menceritakan pengalaman Elis Mokhtar ketika masih berkahwin dengan warga asing, mamat Belanda dulu..


Apa2pon meh kita support Elis Mokhtar dalam kempen dia "Bring back Ferris to Malaysia"..






P/S:If I were in her shoe, saya tak tahu samada saya setabah @ sekuat Elis Mokhtar atau tidak...

Tuesday, August 16, 2011

Ibu yg sedang risau...

Risau sesangat2...My lil' princess Arissa Irdina dah dekat 2 bulan batuk berkahak...since she's a baby so paed tak bagi ubat...last visit ngan paed, nasib baik kahak belum sampai ke paru-paru lagi...This kahak thing, really affect her weight growth...she just weighted 5.5 kilos at 3 and half month...haihhhhh...kecik sangat, baju new born still boleh pakai...

Tapi according to this chart, her weight is still normal...


ke mak yg hover risau...

Mommies, ada cara yg berkesan & tak menyakitkan macam mana nak hilangkan kahak baby?Tak mo lah sedut2 kahak masuk tiub segala kot mulut n hidung baby, sian baby tak sanggup nak nengok...

Cerita yg dah basi tapi baru nak buat ulasan..

Cerita ni dah lebih 2 minggu berlaku, tapi saya baru nak buat ulasan..hehe..keretapi terlambat sikit...citer ape?yg penting bukan citer saya, tapi org lain punye citer saja nak sebok....hehehe....

Apa lagi kalo bukan citer yg dah suam2 kuku...Khairul Fahmi putus tunang ngan Elia Harmie...saya bukan la minat sgt ngan bola sepak Mesia ni, tapi sebab si Apek ni populariti terlebih, maka secara tak sengaja saya terfollow kisah diaorng...It happened to me terjumpa blog si Aimi Harmelia ni, dah terjumpa tu terkhatam pulak...hmmm...they were so sweet together as a couple, tapi sayang jodoh tak panjang nak buat camne...mungkin sebab si Elia dah tak seksi cam dolu2 tu sebab Apek berpaling tadah pada si Dahlia Teck??betul ke namanya camtu...

Apa2 pon, Elia such a sweet girl & what a loser si Apek is...


blog Elia Harmie:




Monday, August 8, 2011

Sentap..

Sentap mak nok, bak kata kawan saya Shimato..mana tak sentapnya...saya sendiri masih menggunakan internet explorer...adakah bermakna akak ni lembps.....oh no, no, no...

Kajian dapati pengguna Internet Explorer miliki IQ yang rendah

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Satu kajian baharu mendapati para pengguna perisian Internet Explorer (IE) adalah bodoh kerana mereka memiliki purata tahap kecerdasan intelektual (IQ) cuma 80, lapor sebuah akhbar semalam.
Internet Explorer (IE) yang mula digunakan pada awal 1990-an merupakan sistem operasi komputer popular ciptaan firma Microsoft yang diterajui bilionair, Bill Gates.
Kajian tersebut dilakukan oleh firma perunding Kanada, AptiQuant yang menguji 101,326 orang berusia 16 tahun dan ke atas dari pelbagai negara termasuk AS, Kanada, Britain, Australia serta New Zealand.
Mereka diminta mengambil ujian IQ manakala sistem operasi dan lokasi komputer mereka direkodkan menerusi alamat protokol Internet (IP).
Kajian mendapati mereka yang menggunakan IE rata-ratanya hanya memiliki IQ cuma sekadar 80.
Menurut skala IQ, kepintaran manusia normal ialah 100 manakala angka 80 dan ke bawah menunjukkan seseorang itu mengalami terencat akal.
Kajian sama mendapati pengguna sistem operasi Firefox atau Google Chrome memiliki IQ melepasi tahap normal iaitu sekitar 110.
Pengguna sistem operasi Opera atau Camino dikategorikan sebagai paling bijak dengan tahap IQ sekitar 120.
Kajian tersebut merumuskan bahawa IE masih popular dalam kalangan jutaan pengguna kerana ia mudah dan seseorang itu tidak memerlukan IQ yang tinggi untuk menggunankannya.
- Agensi

*sumber dari Kosmo

Friday, August 5, 2011

Bertingkat & Berjurai part2..

Sekarang kerongsang macam ni tengah 'in' kan...sampai akak dah obsess dengan kerongsang yg pesen bertingkat & berjurai2 ni...U olls suka tak kerongsang yg macam gini nih...yg penting tak mahal & cantik..

Thursday, August 4, 2011

5 years annivesary...



5 tahun sudah...saya masih disini, di posisi ini...Apapun saya tetap bersyukur dengan rezeki ini...



Alhamdullillah....

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday

Abang & Adik..

Tuesday, August 2, 2011

Penyusuan susu ibu:milk booster

Lain orang, lain sumber makanan yg boleh dijadikan milk booster..Saya nak share beberapa makanan & minuman yg betul2 berkesan as a milk booster on me..



1. Lobak putih



Dimasak rebus & dimakan banyak2..nanti susu pun dah bau macam lobak putih ni...hehehe

2. Kurma



Saya kalo satu hari makan kurma banyak2, memang hasil tenusupon banyak..susu pon manis je macam manisnya kurma itu...heheheh

3. Fenugreek Instant Hot chocolate by Drs Choice


Minum air ni before tido, selalunya bangun pagi susu banyak..
4. Peria



Sometimes it works on me, sometimes not...tapi boleh la di consider sebagai milk booster..


P/S:Mommies yg lain macam mane?

Monday, August 1, 2011

Pewut muncit..

pic source:google

U olls, camner ye nak ilangkan pewut muncit ni...saya kan bersalin ceasar (alasan...), sebab tu pewut muncit, tak leh nak berurut, berbengkung dan bertungku bagai...(alasan lagi...)hehehe..

Ceritanya dah 3,4 kali jugak saya naik LRT, asek di bagi tempat duduk aje...agaknya diaorang tengok pewut saya yg muncit ni diaorg ingat saya pregnant..beria benor diaorg offer tempat duduk, walaupon saya cakap tak nak (tapi saya tak ngaku la yg saya ni tak pregnant..)diaorg tetap nak suh saya duduk...ok..ok..sebab tak nak memalukan diaorng & sayapon penat jugak eventhough tak carry apa2 (of course la carry pewut muncit)...saya pon dudukla..(jauh wooo, dari masjid jamek nak sampai bukit jalil ada dalam setengah jam)...u olls ada ke petua camner nak ilangkan pewut muncit dalam masa sebulan ye, maklumla, akaks dah lama tak pakai kebaya , teringin nak pakai kebaya raya nanti...heheheh


P/S:Tang pewut je ke kak, takut nanti pewut lepas, tang montot plak sangkut..muahahahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails