Adds by nuffnang

Thursday, December 6, 2012

tolong jgn paksa aku

A friend of mine ,yg bg dia adalah memujuk tp bg aku mcm memaksa aku supaya join satu MLM ni.Dah byk kali aku tolak dgn plbagai alasan diberikan tp dia x penah give up .tang tak penah give up satu sikap yg bgs.tp biarla bertempat.dah 4 th tahu dia usaha pujuk aku.pantang nmpk muka ada je yg dia nk promote.so baru2 ni dia ada teruskan usahanya lg.dan mcm biasa aku tolak mcm2 alasan aku bg.patutnya paham2 lah kan ni tak tetap lah nk cari aku nak share pasal MLM nya tu.aku dh tak tahan sgt,ada sekalisekali lps bertembung dgn dia dan cubaan dia utk bercerita pasal MLM nih,i have too say no and never interested to know about MLM.aku harap dia pahamlah.aku tahu mesti ramai yg ckp mcm ni.typical malay org nk share benda bagus benda senangpon x nak.tak nak berusaha nk majukan diri.well,sapekah korang nk judge org lain mcm tu,mentang2 dah kaya raya ,ada kete mewah,rumah 2,3bijik,pegi luxury vacation kan..so kau anggap hidup org yg x Join MLM ni miserable.oh aku takut kalau aku jadi kaya nanti hidup aku jd riak dan takbur.takke korang dah jadi sedikit riak bila dok menunjuk2 kekayaan korang.tp tak penah pulak aku dgr org ckp mcm ni,dgn duit MLM ni dah patpulohlapan kali kiteorg gi buat haji kat mekah series x penah.yg plg aku x setuju tu bila nk start MLM ni nak kena utang bank dulu,bukan sikit senah oooiiii makan puluh ribu jugak..kalau nasib baik MLM aku berjaya,kalau nasib x baik mcm mana..kau memang dh sah2 kaya raya.ada kau nk tlg byr utang aku ke?tak semestinya aku nk hidup selesa sikit,nk tambah side income aku kena join MLM.there are thousands way of bussiness lg yg ko boleh cuba.yg oenting cuba n usaha. but to me MLM just not my choice,i'll find my own way.Kalau tuhan dh tentukan ada rezeki aku,adalah.rezeki tuhan nk bg tu mcm2  bukan kata aku kena join MLM dulu baru ada rezeki.


Wednesday, December 5, 2012

I just being frank

One thing that is a problem with me, sometimes I speak too frank and that's hurt someones feeling..
Kadang2 aku bercakap terlalu berterus terang, tapi percayalah niat aku baik..Aku jenis tak reti nak selindung n aku rasa aku perlu bgth direct je kat org tu aku bagitahu je, bila dah bercakap kadang2 aku lupe apa benda yg aku cakap, bila aku teringat balik, baru aku terpikir yg benda yg aku cakap tu boleh buat org sentap eventhough it is true..
This was what happened yesterday..bila aku tersound sorang minah kat opis ni..minah ni keje bagus, tapi kurang kat attitude..asek nak berangin, emo n sentap stok hempas2 barang sume, pastu gaduh ngan team mate sana sini pasal hal remeh temeh, mengaku diri nya perfect selama 16 th keje x penah buat silap, eh hellooo...you are just human, and human makes mistake, you have no right to claim that you are perfect..dan banyak lagi lah..
So bile aku bersuara semalam, niat aku hanyalah utk bagi sikit kesedaran padanya walau tak banyak, sikit pon jadilah..sebab aku tahu takde org berani sound minah ni sebelum ni,tu yg dia naik lemak tuh...tapi bile niat baik disalah ertikan, bile kata2 disalahertikan, tu yg jadi lain..aku bukan berniat nak gaduh ngan dia ke apa..
I might said something harsh that sounds like this, belajar tinggi2 tapi takde otak (which honestly i didn't remember saying that, see, thats another problem with me)..what I meant for her was, ko dah belajar tinggi2, kata CGPA 3++, so act like org yg educatedlah, jangan letak mentaliti ko separas lutut dengan perangai tak matured ko tu..tapi obviously you just don get it...*sigh*
As maknosia, kadang2 kita tak lari dari buat kesilapan n we need to be corrected..put aside your ego buat seketika, cuba ambik yg positive komen org lain terhadap diri kita..Aku pon cuba prektis macam tu, walaupon as a saying goes kejujuran itu amat menyakitkan, tapi yg jujur tu lah diperlukan, daripada yg fake..

Monday, December 3, 2012

Terkena lagi dan lagi

Semalam mcm biasala xtiviti tetiap bulan, pegi shopping barang2 rumah..Asal nama shopping, walaupon just nak beli barang keperluan isi rumah, mak tetap la excited...so pegilah kite beramai2 ke Giant Taman Equine..Aku jenis tak suka shopping kat setempat je, biasanya aku gilir2 tiap2 bulan kat 3 tempat ni je, Giant Kinrara, South city or Equine Park..
Dah shopping segala n agak2 dah menimbun satu troli, pegi la bayar..Total up 300++(tu belum masuk susu diaper anak2 lagi yek)cepat2 bayar n masa tu tengah kalut dukung Icha..pastu keluar dari Giant ternampak pulak Cool Blog ke block?cepat beratur beli satu je,sedap gile woihhhhh...pastu langsung terlupa nak check balik resit..tapi aku dah agak, mesti ada kena paling kurang pon satu....DANNGGGGGG!ramalanku benar belaka..Tapi this time agak haram jadah jugaklah n memang melampauuu..

Comfort tu kat display rack dia letak RM6.99...konfiden je aku ambik..sekali bila scan hambik kauuu...16.49, tak logik n melampau hokayyyy...dekat RM10 jugak duit aku lesap...hangin je aku, tapi takdelah aku nak patah balik semata-mata nak tukar tu...haihhhh..tapi tulah, walaupon berkali2 terkena, tak serik2 jugak pegi Giant..tapi next time jgn harap aku nak pegi yg Equine Park lagi...merajuk sudahhh..

Friday, November 30, 2012

Fakta mengenai bayi baru lahir

Sharing is caring..some of the facts tu aku pon baru tahu..hihihi...

1.Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan

2.Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3.Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4.Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5.Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6.Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7.Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8.Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

9.Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10.Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11.Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12.Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13.Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

14.Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15.Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16.Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.





**source from soal jawab hamil fb

[sticky post]Keropok lekor best..best ..nyummm nyummm

Suka tak makan kopok lekor??Suka tak??especially yg original from Terengganu, which is padat dengan rasa ikan..bukan yg macam pasar malam tu, liat semacam je somemore rasa tepung...errkk..
Tak perlu susah payah naik bas 8 jam or driving 5 hours straight or tertunggu2 tiket flight Air Asia murah untuk ke Terengganu, biar kami yg bersusah payah bawakan untuk anda hehehe..
Kalau anda nak rasa kopok lekor original taste from terengganu sila ke blogshop dibawah

http://keropok-online.blogspot.com/



dan apa lagiii...order la, sementara stok masih ada..
ohhh, one more thing, kopok lekor ni tahan lama juga, boleh simpan kat freezer up to 2 months...
cicah ngan sos kopok...nommm nommm nommmm...dappppp
ehehehe
kopok keping pon sodap.

Peplum oh peplum

Peplum tgh in kan sekarang, sana sini peplum..pakai pegi opis pon ok, pakai ngan jeans untuk santai pon ok, pakai pegi kenduri pon ok..bijak sungguh sapa yg cipta peplum ni , multipurpose, 1 piece but multi function gitu...tapi peplum ni bukan lah gaya baru, ia cuma di angkat kembali, ianya dah wujud since jaman saloma lagi...Aku teringin sangat nak pakai peplum nih, tapiiiiiiiiii....body akukan kembang ditengah, so imagine aku pakai peplum, ada rupe punggung itik tak?wakakaka...semalam kat lrt ternampak sorang pompuan ni, tall n slender, pakai pulak peplum match with belt yg halus tu n straight cut skirt...hoihhhh cantiknya...aku perati je n envy that girl..alahai peplum...aku hanya mampu pandang dari jauh je...n pakai dalam mimpi je...sobsss..sobss..*nangis dalam hati*
pic courtesy of google image


Thursday, November 29, 2012

They made me soooooo jealous...

Jealousssss tahu..diaorg ni cepat betul mengurus,eventhough x abis pantang 60 hari lagi..apa rahsianya ye??takkan dalam pantang pon dah start workout??haihhh...kalau aku 60 hari lepas beranak, body masih lagi takde beza ngan waktu pregnant dulu...ke memang diaorg x gain weight langsung masa pregnant ??iyooo lah kan diaorg ni tahap supermodel, aku ni tahap supermok sajoooo...wakakaka...tapi seriously weihhhh, jealous okey, aku yg dah setahun lebih beranak pon tak kurus2 lagi camno??org lain senang2 je menguruss...stressss!!
pic credit to beautifulnara

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails