Adds by nuffnang

Monday, January 24, 2011

Datin wannabe...

Semalam saya termenonton rancangan Astana yg disiarkan di Astro jam 7:30PM..yg dihostkan oleh Ahkak Nita kiteww tu..ala rancangan yg memaparkan rumah & koleksi org2 kaya-raya...So, semalam kisahnya seorg datin ni, tak taula pulak apa kenamanya, sebab dh tengok pun tengah2 rancangan, rumah memang besar tak hengat..Datin ni pon tunjukkan dia punya koleksi designer handbagnya..mak aiiii...penuh satu bilik (yg pastinya bilik tu lagi besar dr master bedroom rumah saya ni) semuanya designer handbagsnya yg regenya mestilah puluhan ribu-riban..pastu dia tunjukkan plak koleksi designer shoesnya..semuanya ada 1800 pasang...mak aiiiii....Tapi kan saya terpikirlahkan, nape lah datin yg kaya raya ni sanggup abiskan duit utk beli designer handbags & shoes, tapi tidak utk menguruskan badannya..(FYI, datin ni plus size, ahkak nita punye body lagi chanteeekkkk)..kalo saya la jadi datin ni first thing to do kalo dah duit melimpah ruah macam gitu, saya mesti nak buang segala lelemak kat badan saya nih dulu...pastu baru la boleh beli segala macam designer handbags ke, shoes ke or dress ke...bukan ape dah kalo kasut ngan hadbagnya designer, bodynya harus designer jugak...barulah meletop!

P/S:Jangan mare ye datin2 sekalian, I pun plus size jugak...hihihih

Friday, January 21, 2011

Aku hanya seorang kuli..

Tak paham kenapa boss saya selalu sangat suruh staff dia buat keje dia as a manager, bukan kah secara logiknya boss sbg manager yg bergaji 12k haruslah mempunyai banyak kerja dan banyak responsibility?Kenapa harus membebankan dan menyusahkannya staff yg hanya bergaji 2k dengan kerja2 manager?So pada pendapat saya, saya haruslah membuat kerja yg setimpal dgn gaji saya, boss yg bergaji besar seharusnya membuat keja yg 'besa' jugak...kalo yg tu pon ko tak dapat buat, apa gunanya ko jadi boss, baik aku aje yg jadi boss..huh!

P/S:Tapi keaadan sudah terbalik sekarang, boss yg bergaji besar boleh duduk goyang kaki saja, staff yg gaji ciput ni la dok kerah tenaga dan otak buat keje..huhuhu...kuli tetap kuli..(boss pon kuli jugak!)

Wednesday, January 19, 2011

My wishlist..

My wishlist untuk bersalin kali ni ialah;
1) Breast pump..lepas dh survey n -+*/ segala kos dan spec so, I decided to buy this brand of breast pump...dah lama dah aim kat online shop ni...harap2 masa time nak beli janganla naik harga ye..
Price:RM 550
Brand:Spectra 3

2) Dah lama nak beli 2 benda ni, tapi tak terbeli...so bila dh beli breastpump, saya rasa 2 benda ni sgt berguna untuk memudahkan kerja..

Price: RM 167.90
Brand:Snow bear

3) Set Bersalin - Masa first dulu makan set Leesa Formula, tak nampak pon keberkesanannya..dr dulu lagi nak try NR ni, tapi time tu rasa macam mahal sgt...so utk kali ni, lepas baca review and testimoni dr kwn2, so haruslah utk di cuba..katanya one of the item tu dapat menambahkan susu badan n menguruskan badan...we will see..
Price: RM 345
Brand: Nona Roguy

Tuesday, January 18, 2011

Menu of the weekend...

Jumpa satu resepi ni dalam satu blog ni (lupe nama blognya), nampak resepi nya senang why not to try kan?So inila my Apam Pelangi versi saya.Sedap, thanks to Tuan resepi coz sudi sharing resepi yg simple dan best ni.

Monday, January 17, 2011

We and our manner..

Semenjak perut yg semakin beso ni, saya dah tak berani nak merempit pegi balik opis dgn somi..bahaya satu hal, satu hal lagi dah tak larat sakit pinggang segala dok setengah jam atas moto..maka sementara masih larat lagi ni, saya pon naik motor sekerat jalan sampai LRT, pastu naik le LRT sampai opis.dari LRT plak, ada van kompeni khas yg mengangkut staff dr opis ke LRT...Naik turun LRT ni sebenarnya takde la penat sangat, so far boleh lagi bertahan, cuma yg tak larat kalo eskalator tak berfungsi..penat nak menapak tangga..nak2 kat stesen LRT Masjid Jamek, kemain lagi tinggi tangganya..so far, kat dalam LRT tak penah la tak dapat tp duduk..rakyat malaysia masih lagi prihatin..adala sekali-sekala lama juga nak kena berdiri, baru ada org perasan kite ni peknen, tu pun kemain lagi kita dok menayang perut depan dia..hmmm..tapi mostly yg bg tp duduk kat saya adalah bangsa cina..org melayu Islam sendiri kadang2 mengecewakan..ada yg buat2 pandang tp lain, ada yg buat2 tido..dan org yg buat2 tu banyaknya wanita yg dh dewasa, agak2 dah ada anak 5...haihhhh...rase cam nak gi tampar, dh ler duduk kat area tp duduk khas..pon tak de perasaan jugak..
tu citer dalam LRT, ni nak citer keadaan bile naik van kompeni utk ke LRT pulak..nak naik van ni kena queue, pastu 5.30 sharp kena turun dah, kalo tidak terlepas van yg first trip, nak tgu yg second trip jenuh le nak beratur..kalo hari ujan, lama la nak sampai..yg heran nya, walaupun dh trn awal (kadang2 before 5.30) dh ada org beratur panjang..heran betul diaorg ni tgu van dari pkl 5 ke?boss diaorg tak marah pulak kalo trn awl2..van tu, ada 3 row seat kat blkg..seat yg 2nd dan 3rd boleh muat 4 org, seat yg first boleh muat 3 org, depan seat first row tu ada tempat yg letak barang, kebiasaannya akan ada org duduk kat depan tu hujung sekali dekat ngan pintu..memang muat utk sorang duduk kat situ...dah 3 kali setakat ni saya naik van jadik org last dlm queue, terpaksa duduk kat seat yg dekat pintu tu, sekali dua saya ok lagi..memang boleh bertahan utk perjalanan yg 10 minit je, tapi masuk kali 3, saya memang frust sesangat...bukan nak mintak simpati sgt, tapi diaorg2 nih yg semuanya pompuan and mostly dah beranak-pinak takde perasaan langsung ke?semuanya pentingkan diri sendiri, nak selesa je..apa perasaan diaorg kalo diaorg yg jadik saya..dah ler mengandung duduk pulak kat ceruk van tepi pintu, haiihhh...ada yg naik van tu saya kenal jugak, tapi takde sorg pun yg offer tp duduk dia kat saya..masing2 buat2 tak tahu dan pandang tempat lain...ada yg muka serba salah berbelah bagi nak bagi ke tidak..haihhh..frust betul dgn diaorg2 nih..tapi nak buat camne, dh benda free, terpaksa la, ni konsep sape cepat dia dapat...tu la, belajo tinggi and pangkat beso2 pon kalo dah tak adab, budi bahasa dan peri kemanusiaan pon tak de gunenye...buat penat je Siti dok nyanyi "Budi bahasa budaya kita"....

P/S: Hehehe..masih lagi takde keberanian nak drive sendiri walaupon dari rumah ke LRT..kiranya tu azam th lepas yg saya bring forward ke tahun ni..hehe

Tuesday, January 11, 2011

Kisah benar, penyusuan ibu..

Di petik dari I love Islam.com...

Dua Tahun Susu Ibu
Sel, 30 Nov 2010 09:55
"Waktu menyusukan anaklah waktu paling bahagia," Kak Afzan luahkan. Wajah bahagia seorang ibu muda jelas terpapar.
"Itulah saat bersama anak tanpa gangguan siapa pun," Kak Afzan menambah lagi.
Saya turut tersenyum mendengarkannya. Aura bahagia seorang ibu turut dirasa. Pelbagai topik kami bualkan. Sedikit pon tiada gangguan. Suasana dalam kapal terbang sunyi. Kebanyakan penumpang masih tidur nyenyak kepenatan.
Jam-jam pertama diisi dengan tidur. Masakan tidak, flight yang berlepas pada jam 1.25 pagi sudah cukup memenatkan. Sejurus [I]take-off[/I], masing-masing nyenyak tidur. Setidak-tidaknya saya. Lena sekali. Tetapi saya sedar, Kak Afzan disebelah tidak selena saya. Seorang ibu yang menyusukan anak sepenuhnya. Setiap 2 jam pasti terjaga. Selepas beberapa jam tidur tanpa sedar, akhirnya saya terjaga. Kak Afzan turut terjaga. Waktu biasa untuk solat subuh. Fitrah, badan terbangun dengan sendirinya. Jelas kelihatan, Kak Afzan kepenatan. Imran, anak kedua yang baru berusia 10 bulan sudah cergas selepas bangun tidur.
Melihatkan si ibu yang masih mengantuk kepenatan lantaran mengorbankan kualiti tidurnya menyusukan anak, tanpa berfikir panjang saya menawarkan untuk menjaga Imran. Andai duduk di kerusi melayan kerenahnya, pasti tidak menjadi. Saya meminta izin membawa Imran tawaf kapal terbang. Memberi peluang pada si ibu tidur selena-lenanya walaupun seketika. Kak Afzan turutkan sahaja.
Imran si kecil yang cukup comel lagi sihat badannya tidak banyak kerenah. Sepanjang mendukung Imran melihat pelbagai aksi para penumpang serta pramugari, sekali pun dia tidak menangis. Budak baik. Alhamdulillah. Jika tidak, panik juga. Sesekali saya lihat Kak Afzan dari jauh. Andai dia sudah terjaga dan mencari-cari anaknya.
Muka Imran makin monyok. Bosan barangkali. Suasana kapal terbang yang gelap lagi sunyi. Kebanyakkan penumpang masih tidur lena. Sesekali terdapat pergerakan manusia yang menarik perhatiannya. Selepas hampir satu jam setengah, Kak Afzan terjaga. Reaksi pertama seorang ibu, tercari-cari dimanakah anaknya. Saya tidak menipu. Reaksi ini jelas walaupun saya hanya melihat dari belakang. Cepat-cepat saya bawakan Imran kepada ibunya. Tambahan pula, muka Imran sudah monyok kebosanan. Andai ditangguh, takut mengundang bencana!
Imran seronok kembali ke pangkuan ibunya. Fuh, memang lenguh. Lenguh tangan mendukung. Jangan banyak merungut. (Practice makes perfect).
"Walaupun tidur sekejap, tapi rasa sangat fresh," Kak Afzan berkongsi rasa.
Alhamdulillah.
(Perbualan Bermula)
"Akak menyusukan anak-anak sepenuhnya?" saya bertanya penuh minat. Tidak sekalipun saya lihat Kak Afzan mengeluarkan botol susu dari beg galasnya.
"Aah, kedua-dua anak akak susukan sepenuhnya. Bermula dengan Farish, kini Imran pula," Kak Afzan menjawab.
Wah menarik!
"Lebih mudah. Tak perlu membancuh susu," ujarnya lagi sambil tersenyum.

[B]Kelas Breasfeeding[/B]

Muka masing-masing serius. Masing-masing terlopong walaupun tidak secara fizikal. Ilmu baru. Pengalaman baru. Walaupun belum mempunyai anak hatta belum berumahtangga, kami berlima tidak melepaskan peluang untuk belajar sesuatu yang baru. Belajar untuk masa depan. Setidak-tidaknya berkongsi dengan mereka yang memerlukan. Khusyuk mendengarkan pembentangan Kak Rin. Diselang-selikan dengan pertanyaan demi pertanyaan daripada kami berlima.

"Kita buat kelaslah minggu depan. Alang-alang Kak Rin dah nak balik Malaysia juga," Kak Rin memberikan cadangan semasa makan-makan di rumah Kak Fida sempena kepulangnya tidak lama lagi.

"Baguslah, [I]you all [/I]muda-muda sudah dapat pendedahan. Dapat ilmu. InsyaAllah mudah di kemudian hari. Tidak macam Kak Rin dulu. [I]That is why[/I] akak nak [I]share[/I] dengan kamu sekarang," Kak Rin menambah lagi.

Terharu dengan semangat yang Kak Rin tunjukkan. Seorang ibu yang bekerja sepenuh masa bersama Petronas, dalam masa yang sama [I]part-time breastfeeding motivator [/I]di Ampang Puteri, kini berkongsi ilmu serta pengalamannya secara percuma kepada adik-adik [I]undergraduate[/I] di Nottingham. Alhamdulillah, Allah sempatkan serta aturkan walaupun disaat-saat minggu terakhir saya di sana.

"Untuk menyusukan anak sepenuhnya, tiga perkara yang paling penting. Pertama, [B]sokongan daripada keluarga[/B]. Terutama sekali suami. Diikuti ibu sendiri mahupun ibu mertua yang menjaga semasa berpantang misalnya. Kedua, penting untuk mempunyai [B]ilmu[/B]. Ketiga, kamu perlu [B]kuat semangat[/B]," serius Kak Rin ingatkan kami.

Memang bukan kerja mudah. Mudah sahaja putus asa. Cabaran lebih hebat buat wanita bekerja di luar rumah seperti dirinya.

"Sebelum bersalin lagi kamu perlu sudah mempersiapkan mental untuk menyusukan anak yang bakal lahir sepenuhnya," Kak Rin menceritakan satu persatu mengikut turutan sebelum bersalin, semasa bersalin, selepas bersalin dan semasa si ibu bekerja di luar rumah kelak.

"Mula membaca dan tambah ilmu tentang [I]breastfeeding[/I]," Kak Rin menambah lagi.

"Sejurus selepas bersalin, anak-anak perlu terus disusukan. Semasa itulah [B]colostrum [/B]atau dikenali sebagai [I]Immune Milk[/I] dapat disalurkan kepada bayi baru lahir," penceritaan beralih pula kepada fasa semasa bersalin.

"Semasa anak yang pertama, pengalaman menyusukan anak cukup menyakitkan. Mungkin kerana teknik yang salah. Mungkin juga kerana itu adalah yang pertama kali. Breast membengkak lagi menyakitkan. Kadangkala sehingga berdarah," berkerut-kerut muka kami mendengarkannya. Biar benar?

"Saat itulah TLC amat diperlukan. Support daripada suami. Juga ada cara untuk mengubatinya dengan menggunakan krim sapu. Penting untuk kita tidak patah semangat. Andai kita berputus asa lalu menggantikan susu badan dengan susu botol lantaran kesakitan. Alamatnya, si bayi tidak lagi berminat pada susu badan. Beralih kepada susu botol yang lebih banyak mengandungi kandungan gula tiruan," panjang lebar ibu yang sudah mempunyai empat orang cahaya mata ini menerangkan.

"TLC tu apa?" sahabat disebelah mengangkat tangan bertanya. Saya juga tidak tahu apa kebendanya TLC itu. Syukur orang disebelah bertanya dahulu. Hehe.

"[I][B]Tender, love and care[/B][/I]. Memang amat diperlukan semasa kita [I]down[/I] akibat perubahan hormon serta menanggung kesakitan pertama kali menyusukan anak. Apabila sudah beberapa bulan seterusnya, insyaAllah tidak lagi sakit," pernyataan Kak Rin melegakan kami.

"Apabila sudah bekerja kelak, ketika itulah kamu memerlukan breastpump," Kak Rin menunjukkan segala macam alatan kepada kami. Susu badan perlu di pump untuk diberikan kepada anak semasa ibu bekerja berjauhan dengan anak.

Masa terbaik untuk pump susu adalah semasa menyusukan anak. Sebelah untuk menyusukan anak, sebelah lagi dipump. Maklumat ini turut disahkan oleh Kak Afzan semasa perbualan di atas kapal terbang.

MasyaAllah!

[B]Kebijasaan Allah Yang Maha Mencipta[/B]

"Setiap berapa jam ibu akan menyusukan anaknya?" giliran saya bertanya kepada Kak Rin.

"Setiap anak berbeza-beza. Tetapi secara kebiasaanya, anak perlu disusukan setiap dua jam. Menariknya, si ibu akan dapat mengenal pasti apabila tiba saatnya untuk si anak menyusu. Walaupun ketika itu si ibu sedang bekerja di luar rumah," Kak Rin menjawab.


"[I]Breast [/I]akan terasa kembung dan seolah berdenyut-denyut ketika masanya tiba. Ketika itulah cepat-cepat si ibu perlu mendapatkan anak lalu disusukan sekalipun si anak masih sedang tidur. Andai ibu sedang bekerja di luar rumah, jangan menangguh-nangguh. Cepat-cepat pump susu tersebut. Andai tidak pump, mendatangkan sakit pula," Kak Rin menambah lagi.

MasyaAllah, hebatnya ciptaan Allah! Sudahlah Allah menciptakan susu ibu itu terbaik kandungan khasiatnya buat anak. Masa menyusu turut Allah aturkan begitu cantik sekali.

"Setiap dua jam? Pasti penat kan kak?" saya bertanya mendapatkan kepastian.

"Ya, setiap dua jam. Bayi lelaki lebih hebat, kadangkala menyusu hampir selama satu jam bagi setiap dua jam. Tapi selalunya, bayi akan menyusu selama 15 minit ke 30 minit untuk setiap kali. Penat? Sebab itulah kamu perlu tahu teknik merehatkan diri semasa menyusukan bayi," ujar Kak Rin. Diikuti sesi menunjukkan teknik menyusukan bayi dalam 3 posisi, ketika duduk diatas kerusi, duduk di atas tilam serta semasa baring.

Teknik perlu betul untuk menyusukan bayi baru lahir. Silap cara, bayi boleh meninggal dunia akibat kelemasan tidak dapat bernafas kerana hidungnya tertutup. Pernah terjadi apabila si ibu terlena semasa menyusukan anaknya.

"Andai caranya betul, kamu akan dapat berehat sambil menyusukan anak. Mengelakkan sakit belakang. Bahkan itulah saat yang bahagia. Mengeratkan hubungan dengan anak-anak," Kak Rin pandai bermain psikologi.

Sungguh Allah Maha Pemurah lagi Maha Bijaksana. Tiada siapa dapat nafikan bahawa susu ibu adalah yang terbaik. Bahkan, selama enam bulan pertama, bayi hanya diberikan susu ibu tanpa makanan lain. Jimat belanja. Tidak perlu beli susu tepung pula. MasyaAllah.

Tidak perlu juga berjaga malam untuk membancuhkan susu. Andai berjalan kemana-mana, juga tidak perlu bersusah-susah membancuh susu. Jauh lebih melecehkan berbanding menyusukan badan yang hanya perlu mencari tempat yang sesuai semasa menyusukan.

"Jangan bimbang susu tidak cukup.[I] There is no such thing[/I]!" Kak Rin menegaskan.

"Susu badan itu sentiasa cukup. Susu badan akan sentiasa ada berdasarkan keperluan. Berdasarkan [I]demand[/I]. Selagi kita menyusukan anak, selagi itu susu akan terus-terusan dihasilkan," Kak Rin menjelaskan.

Hebat sungguh Allah.

"Cumanya, susu jadi kering, apabila si ibu berhenti daripada menyusukan bayi. Andai si ibu sendiri yang tidak susukan, maka susu tidak akan dihasilkanlah," ujarnya lagi.

"Sekalipun anda merupakan suri rumah, anda tetap memerlukan [I]breastpump[/I]. Susu yang siap di pump perlu dimasukkan ke dalam botol. Pastikan, setiap hari si ayah akan memberikan susu ibu dalam botol kepada bayi. Ketika itulah si ayah dapat membina hubungan dengan bayi," Kak Rin mencadangkan.

Bijak!

"Cumanya, ketika memberikan susu ibu dalam botol kepada bayi, elakkan si ibu yang memberikannya. Bimbang wujud kekeliruan. Bayi akan keliru antara puting botol serta puting ibu," fakta yang luar biasa dikongsi lagi oleh Kak Rin.

"Sekalipun si ayah yang menyusukan bayi dari botol, si ibu perlu duduk jauh-jauh kerana mereka dapat menghidu bau ibu," Kak Rin menambah fakta luar biasa.

MasyaAllah, sungguh hebat ikatan seorang anak dan seorang ibu. Sehingga ke tahap itu. Luar biasa.

P/S:Artikel ini telah diedit, saya hanya amik isi penting aje..nak baca artikel sepenuhnya boleh la cari kat ILoveIslam.com

Kusangkakan momok , rupe-rupenya...

Pukul 2:30 AM, 10.01.2011, saya terjaga dari tido sebab terdengar bunyi door bell..Ingatkan mimpi, nak sambung tido balik tup-tup door bell tu berbunyi lagi..dalam hati berkata, sapela yg datang malam2..ingatkan somi ada pesan makanan, mesti budak kedai yg antar makanan kat umah, tapi tgk jam yg dh dekat pkl 3 pagi, impossible..kedai dah tutup masa ni..lgpon rumah dh gelap gelita, mesti somi dah tido..pastu door bell tu berbunyi lagi..saya dh tak sedap ati ni..alamak..hantu ke..door bell tu terus berbunyi ada la kat setengah jam..setengah jam jugak la saya tak boleh tido, peluk anak kuat2 sebab takut...hehe..tapi sebab dh tak tahan dan curiousity yg amat saya pon bangun terus beranikan diri pergi kat pintu dpn rumah tanpa mengejutkan somi yg tido di bilik sebelah...saya intai kat bawah pintu tu, eh tak nampak bayangpon..sah, ni memang momok..cepat2 masuk bilik balik..door bell terus berbunyi lagi, pastu terdengar pulak bunyi siren (ntah bomba, polis ke ambulan tak dapat dikenalpasti)..pastu dengar pulak bunyi bising2 macam org ramai2 tgh bukak mangga dan pintu grill, dengar pulak bising2 suara bercakap dalam bahasa cina..dalam hati berkata, memang confem hantu cina nih!Adala kat 10 minit dok dengar bunyi-bunyian itu, akhirnya saya tak tahan dan sebab curiousity yg tinggi, saya bangun terus ke dapur..cuba intai dari dapur yg boleh nampak koridor depan rumah, takde org pon, tak bunyi2 tu masih jelas kedengaran..Tak puas ati ni, pegi kejutkan somi, meanwhile door bell still berbunyik..Dalam mamai2 somi bangun dan terus pi bukak pintu depan, tgk takde apa2 makhluk pon dan ajaibnya bunyi2 tadi terus hilang, kat luar sunyi sepi except for door bell yg masih lagi memekak..somi cakap, sebab kita beli door bell murahan, kalo ada org yg dok level bawah yg kebetulannya pakai door bell yg sama, sensor door bell kita turut mengesan apabila doorbell yg kat bawah tu ditekan..somi terus tutup je sound door bell tu dan terus pi sambung tido balik..tinggal la saya dengan perasaan tak puas ati dan terkebil2 mata susah nak tido balik dicampur dengan perasaan takut dek penangan hantu cina tadi..ntah masa bila tertido sedar2 dah pukol 7.09 AM..

Siang harinya, somi mendapat panggilan dari kawannya yg tinggal satu apartment ngan kitaorg..rupe2nya ada rumah terbakar kat level 3, blok kitaorg..patut la ada dengar bunyi siren, bomba rupenya, pastu bunyi bising2 tu sebab diaorg sume turun kebawah...haihhhh..mati2 mak ingatkan momok...

P/S: Agak2nya sume org yg dok satu level ngan kitaorg sumenya tido mampus, sebab tgk takde sorg pun yg keluar ke, diaorg sume dah keluar tinggalkan kitaorg je yg tido mampus??

Sunday, January 9, 2011

Dj got us falling in love again...

Enjoice...

Friday, January 7, 2011

Ada apa dengan 2011?

2011..baru seminggu..tapi why I felt so bored and even bored than before...and I talking about my job..same old same..tambah lagi ni bulan January, so we're buzy with 2010 Performance Management Review..*sigh* Every year nak kena hadap mende ni, nak kena hadap muka boss (blueeekkk!)..tapi keaadaan tetap sama je...Malas nak citer la..
Keje pun makin ari makin bosan, bosan sebab keadaan sama je..hari2 buat keje sama, hadap muka dan perangai boss yg sama, environment keje yg sama, colleague yg sama...*sigh*
I really desperately need a change...*sigh* It almost 5 years now, and things were never change since before *sigh*
I envy my colleagues yg dapat merasa angin perubahan, sekurang2nya dapat juga merasa variasi dalam pekerjaan...nak tunggu turn diri sendiri entah bila la...2 th lagi?5 th, 10 th???
Another thing yg membuatkan saya rasa bosan yg amat sampai nak muntah dengan sikap org yg pada permukaan nampak baik sesangat, tapi dia la kaki bodek/kaki kipas enjin turbo yg hebat..hehehe..kalo bab mengutuk sama hebat, tapi depan boss baik nye pijak semut pon tak mampus..huh....benci sungguh spesis yg macam ini...what a hypocrite..*sigh*..
I've been thinking, if things will still be the same until next year, maybe it's the time, yeah it's time...what are u still waiting for??

P/S:So many *sigh* in my life these days...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails