Adds by nuffnang

Thursday, July 28, 2011

Tips memilih calon somi...




khas buat adik2 yg bakal berkahwin, ni berdasarkan kepada ahkak punye observation...


1. Kalo bakal somi anda mengajak anda kerumahnya, jgn lepaskan peluang..pegi, penting untuk get to know his family especially his mom, secondly his sibling dan jugak mengenali persekitaran dalam rumah keluarga bakal somi anda..Ini penting kerana secara tidak langsung anda dapat mengetahu personaliti bakal somi anda, yelah sebab 80% personalitinya dipengaruhi di rumah yg dia membesar..

2. Bila dah kat rumah keluarga bakal somi, peratikan sekeliling, bagaimana tahap kebersihan & kekemasan rumah mereka, sebab itu mencerminkan diri bakal somi anda bila anda dah kawin nanti, tapi jgnla obvious sgt, kang apa kata bakal mak mentua anda bile tengok mata anda asek melilau sana sini je..

3. Peratikan hubungan bakal somi anda dengan adik beradiknya..dari situ anda boleh identify sifat somi anda

4. Ingat, sila pegi time waktu makan tgh hari, time ni anda peratikan bakal somi anda..adakah dia jenis yg menunggu nasik dihidang shj & dilayan macam raja, ataupon dia turut sama merajinkan diri membantu apa yg patut, kerana ini mencerminkan sikap dia nanti sama ada dia seorg yg ringan tulang membantu isteri atau tidak

5. Sekiranya adik pompuan kesayangan bakal somi anda meminta wang dari bakal somi anda untuk tujuan membeli alatan mekap @ suka-suki, anda boleh pura2 kehilangan wallet dan ingin meminjam duit bakal somi anda, dari situ anda boleh lihat priority bakal somi anda in the future..

6. Peratikan bakal somi anda tengok samada dia rajin melayan karenah anak2 sedaranya atau tidak, kalo rajin maknanya anda selamat, lepas kawin mesti dia rajin basuh berak anak anda

7. Peratikan samada bakal somi anda adalah anak omak atau tidak, kalau iye, maka anda perlu bersedia mental dan fizikal


Ok, itu sajalah tips dari ahkak, mende2 cam gini janganlah adik2 sume pandang ringan ye..sebab ianya penting selepas kawin...

Wednesday, July 27, 2011

Anniversary...

Ari ni annibersary kami yg ke4, Alhamdullillah sampai jugak kite ke angka 4 ye..Thank God for the most 2 beautiful people in my life...Amirul Iddin & Arissa Irdina..Thank God, for the blessing..


benci benor tang bulu mata pelesu tu...mekap cam tepung lol..

saje je nak nyelit gambar mak pak i kawin...




Tuesday, July 26, 2011

New gadget lagi...

Ada new gadget lagi yg saya beli...kan saya dah cakap lately memang saya into gadget...hehehe...bukannya beli gadget yg memahalpon...sebonarnya den teringin tengok org pakai henfon touch screen ni, den pn teringin nak ada satu...tapi bajet takde le memahal, dapat yg cikai macam ginipon dah ok...pasni boleh la saya ber'touch screen' kat dlm lrt ataupon meeting..hehehehe


Samsung Galaxy mini jew....

Monday, July 25, 2011

Apam polka dot

First time rasa apam polka dot..macam sayang plak nak makan sebab sumenye comel2...dalam ada pelbagai filling, chocolate, blueberry, strawberry..order kat kawan saya RM 26 for 100 pcs..actually nak buat nya sonang aje, gonna try to bake apam polka dot ni someday!


ginilah rupenya kalo banyak2...comel2 kan?


with blueberry filling..

Saturday, July 23, 2011

Nasi lemak

Nasi lemak of course la everyones favorite kan...tapi saya ngakulah, saya tak berapa pandai buat nasi lemak (shame on me!)...camne leh tak pandai buat nasi lemak ni, padahal sonang aje..ntahle, tiap kali buat ada je kekurangannya...tapi ada sorang kawan saya ni, nasi lemak air tangannya sangatla sodap..walaupon dah berenti keje kat sini, dia sudi lagi rerajin bawak nasi lemak kat kitaorg...cayalah..


Ni dia nasi lemak dari emi, terbaeekkkk....

Friday, July 22, 2011

Rambut letaknya kat kepala, bukan dalam makanan...

Tak tau la kenapa, saya selalu nasib tak baik kalo bab beli2 makanan nih..asekla terjumpa rambut ke apa2 yg menggelikan dalam makanan yg di beli...korang pernah??eventhough seurat rambutpon, ahkak dah tak lalu makan...boleh muntah hijo gitew...pastu tempat yg paling kerap jumpa rambut dalam nasik ialah tak lain tak bukan, cafe tingkat 5 kat opis ahkak ni...tapi ahkak tak serik2 jugak beli makanan kat situ, esok2 beli lagi..

Thursday, July 21, 2011

Kenangan bersama arwah Ummi..

Tahun ni genaplah 24 tahun pemergian ibu tersayang..tiada apa yg lebih berharga dari sebuah memori selama 6 tahun bersama arwah...


me & mom..

my bro & mom..

my mom ketika muda..


Wednesday, July 20, 2011

Bertingkat & berjurai...




Bertingkat & berjurai??apa tu...yeah, i'm talking 'bout my accesories collection...wowwww....koleksi aksesori...kedengarannya sgt mewah sekali..padahal ahkak beli yg murah2 aje..koleksi??tak le banyak sangat...tapi ahkak nak story yg ahkak suka sangat kalo aksesori yg jenis bertingkat2 dan berjurai2 ni..ahkak ni barang2 emas tak berapa nak ada, jadinya pakai jela aksesori jenis plastik ni..bukan apa, pakai barang kemas sekarang, tak selamat...kang kena rampok, ni bila pakai aksesori macam ni, bukannya saja nampak 'in' tapi parampok nak merampokpon tak jadi..ala..plastik je..hehehe...panjang pulak ahkak membebel..

P/S:kalo korang tahu mana ada jual aksesori yg cantik2 dan rege yg berpatutan, share lah ngan ahkak yea...btw, sila abaikan teknik fotografi ahkak yg tak berapa menjadi itew..

Tuesday, July 19, 2011

Learn & Play



Saya beli Alphabet & Number mat ni untuk myson..supaya dia lebih mengenal huruf & nombor2..kelihatan dalam gambar tu bapaknya sedang memerhatikan anaknya menyusun huruf..satu salah, satu rotan..garang sungguh...

Monday, July 18, 2011

Buah longan



Buah ni sentiasa menjadi feveret saya bila tiba musimnya.seumur hidup saya, saya mengenali buah ini dengan nama 'buah mata kucing'..tak tau pon nama glemer dia adalah buah longan..pabila mendapat tips dari sesorg, salah satu cara utk memperbanyakkan susu badan ialah dengan memakan longan..seya imagine buah longan adalah seperti buah laici.So saya pi kedai buah tanya pada pakcik buah tu, buah longan ada, padahal buah longan ni dok depan mata aje..agak terkejut jugak sebab buah mata kucing yg saya dok makan selama ini rupanya adalah buah longan.owhhh...sungguh jakun...

Sunday, July 17, 2011

Nasi kukus ayam berempah Darul Naim



Sedap dan harga berpatutan.U olls semua boleh la try..terletak di Pantai Indah off Jalan Pantai dalam...nunu hujung kat KTM Pantai Dalam.

Saturday, July 16, 2011

Another new gadget



Tarrraaaaaa...ini lah external Hardisk kitew.....500gb, brand Samsung, RM150...Tujuan beli external hardisk?Kekonon banyak kerja yg nak disimpan dalam ext hard disk ni...konon2 je la....


P/S:ntah kenapa lately rasenya i'm into gadget..padahal sebelum ni tak amik pedulipon...tetiba rase nak beli tu, nak beli ni...

Friday, July 15, 2011

My new gadget..





Akhirnya cita-cita nak memiliki netbook tercapai jugak.Toshiba kaler hijau lime ni dah menjadi kepunyaan saya.murah je u olls, RM 999 jew....maka lepas ni bolehla saya bertenet dan berblogging tanpa rasa bersalah pada laptop opis kerana membuat kerja2 personal dan tak perlu lagi mengendeng pc or laptop org lain...


P/S:Malam ni saya tido dengan senyum lebar sampai ke telinga...hehehe.btw, the best thing about this netbook ialah sound speaker dia memang superb!

Thursday, July 14, 2011

Apa boleh buat, kitew kan kuli jew...

Dulu, masa dia perlukan kita suka2 hati dia je suh kita amik post ni...kite pon belajarla sambil nanges2..dari 0 sampai le dah pandai..bile kite dah pandai, suka2 hati je tarik post ni dari kite...mentang2la dia tu boss, boleh buat sesuka hati jew...
Tu satu hal, masuk citer yg satu lagi..dolu2, kite penah terfikir nak buat keje job scope sekarang, konon2 nak cari angin perubahan, sekarang bile dah dapat, owhhh..baru kite tahu, tak best rupanya...ni boss kitela suka2 hati je tukarkan job scope kite...tapi apa boleh buat kite kan kuli jew....*sigh*

kena la sentiasa 'yes boss' kalo tak silap ari bulan tahun depan kite plak yg jadik kambing itam...


cop ni, pas ni simpan jew la..dah tak lakupon...


P/S:sentiasalah bersyukur dengan apa yg ada...

Bagaimana mengatasi kerak kepala bayi..

Kedua2 anak saya mengahadapi masalah kepala berkerak, maklumlah rambut mereka agak lebat jugak...yg first, bersusah payah jugak kami mencucinya dgn menggunakan baby oil & cotton bud..utk yg second ni, kami menggunakan syampu khas yg disyorkan oleh my daughter's paed, Dr Ruzini.Syampu je tiap2 ari, Insyaallah, within one week, no more kerak kepala.Juga boleh digunakan oleh org dewasa yg menghadapi masalah kelemumur.RP ialah RM 46.

Tuesday, July 12, 2011

Tips berpantang bersalin secara Ceasar

Sekadar berkongsi tips berpantang bagi ibu2 yg bersalin secara pembedahan..Ini adalah pengalaman yg pertama & berpantang sendiri saya..walaupon tak seberapa bak kata omputih sharing is caring...


1. First of all, jangan angkat barang yg berat tidak melebihi berat baby anda..

2. Seboleh2nya tidak membasahkan tempat luka jahitan sekurang2nya selama 2 minggu - sebulan, bergantung pada individu.

3. Jangan memakai seluar dalam yg ketat, seboleh2nya pakai yg sehingga menutupi perut.

4. Utk 2 minggu pertama makanlah ikan haruan sebagai lauk - ikan haruan bagus untuk sembuhkan luka

5. Sambung dengan mengambil supplemen seperti Pati ikan Haruan, Air gamat & juga vitamin C sehingga tempoh sebulan berpantang.Kesemuanya untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka.

6. Selepas melebehi tempoh sebulan, digalakkan untu meneruskan pengambilan supplemen diatas. For me, cukup sekadar mengambil 2 sudu Jeli Gamat setiap hari.


7. Bagi yg menghadapi masalah sembelit, saya syorkan anda mengambil Pil Phytonatal keluaran Nona Roguy.Meneran akibat sembelit di khuatiri akan menjejaskan luka jahitan.

8. Boleh menyapu minyak urut diatas bahagian perut sahaja. Mulakan proses berbengkung dgn menggunakan bengkung moden selepas sebulan berpantang.

9. Boleh berurut asalkan tidak melibatkan kawasan perut & luka jahitan.

10. Sebolehnya tidak mengambil makanan yang mengandungi lada hitam untuk tempoh sebulan, dikhuatiri panas lada hitam boleh menjejaskan luka dalaman.


Ok, itu saja tips dari saya...Pada ibu2 yg bersalin ceasar, jangan takut untuk melalaui proses berpantang, kerana ianya tidak sesukar seperti mana yg disangkakan..

Monday, July 11, 2011

Bagi ubat batuk kew??

When daddy take his turn to babysit the children, this was what happened...



Gosh, how did he managed to get the children slept at the same time, coz I couldn't do it...how come he beat mama!????

Sunday, July 10, 2011

Tumpang iklan jap...

Few things to let go...

1. Medela Swing Breastpump
Medela Swing to let go.Reason:Using manual pump

Condition:Good

D.O.P:29.3.2011

Used for 1 & half month only

Price:RM300 with postage

Included:warranty card

Not included:Soft silicon cup & Medela bottle

2. Medela Purelan Nipple cream 27 g (brand new)

2 pcs with RM 40 (including postage)

3. Autumnz Bottle storage (brand new)

8pcs with RM 28 including postage

Free 2pcs Bumble Bee bottle

4. Autumnz Cooler Bag(2 sides compartment)

Used not more than 3 times outdoor

slightly stain due to dust, the rest perfect condition

RM 40 including postage

Free 1 mesh air dry bag, 4 pcs double zip lock Autumnz milk storage

5.Autumnz Double Zip Lock milk storage - 2 boxes

RM 25 including postage

6. Nursing T-shirt-brand new

Size:XL

1pc:RM 26 including postage

3pcs:RM 76 including postage

Brand:Hilyah

7.Rempah Mandi bersalin - Jamu Mak dara

RM 22 including postage (RP:RM30)

8.Krim Barut Herbanika Nona Roguy

Digunakan sebelum berbengkung RP:RM45

RM35 including postage

P/S: Berminat, Call/SMS :013-3537357 email:sh.suhaila81@gmail.com






Thursday, July 7, 2011

This entry dedicated to my dear friend, Naizatul Akmal

U olls, ni kawan saya masa sek men dulu...I'm so proud of her....Dia telah buktikan pada semuaorg, dia telah berjaya sebagai seorg guru pendidikan khas..Bagi saya guru pendidikan khas ni sangatla mencabar, kalo saya ntah dapat atau tidak memikul tanggungjawab tersebut, tapi you made it cikgu akmal!Malah lebih berjaya dari kitaorg semua...semoga cikgu akmal terus sukses!


P/S:Teringat zaman persekolahan, people who look down on us, tengok sekarang sapekah yg lebih berjaya..

Tuesday, July 5, 2011

Petua



Petua ni langsung tidak berkesan...ahkak memang penggemar sayuran hijau..time pregnant wajiblah at least 1 kali seminggu makan bayam..tapi kedua-dua anak ahkak keluar tetap warna koko jugak...yg sorang tu memang sejak dari keluar perut lagi memang warna koko, yg sorang lagi ahkak sangkakan putih, rupanya2 ahkak tertipu dek spotlight kat OT tu...so, petua ni ahkak reject tak boleh diguna pakai untuk anak seterusnya (kalo ada).


Petua ni ahkak jamin 100% berkesan...air kelapa memang feveret ahkak...dari mula pregnant sampai nak beranak...some said, air kelapa tak leh minum kalo awal2 pregnant, bisalah..tapi ahkak telan je...hasilnya, anak2 ahkak bile keluar memang bersih..betul, ahkak tak tipu yea, walaupon anak ahkak yg sorang tu keluar ikut tingkap..tetap bersih...


P/S:Puan2 sume bolehlah cuba, result might be varies on individual...sumber dari Pa&Ma July, 2011..

Monday, July 4, 2011

Aku dah....

Hey Rania, aku dah....(sila baca dalam nada & gaya Scha Al Yahya dalam citer apatah kat Astro tu..hahaha)...Apa yg dah...nak bagitahu yang saya dah sampai ke I-City...ceh, org lain dah berjaman sampai, ko baru nak sampai...tak kesahlah, asalkan dah sampai, lebih baik daripada tak sampai2 langsung...so, what do u think of I-City?hmmmmm....bowringla...mak tak minat sangat lampu2 neonni, dah la besau tempatnya, tak larat mak nak jelajah dengan mengangkut 2 orang budak itewww...kesimpulannya, maybe ini yg pertama dan terakhir mak melawat I-City...



spongebob yg dah patah tangan, sapela yg rembat tu..





i loiiikeee this katak...






P/S:Tu je gambo yg ada, sebab tak bawak camera..so amik je gambo guna henpon canggih mak sony ericsson c50...btw, sila abaikan bentuk badan dan pemakaian mak yg macam ahsoh tu...



































Saturday, July 2, 2011

Besday yg terlewat

Walaupon dah terlewat 2 bulan, tapi still nak sambut jugak...ari tu mama dalam pantang, tak sempat nak sambut besday abang, tak best rasanya kalo tak ada besday cake sebab setiap tahun mesti ada...walaupon kecik aje, sebab untuk kita2 aje...yg penting abang happy, mamapon happy ;)
celebrate besday abang yg dah terlewat ni dengan mama, mak long & baby icha je..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails