Adds by nuffnang

Tuesday, August 16, 2011

Cerita yg dah basi tapi baru nak buat ulasan..

Cerita ni dah lebih 2 minggu berlaku, tapi saya baru nak buat ulasan..hehe..keretapi terlambat sikit...citer ape?yg penting bukan citer saya, tapi org lain punye citer saja nak sebok....hehehe....

Apa lagi kalo bukan citer yg dah suam2 kuku...Khairul Fahmi putus tunang ngan Elia Harmie...saya bukan la minat sgt ngan bola sepak Mesia ni, tapi sebab si Apek ni populariti terlebih, maka secara tak sengaja saya terfollow kisah diaorng...It happened to me terjumpa blog si Aimi Harmelia ni, dah terjumpa tu terkhatam pulak...hmmm...they were so sweet together as a couple, tapi sayang jodoh tak panjang nak buat camne...mungkin sebab si Elia dah tak seksi cam dolu2 tu sebab Apek berpaling tadah pada si Dahlia Teck??betul ke namanya camtu...

Apa2 pon, Elia such a sweet girl & what a loser si Apek is...


blog Elia Harmie:




Monday, August 8, 2011

Sentap..

Sentap mak nok, bak kata kawan saya Shimato..mana tak sentapnya...saya sendiri masih menggunakan internet explorer...adakah bermakna akak ni lembps.....oh no, no, no...

Kajian dapati pengguna Internet Explorer miliki IQ yang rendah

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Satu kajian baharu mendapati para pengguna perisian Internet Explorer (IE) adalah bodoh kerana mereka memiliki purata tahap kecerdasan intelektual (IQ) cuma 80, lapor sebuah akhbar semalam.
Internet Explorer (IE) yang mula digunakan pada awal 1990-an merupakan sistem operasi komputer popular ciptaan firma Microsoft yang diterajui bilionair, Bill Gates.
Kajian tersebut dilakukan oleh firma perunding Kanada, AptiQuant yang menguji 101,326 orang berusia 16 tahun dan ke atas dari pelbagai negara termasuk AS, Kanada, Britain, Australia serta New Zealand.
Mereka diminta mengambil ujian IQ manakala sistem operasi dan lokasi komputer mereka direkodkan menerusi alamat protokol Internet (IP).
Kajian mendapati mereka yang menggunakan IE rata-ratanya hanya memiliki IQ cuma sekadar 80.
Menurut skala IQ, kepintaran manusia normal ialah 100 manakala angka 80 dan ke bawah menunjukkan seseorang itu mengalami terencat akal.
Kajian sama mendapati pengguna sistem operasi Firefox atau Google Chrome memiliki IQ melepasi tahap normal iaitu sekitar 110.
Pengguna sistem operasi Opera atau Camino dikategorikan sebagai paling bijak dengan tahap IQ sekitar 120.
Kajian tersebut merumuskan bahawa IE masih popular dalam kalangan jutaan pengguna kerana ia mudah dan seseorang itu tidak memerlukan IQ yang tinggi untuk menggunankannya.
- Agensi

*sumber dari Kosmo

Friday, August 5, 2011

Bertingkat & Berjurai part2..

Sekarang kerongsang macam ni tengah 'in' kan...sampai akak dah obsess dengan kerongsang yg pesen bertingkat & berjurai2 ni...U olls suka tak kerongsang yg macam gini nih...yg penting tak mahal & cantik..

Thursday, August 4, 2011

5 years annivesary...



5 tahun sudah...saya masih disini, di posisi ini...Apapun saya tetap bersyukur dengan rezeki ini...



Alhamdullillah....

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday

Abang & Adik..

Tuesday, August 2, 2011

Penyusuan susu ibu:milk booster

Lain orang, lain sumber makanan yg boleh dijadikan milk booster..Saya nak share beberapa makanan & minuman yg betul2 berkesan as a milk booster on me..



1. Lobak putih



Dimasak rebus & dimakan banyak2..nanti susu pun dah bau macam lobak putih ni...hehehe

2. Kurma



Saya kalo satu hari makan kurma banyak2, memang hasil tenusupon banyak..susu pon manis je macam manisnya kurma itu...heheheh

3. Fenugreek Instant Hot chocolate by Drs Choice


Minum air ni before tido, selalunya bangun pagi susu banyak..
4. Peria



Sometimes it works on me, sometimes not...tapi boleh la di consider sebagai milk booster..


P/S:Mommies yg lain macam mane?

Monday, August 1, 2011

Pewut muncit..

pic source:google

U olls, camner ye nak ilangkan pewut muncit ni...saya kan bersalin ceasar (alasan...), sebab tu pewut muncit, tak leh nak berurut, berbengkung dan bertungku bagai...(alasan lagi...)hehehe..

Ceritanya dah 3,4 kali jugak saya naik LRT, asek di bagi tempat duduk aje...agaknya diaorang tengok pewut saya yg muncit ni diaorg ingat saya pregnant..beria benor diaorg offer tempat duduk, walaupon saya cakap tak nak (tapi saya tak ngaku la yg saya ni tak pregnant..)diaorg tetap nak suh saya duduk...ok..ok..sebab tak nak memalukan diaorng & sayapon penat jugak eventhough tak carry apa2 (of course la carry pewut muncit)...saya pon dudukla..(jauh wooo, dari masjid jamek nak sampai bukit jalil ada dalam setengah jam)...u olls ada ke petua camner nak ilangkan pewut muncit dalam masa sebulan ye, maklumla, akaks dah lama tak pakai kebaya , teringin nak pakai kebaya raya nanti...heheheh


P/S:Tang pewut je ke kak, takut nanti pewut lepas, tang montot plak sangkut..muahahahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails