khas buat adik2 yg bakal berkahwin, ni berdasarkan kepada ahkak punye observation...
1. Kalo bakal somi anda mengajak anda kerumahnya, jgn lepaskan peluang..pegi, penting untuk get to know his family especially his mom, secondly his sibling dan jugak mengenali persekitaran dalam rumah keluarga bakal somi anda..Ini penting kerana secara tidak langsung anda dapat mengetahu personaliti bakal somi anda, yelah sebab 80% personalitinya dipengaruhi di rumah yg dia membesar..
2. Bila dah kat rumah keluarga bakal somi, peratikan sekeliling, bagaimana tahap kebersihan & kekemasan rumah mereka, sebab itu mencerminkan diri bakal somi anda bila anda dah kawin nanti, tapi jgnla obvious sgt, kang apa kata bakal mak mentua anda bile tengok mata anda asek melilau sana sini je..
3. Peratikan hubungan bakal somi anda dengan adik beradiknya..dari situ anda boleh identify sifat somi anda
4. Ingat, sila pegi time waktu makan tgh hari, time ni anda peratikan bakal somi anda..adakah dia jenis yg menunggu nasik dihidang shj & dilayan macam raja, ataupon dia turut sama merajinkan diri membantu apa yg patut, kerana ini mencerminkan sikap dia nanti sama ada dia seorg yg ringan tulang membantu isteri atau tidak
5. Sekiranya adik pompuan kesayangan bakal somi anda meminta wang dari bakal somi anda untuk tujuan membeli alatan mekap @ suka-suki, anda boleh pura2 kehilangan wallet dan ingin meminjam duit bakal somi anda, dari situ anda boleh lihat priority bakal somi anda in the future..
6. Peratikan bakal somi anda tengok samada dia rajin melayan karenah anak2 sedaranya atau tidak, kalo rajin maknanya anda selamat, lepas kawin mesti dia rajin basuh berak anak anda
7. Peratikan samada bakal somi anda adalah anak omak atau tidak, kalau iye, maka anda perlu bersedia mental dan fizikal
Ok, itu sajalah tips dari ahkak, mende2 cam gini janganlah adik2 sume pandang ringan ye..sebab ianya penting selepas kawin...
No comments:
Post a Comment