Adik aku terlebih dahulu menggunakan perkhidmatan myeg ni, lalu dia mengesyorkan padaku supaya renew roadtax kat myeg aje..cepat katanya, at first aku tak percaya..tapi aku sangatla malas nak bergerak ke bank or pejabat pos or JPJ untuk renew roadtax n insurans ni...so try jelah...
aku isi form online untuk insurans,temporary cover note will be issued & send to me via email within 24 hours, while the original copy will be mailed to you within 2 weeks ...ok lah tu
and the best part was, aku isi online form utk roadtax tu pukul 12.45 PM, and pukol 2.45 PM myeg guy called me katanya roadtax dah sampai dia tunggu kat lobby opis aku.....wowwwww...aku terkagum..pantas sekaliiiiii...memang best lah myeg ni..sukeeeee..tak perlu aku bazir duit teksi, berpanas n membazir masa n tenaga...semuanya di hujung jari n the next thing is just wait , it will arrives at your door...
so, korang, sape2 yg tak cuba lagi...sile lah cuba...
3 comments:
dah 3x guna perkhidmatan myeg...alhamdulillah mmg tidak mengecewakan...hihihi
yeayyy, saya mesti pileyyyyyyy!!!! baru buat ari jumaat lepas.. cepat dan pantas!
Salam Tuan,
Pihak MyEG amat menghargai sokongan Tuan menggunapakai aplikasi pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) secara dalam talian di MyEG. Walaubagaimanapun pihak kami memohon maaf di atas kesulitan yang dialami oleh pihak Tuan bagi membuat proses kemaskini geran untuk urusan tuntutan insuran baru-baru ini.
Untuk makluman Tuan, pembaharuan cukai jalan telah dipermudahkan secara dalam talian dari tahun 2008 dengan kemudahan tanpa geran bagi kemudahan orang ramai. Perkara ini adalah sah disisi undang-undang dan boleh dirujuk pada Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan pada seksyen 17). Pembangunan aplikasi secara dalam talian MyEG ini adalah terhadap platform/server e-services di JPJ. Kini, sistem di kaunter JPJ adalah beroperasi di server SIKAP JPJ dan capaian terhadap kedua-dua server ini adalah berbeza. Sehubungan itu, perkara ini telah di bawa ke pengetahuan pihak JPJ dan telah dicadangkan agar kedua-dua platform ini dapat digabungkan bagi memastikan segala proses berkaitan JPJ secara kaunter JPJ mahupun dalam talian di permudahkan kepada orang ramai.
Walaubagaimanapun, sebagai aplikasi tambahan, pihak MyEG menyediakan aplikasi kemaskini geran untuk kemudahan orang ramai dan prosidur yang berkaitan adalah seperti berikut;
PROSIDUR BAGI CETAKAN KEMASKINI MAKLUMAT GERAN.
Sekiranya pemilik kenderaan diminta untuk membuat kemaskini geran (kad Perakuan Pendaftaran JPJK2) bagi tuntutan insuran akibat kemalangan atau faktor lain-lain, proses kemaskini geran boleh dilakukan melalui kaedah berikut;
1) Kemaskini geran di Kiosk LKM –
Sebanyak 192 kiosk LKM disediakan diseluruh semenanjung bagi membolehkan pelanggan membuat kemaskini geran. Pelanggan hanya perlu membuat semakan lokasi kiosk berhampiran anda dengan menghubungi helpdesk MyEG (03-7801 8888) atau pun emel kepada help@myeg.com.my.
2) Hubungi MyEG untuk bantuan Kemaskini Geran –
MyEG juga menyediakan perkhidmatan Logistic Officer (LO) untuk ke alamat pelanggan bagi tujuan pengambilan geran dan proses kemaskini akan dilaksanakan oleh pihak LO MyEG bagi pihak pelanggan. Perkhidmatan ini diberikan secara percuma. Pelanggan hanya perlu menghubungi helpdesk MyEG (03-7801 8888) atau pun emel kepada help@myeg.com.my.
Walau bagaimana pun, pihak MyEG mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf di atas apa-apa jua kesulitan yang telah di hadapi oleh En. Mahbob tempohari dan berharap melalui penjelasan yang diberikan, perkara seumpama ini akan dapat di elakkan di masa-masa hadapan.
Sekiranya pihak En. Mahbob mempunyai apa-apa pertanyaan atau kemusykilan, sila berhubung terus kepada saya di emel – raja@myeg.com.my atau kepada hasyyati@myeg.com.my untuk penjelasan lanjut.
Sekian, terima kasih
http://www.aduanrakyat.com.my/myeg-senang-renew-susah-masa-nak-claim
Post a Comment