Dari dulu sampai la sekarang aku tetap teringin nak berkulit muka putih..Tapi oleh kerana dah dilahirkan itam tetapi tidak legam maka redho jelah.Pernah lah terai krim tu, tepek krim ni dalam usaha nak dapatkan kulit yg putih, namun kulit muka mak tetap la sama je...
Baru2 ni opismate aku adala makan satu supplemen ni, ntah apa kebendanya aku lupe..rege agak mahallah jugak..tapi hasilnyeee....boleh dipercayai..first time aku tengok org makan produk2 utk kulit ni n hasilnya aku dapat tengok dengan mata kepala aku sendiri, jadinya aku iklas teruja tengok perkembangan kulitnya yg dulu x berapa nak cerah sampai sekarang dah cerah n tegang.serius aku sangat teruja, sampai bile time dia keje aku tak sabar2 nak check out perkembangan keputihan kulitnya...hehehe
Dalam hati keinginan nak beli produk tu ada, tapi apakan daya fokus utama buat masa ni aku nak kuruskan body dulu, if dah berjaya bolehla beli produk2 untuk kulit plak..kalau dua2 aku nak consume jawabnya mampus le..dengan gaji eksekutip mak ni manala mampu nak beli produk2 mahalken, so sedor la diri tepek je la krim safi kat muke...hehehe
Sebenarnya, aku tak boleh nak bayangkan kalau muke aku jadi putih nanti camne?cantikkah??chantekkkla sangattt..kahkahkah..tapi kan, tak ke nampak pelik nanti, tang muke je putih pastu bahagian lain itam, camne tu?takpela kot, boleh gang ngan Icha hehehe..
Tapi tulah, tak dapat kulit putihpon tak pela, as long as kulit muka adalah flawless,itam pon tak pe..ni dah kalo pesen kulit muka yg tepek foundation 4 katipon, jerawat nampak jugak..tak dapat nak nolong hehehe
Jadinya, kesimpulannya disini terima jelah dgn apa yg tuhan dah bagi,tak payah nak berangan kulit putih sangatlah..
eh,tapi tak aci, aku pon nak jugak kulit putih n firm macam opismate aku tu...camne?