Donut Tembam versi saya (sesuwai dg tuannya)
Tuesday, March 15, 2011
Menu of the weekend...
Kami sekeluarga suka donut..saya suka donut dari donut gula, Dunkin donut, Big Apple sampai ler ke J Co (kalo ada kedai donut yg best2 lagi sila bagitahu yer..)..tapi anak & somi agak tradisional sikit..Diaorg suke donut gule je...So untuk tidak menghampakan mereka, maka last weekend so pon mencuba buat donut...ni donut spesel sikit, donut ni saya namakan donut tembam....resepi di cilok dari Hanieliza photopages...

Thursday, March 10, 2011
Adoiiiii....frust giler nih....
One of my colleague berhenti keje last year sebab dapat offer - pakej sambung master & dapat jadi lecturer kat Uitm..I was soooooo jealous dengan dia...ye lah, dalam hati ada taman- teringin jugak nak jadi lecturer (sebab macam cool giler, bila org tanya keje apa, ooo..I lecturer kat bla..bla...educated gitewwww) dan di samping keinginan tahap gaban untuk menukar kerjaya..melalui post kawan saya tersebut kat fb, dia telah mewar-warkan permohonan telah dibuka semula..dengan penuh excitednya saya bukalah website Uitm, baca semua syarat;

ok semua pass..sambil dalam hati beringat..walau camne sekalipon saya mesti apply coz this is the last chance, iyerlah tahun dpn dah 31 th..tapi kalo dah dasar manusia suka bertangguh, memang peluang yg datang bergolek pon akan hilang begitu sahaja..hari ini dengan berkobar2 sayapon buka la website tu balik, nak apply la konon, sekali tengok dia punya tarikh tutup, 

panggg..baru padan muka ko!damn, terlepas peluang seumur hidup nak jadi lecturer yg cool...ketuk kepala sendiri 100x...agaknya I was meant utk berkhidmat ngan kompeni ni & jadi xsekutip sampai mati kot..*sigh*
P/S: Harap2 ada peluang kedua..
Monday, March 7, 2011
Menu of the weekend
Last weekend saya mencuba resepi kek butter dolu2 ehsan dari Kak Nani kita yg cun itu (mak Hanis Zalikha).Memang sodap & rasanya memang rasa kek dolu2..thanks Kak Nani for sharing this recipe..

For recipe, do check out Kak Nani's blog @ this link:http://nanirostam.blogspot.com/2011/02/kek-mentega-untuk-emak.html
This is my western breakfast, skali-skala nak makan western gak...Carbonara Pasta.Recipe?guna sos carbonara Prego je...hahahaha

Friday, March 4, 2011
Keropok Setan
My colleague just came back from a trip to Bandung & he brought us this so called 'keropok setan',errrr in english might be 'Devil snack'...hehehe..kenape burok benor namenye?ce citer..ce citer...keropok ni rasa asalnya & rupenya macam keropok udang yg ada kat malaysia ni...tapi yg menjadikannya setan, sebab ditabur dengan serbuk cili, bukan serbuk cili yg merah tu, tapi cili api yg dikeringkan dan dikisarkan menjadi serbuk...fuhhhh...bila makan memang berasap...tapi dalam pedas2 tu, kalo sekali rasa, memang nak lagi...sape2 yg perut sensitip tidak disyorkan makan keropok ni yer...
Wednesday, March 2, 2011
Trilogi cinta

Sape2 fan pada 3 novel bersiri ni, Tak seindah mimpi, Tak semanis impian & Tiada lagi mimpi by Sharifah Abu Salem don't miss out to watch the drama series Trilogi Cinta nih..Kalo dah baca novel tu mesti tgk drama jugak..3 watak utama played by Amyza Aznan, Rosyam Nor & Fouziah Ghous - memang mantop!!!Sekarang ni rasanya dah nak abis novel yg 1st tu kot...
P/S:Banyak drama dari Suhan Movies (owned by Rosyam Nor) yg best2 and menggunakan khidmat skrip by Sharifah Abu Salem.My favorite is drama Ku milikmu...ala yg spek mata tebal dan besar tu...
Tuesday, March 1, 2011
Can you imagine??
Isteriku ROBOT Oleh Hazirah Che Sabzeehan@bharian.com.my2011/02/27

Rakyat Kanada, Lee Trung bersama robot ciptaannya, Aiko yang dijual pada harga RM54,000, setiap satu.
Robot pengantin
Aiko robot yang ambil alih pelbagai tugas dan fungsi manusia.Kegilaan saintis Jepun, Barat hasilkan robot bagi ambil alih peranan wanitaKEDENGARANNYA mungkin agak keterlaluan tetapi disedari atau tidak, peranan manusia pada zaman serba pantas ini sedikit demi sedikit sudah diambil alih oleh mesin, yang patuh melakukan sebarang suruhan tanpa ada rungutan atau tuntutan kenaikan gaji.
Kehadiran robot ini bukanlah masalah sebaliknya satu hikmah andai memudahkan urusan orang ramai seperti membantu golongan memerlukan baik yang kurang upaya dan warga tua, namun jika sudah sampai menyalahgunakan kemajuan teknologi untuk menghasilkan mesin kaku menggantikan fungsi sebenar manusia, ia bukanlah sesuatu yang boleh dipertimbangkan lagi.
Kini, kegilaan saintis bertumpu kepada usaha penghasilan robot bagi memikul satu lagi fungsi manusia - menjadi peneman dan pasangan lelaki. Istilah isteri itu sendiri seakan kian hilang maknanya apabila kadar perceraian semakin meningkat dengan ramai lelaki, khususnya di Barat kini semakin tergila-gilakan robot perempuan untuk dijadikan isteri dan pemuas nafsu.Maka lahirlah gelaran isteri tiruan yang mungkin pelik bagi kita tetapi satu keseronokan kepada segelintir insan yang mengutamakan nafsu. Situasi yang tidak dapat diterima akal ini dilihat sebagai satu bentuk diskriminasi zaman moden, dengan menterjemahkan perkahwinan sebagai hubungan antara tuan dan hamba.Buktinya, bulan lalu, robot perempuan dihasilkan oleh sebuah syarikat Britain sebagai alat bantuan seks. Ia digelar 36C berdasarkan ukuran dadanya. Ia menyusuli ‘kelahiran’ robot perempuan seperti Actroid - setiausaha serba sempurna oleh saintis Jepun pada 2003 dan robot projek Aiko pada 2007 yang boleh bercakap dalam bahasa Jepun dan Inggeris, yang dicipta di Kanada.Bagaimanapun, kelahiran Actroid dan Aiko lebih mulia peranannya berbanding 36C yang dicipta seorang jurutera elektrik dan saintis komputer Amerika Syarikat, Douglas Hines, yang pernah bekerja di Makmal AT&T Bell. Hines turut berterus terang yang rekaan terbarunya, Roxxxy itu adalah ‘robot seks.’ “Ia adalah hamba cinta,” kata Hines ketika ditemubual ABCNews.com ketika itu sambil menambah ia berharga antara AS$500,000 (RM1.5 juta) dan AS$1 juta (RM3 juta) dan mengambil masa sehingga dua tahun setengah untuk dicipta.Pelanggan yang mahukan Roxxxy sebagai teman boleh meminta syarikat berkenaan menghasilkan robot mengikut kehendak mereka. Bagi menghasilkan robot yang kelihatan dan dapat beraksi sebagai pasangan sesuai, pelanggan perlu mengisi soal selidik untuk memberikan petunjuk kepada jurutera mengenai personaliti robot berkenaan.Walaupun prototaip robot itu dihasilkan berdasarkan seorang penuntut wanita kulit putih dengan ketinggian 1.5 meter dan 54 kilogram berat, pelanggan boleh memilih warna rambut dan mata,Namun 36C bukanlah robot teman wanita atau isteri tiruan. Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Kimia Universiti Lagos, Dr Kingsley Abhulimen, pada 1983 satu robot perempuan Sweetheart tidak dibenarkan dipamerkan di Kolej Berkeley selepas petisyen dibuat mendakwa ia satu penghinaan kepada wanita.Robot Aiko yang dijual pada harga RM54,000 setiap satu, adalah robot yang dilengkapi sistem ‘artificial intelligence’ atau fungsi menyamai manusia. Ia yang dibangunkan Le Trung di Kanada, memiliki ketinggian kira-kira lima kaki. Aiko atau ‘anak kasih sayang’ disifatkan peneman sempurna kerana selain mampu bertutur dalam bahasa Jepun dan Inggeris, ia juga boleh memberi reaksi atau tindak balas terhadap pertanyaan dan sentuhan.Ia juga boleh mengenal pasti objek di depannya kerana dilengkapi alat pengesan terhadap sebarang sentuhan atau kesakitan. Malah, jika pipinya dicubit atau bahagian lain badannya dikasari, Aiko juga boleh ‘bersuara’ meminta perbuatan itu dihentikan.Robot Actroid juga mempunyai beberapa versi yang dimulai robot dikenali Repliee Q1 dan Repliee R1 yang dibuat berasaskan budak perempuan Jepun berusia 5 tahun. Model lebih canggih diperkenalkan pada 2005 dikenali dengan nama Aichi yang membantu orang ramai terhadap lokasi dan majlis tertentu. Ini diikuti penghasilan robot Actroid model berperanan sebagai pengacara pada tahun sama serta robot Actroid Sara pada 2009. Versi terbaru Actroid itu dijual di pasaran Jepun pada harga RM67,000.Apa yang pasti, hampir setiap tahun robot wanita itu dihasilkan dengan pembuatan yang lebih terkini, termasuk rupa parasnya yang mirip wanita biasa dengan tubuhnya turut disaluti kulit menyamai manusia. Biarpun ada yang memujinya sebagai tahap kecerdikan manusia, tetapi hakikatnya ada juga pandangan bahawa penghasilan robot wanita yang sempurna, seksi dan patuh sebenarnya mencerminkan kekecewaan emosi pencipta mereka.Antara robot popular:Teman pesakit strokRobot ciptaan penyelidik Hospital Kitasato, Jepun, yang boleh membantu mangsa serangan angin ahmar memperbaiki fungsi lengan dan bahu dengan menggerakkan lengan pesakit yang lumpuh dalam pelbagai arah yang sudah diprogramkan terlebih dulu.Robot paderiMula menjadi perhatian apabila sepasang suami isteri pada Mei lalu di Jepun, menjalani majlis perkahwinan berteknologi tinggi dengan robot paderi mengahwinkan mereka.Robot I-Fairy yang dihasilkan oleh Kokoro Co menjadi robot pertama mengetuai majlis perkahwinan.Teman kanak-kanakRobot ‘Saya’ mungkin menjadi robot kegemaran ibu bapa untuk dibawa pulang apabila sekumpulan penyelidik di Jepun berusaha menghasilkan robot yang boleh mengawal sekumpulan kanak-kanak. Ia boleh berpusing selain mempamerkan enam emosi iaitu terkejut, takut, jijik, marah, gembira dan sedih.Robot pelayan Di restoran Dalu Robot di China, pelayannya hadir dalam bentuk robot membawa hidangan. Setiap robot dipasang dengan alat pengesan bagi membolehkan mereka berhenti apabila pelanggan mahu mengambil hidangan. Lebih 12 robot beraksi sebagai penyambut tetamu, penghibur dan pelayan. Pemilik restoran berkenaan, Zhang Yongpei, berkata dia berharap dapat menambah bilangan robot kepada 30 dan memperkenalkan robot yang boleh melayan pelanggan di meja serta yang mampu naik turun tangga.Pengurus rumah tanggaSuri rumah pula pasti akan lebih tertarik memiliki pembantu terbaik dalam menguruskan rumah tangga, Roomba. Sejak diperkenalkan pada tahun 2002, ia sudah dijual lebih lima juta unit, kata syarikat penciptanya, iRobot. Gembira dengan kejayaan Roomba,iRobot turut menghasilkan lebih banyak robot praktikal termasuk Scooba, robot pencuci lantai dan Verro, yang boleh mencuci kolam.
P/S: Saya nak robot pembantu rumah........

Monday, February 28, 2011
Semuanya dah naik...
Seperti biasa xtiviti setiap bulan ialah shopping barang2 rumah..boleh dikatakan setiap bulan saya akan shopping barang2 yg sama je...tapi sebulan dua ni saya perasan harga barang2 runcit semakin naik..yg obvious naik dan semua org aware pasal kenaikannya sudah tentulah minyak masak..dari harga RM 6.25 for 2kg naik ke RM 7.20...haihhhh..tapi yg muskil nape barang2 lain pon turut naik sama harganya..Harga susu anak saya pon naik jugak...harga disposable diaper lagilah...haihhhh...
Detergent pon dah naik..biasa RM 8++ je, ni pon dah di down grade detergent, kalo dynamo ke, top ke, maxkleen ke...lagilah...
Ni harga susu anak, tapi skrg sebab dah ditukar packaging baru & tambah nutrisi, so harga naik seringgit tapi 900g, dulu RM 20.90 for 1kg..
Tergezut mak tengok harga setin kecik sardin cap ayam dah naik RM3, dulu Rm2.70..sama gak ngan santan kotak cap ayam tuh..dulu RM1.80 sekarang dah RM2.10..
P/S: Kalo macam ni, banyak barang yg kena di down gradekan lepas ni...sebab lepas ni perbelanjaan akan bertambah...
Subscribe to:
Posts (Atom)