Adds by nuffnang

Wednesday, March 5, 2014

Produk kecantikan & retis

Sekarang ni melambak2 produk2 kecantikan yg berasaskan collagen, sampai kak ton tak tau nak pilih yg mana satu..hehehe..pastu sume endorsement by retis..tapi yg kak ton pelik, retis yg mengendorsed produk tu almaklum dah sedia cung, comel n putih gebus.mcm nora danish, anzalna n intan ladyana..tang itu, kak ton konpius sikit..retis ni betul ke consume produk tersebut ke sekadar tepek gambo mereka je..yg jadik major confuse, ada satu produk collagen ni, produk ni tgh top sekarang ni, ambik pulak sorang retis ni yg memang tengah hot sekarang ni, kisah dia sejak dua menjak ni jadik hot topik kat blog hiburan, paper n melodi..so, citernya kak ton tertengok melodi baru2, ada lah interview retis ni, pastu dia close up pulak muka retis ni, makkk aiihhhhhh...apesal banyak nau jerawat n bekas jerawat kat muka (bukan nak mengutuk or apa), kata duta produk tersebut, aku rasa dah agak lama dia jadi duta..takkan la tak hilang2 lagi jerawat nko..musykil kak ton..sama ada dia sekadar tepek gambo kat produk tu utk melariskan produk tersebut walhal sebenornya dia tak consume pon or else produk itu memang tak berkesan..kalo nak kata cerah, memang retis tu dah kulit cerah kot, tapi susah nak kata cerah ke tak, abis mekap saja dah 5 inci..(mekap 5 inci pon tak leh tutup jerawat gak)eh, jangan kata aku menilik muka retis tu pulak, salahkan jurukamera la, sapu suruh pegi close up kan..hahaha, btw dalam gambo memang tak nampaklakan, sebab dah di photoshopkan..
same goes to other products yg guna retis sebagi model ni, setakat ni tak penah pulak nampak retis tu tepek muka diaorg before n after consume produk tersebut..yg selalu retis tepek gambo kat instagram, gambo sambil minum dengan tangan pegang gelas dengan penuh gaya..tu je..
Tapi tak baiklah kan, tu menipu namanya..n produk2 tu sumenya bukanlah murah2,rata2 harga rm100 ke atas..Tapi berbalik pada citer kak ton yg retis jerawat ni ngan produk tersebut, sungguh kak ton musykil ngan produk tersebut, kak ton baru berkira2 nak beli produk tersebut, sekali tengok muka retis tu close up, terus cancel...maybe kak ton kena beli produk dari the original kak ton tu (ala yg kak ton comel tak tu...) supaya boleh jadik comel cam kak ton..at least kak ton tu takde jerawat, so boleh dipercayai kot..hehehe

1 comment:

Dr Rochelle Skin Expert Malaysia said...

DR Rochelle Skin Expert is the best skin care for all your skin problem, free of mercury and hydroquinon. It's very save to apply to your skin. Rejuvenating your skin face with DR Rochelle Skin Expert products.

Dr Rochelle Skin Expert package consists of facial cleanser, clarity toner, instantly perfect bb cream, and brightening repair. Hasil boleh nampak dalam masa 14 hari.

We are authorized dealer in Malaysia. For more info & order please send your inquiry to :
Adzwan
Telp/SMS : 0123796229 / 0129381556.
Pin BBM : 21950D17
http://www.drrochellemy.com/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails