Adds by nuffnang

Friday, November 30, 2012

Fakta mengenai bayi baru lahir

Sharing is caring..some of the facts tu aku pon baru tahu..hihihi...

1.Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan

2.Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3.Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4.Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5.Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6.Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7.Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8.Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

9.Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10.Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11.Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12.Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13.Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

14.Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15.Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16.Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.





**source from soal jawab hamil fb

[sticky post]Keropok lekor best..best ..nyummm nyummm

Suka tak makan kopok lekor??Suka tak??especially yg original from Terengganu, which is padat dengan rasa ikan..bukan yg macam pasar malam tu, liat semacam je somemore rasa tepung...errkk..
Tak perlu susah payah naik bas 8 jam or driving 5 hours straight or tertunggu2 tiket flight Air Asia murah untuk ke Terengganu, biar kami yg bersusah payah bawakan untuk anda hehehe..
Kalau anda nak rasa kopok lekor original taste from terengganu sila ke blogshop dibawah

http://keropok-online.blogspot.com/



dan apa lagiii...order la, sementara stok masih ada..
ohhh, one more thing, kopok lekor ni tahan lama juga, boleh simpan kat freezer up to 2 months...
cicah ngan sos kopok...nommm nommm nommmm...dappppp
ehehehe
kopok keping pon sodap.

Peplum oh peplum

Peplum tgh in kan sekarang, sana sini peplum..pakai pegi opis pon ok, pakai ngan jeans untuk santai pon ok, pakai pegi kenduri pon ok..bijak sungguh sapa yg cipta peplum ni , multipurpose, 1 piece but multi function gitu...tapi peplum ni bukan lah gaya baru, ia cuma di angkat kembali, ianya dah wujud since jaman saloma lagi...Aku teringin sangat nak pakai peplum nih, tapiiiiiiiiii....body akukan kembang ditengah, so imagine aku pakai peplum, ada rupe punggung itik tak?wakakaka...semalam kat lrt ternampak sorang pompuan ni, tall n slender, pakai pulak peplum match with belt yg halus tu n straight cut skirt...hoihhhh cantiknya...aku perati je n envy that girl..alahai peplum...aku hanya mampu pandang dari jauh je...n pakai dalam mimpi je...sobsss..sobss..*nangis dalam hati*
pic courtesy of google image


Thursday, November 29, 2012

They made me soooooo jealous...

Jealousssss tahu..diaorg ni cepat betul mengurus,eventhough x abis pantang 60 hari lagi..apa rahsianya ye??takkan dalam pantang pon dah start workout??haihhh...kalau aku 60 hari lepas beranak, body masih lagi takde beza ngan waktu pregnant dulu...ke memang diaorg x gain weight langsung masa pregnant ??iyooo lah kan diaorg ni tahap supermodel, aku ni tahap supermok sajoooo...wakakaka...tapi seriously weihhhh, jealous okey, aku yg dah setahun lebih beranak pon tak kurus2 lagi camno??org lain senang2 je menguruss...stressss!!
pic credit to beautifulnara

Wednesday, November 28, 2012

Pinggan mangkuk warisan

Kat rumah aku dulu, takde pinggan mangkuk yg proper yg utk digunakan if ada tetamu datang..sebab aku pikir ada ke tetamu yg nak datang rumah aku..lagipon I is a bit cerewet bila bab2 nak pilih design pinggan mangkuk ni..actually aku x minat design bunga2, hahaha...sentap org ittteww...dah ada org yg kasi free pinggan mangkuk yg bunga2 mak redho sajooo...tu yg bunga2 tu aku pakai utk kiteorg saja..ada sekali tu, bile balik kampung aku terpandang pinggan mangkuk peninggalan arwah mak aku tersimpan elok je dalam lemari...org dolu2 kan suke kumpul jenama pyrax yg ori made in england lagi hehehe...so aku pikir, baiklah aku angkut pinggan mangkuk ni sume bawak balik ke kl, since my sister sendiri dah beli set pinggan sendiri cap pyrat...pfffttt (she chose pyrat over pyrax...), jadi biarlah aku yg mengguna pakai set pinggan ni..lagipon aku suke design dia yg simple eventhough very common..tak kisahla..yg penting pyrex bukan pyrat yeaaa...hahaha...isk, kalau nak beli sendiri sekarang ni set pinggan nih konpem mahalkan, nasibla ada pinggan peninggalan arwah mak ni, jimat duit aku..apa yg bole pakai kita pakai je..x baik membazir kennn...


It's okay mum, walaupon x dapat barang2 kemas mak, dapat guna pinggan mangkuk yg mak beli susah payah dulupon, I felt truly happy and proud...;)

Tuesday, November 27, 2012

Twilight Saga:Novel vs Movie

I wasn't the twilight fan pada mulanya.Pernah menonton Twilight 1 n New moon.Tapi tengok tak concentrate sangat..Yg twilight tu aku paham la jugak jalan ceritanya, yg new moon langsung tak paham..so cd twilight sume aku buang masa pindah rumah dulu..yg eclipse langsung tak teringin nak tgk dulu, sebab dah yg 2nd sequel tu aku x paham..I thought Twilight saga citer dia dah makin memboringkan..So, camne aku boleh terjebak dari tak minat kepada minat...or should I say terlebih sudah..hehehe
Masa tu MPH kot kalau tak silap ada buat sale..semua novel half price..so aku kan suka buku, bila terpandangkan novel2 twilight,new moon n eclipse sumenya half price, aku main beli je, sebab dah murahkan..baca tak baca belakang kira...Twilight saga novels ni kirenya memang aku baca paling last sekali, lepas stok2 novel aku yg lain dah abis..First twilight, ambik masa lah jugak nak abis, kemain tebal..tapi...memang best..sebab bila baca novel aku paham jalan citer dia n feel tu lebih sikit,kiranya lebih detail dari movie..dah abis book one, aku memang tak sabar2 nak abiskan new moon n eclipse...memang best, once dah baca memang susah nak stop..memang novel lagi feel dari movie..pastu yg breaking dawn part I aku tak baca novel lagi, tapi aku dah tengok movie dia...macam aku cakap, dalam movie dia tak detail sebab dia nak compresskan sebijik novel tebal kemain tu dalam durasi 1jam20 minit..arggghhh...memang x puas ati, so I have to read the novels jugak..nanti kena cari nih...
Bila dah baca novel yg part I-III tu, n lepas dah paham, barulah aku tengok movie dia balik, gigih aku beli balik DVD Twilight ni sume..
Kesimpulannya, If you are die hard fan of Twilight Saga, tapi hanya follow by movie saja, aku suggest korang baca novel dia..Barulah korang dapat rasa feel dia tu lebih banyak okey compare to movie...n of course novel dia lebih details, lots of parts yg takde dalam movie, korang baca..and its worth as a collectible item for both novels n movies, trust me!

errr, speaking like a true die hard twilight saga fan, I think I am now!

Film review:Twilight:The Breaking Dawn PartII




Sape dah tengok...aku dah..last saturday...huhu...berjaya mengheret somi ku untuk menonton movie pontianak tak seram nih...80% yg tengok sumenya muda remaja, 20% tu termasuk kiteorg yg kertu sikit, tapi feeling muda lagi tu pasal nak tengok citer org muda..
Best...memang best sangatttttt...happy ending..Bella n Edward, Jacob pon tak heart broken sebab dia dah dapat pengganti Bella...Pada sapa yg tak menonton lagi, and if you are memang follower Twilight Saga yg tegar, cepat2 menonton yea, memang Best..see, berapa kali dah saya cakap best, so ni memang betul2 best..
Funny thing was, masa ada part yg konon dia org (The cullens, the pack n some others vampire) fight against Volturi, and diaorg berjaya bunuh Aro n Jane, penonton siap tepuk tangan..hahaha..kelakar ok, macam kan diaorg menonton live game ke apa..I guess diaorg ni memang fanatik Twilight...
Oh, dalam finale Twilight ni Bella dah jadi vampire, so no more Bella yg dulu, yg always tripped on something, yg jd magnet of danger...kinda miss the old Bella...hmmmm...
Btw, yg masa last tu, ada ditunjuk mcm Alice vision, Renesme dh besar, mcm muka Taylor Swift kan, kan?

Lastly n once again, Twilight:The breaking dawn part II memang best...rasa mcm nak tgk lagi...hehehe
should have sequel on Jacob n Rensemee part pulak...

Monday, November 26, 2012

Training+Food=LoveHate

Minggu lepas aku ada training 3 hari berturut.Kalau ada training ni memang in love-hate mode la.
Love-We've been fed so damn well!perut tak sempat kenyang lagi, dah sampai makanan baru...
Hate-Bila ada makanan I had to eat, rugi woihhhh tak makannn..dah kata been fed so damn well, maka berat pon naik so damn well lah...pffttt..Makanan pulak cater for 15pax, yg trainingnye cume 7 org je, so makanan lebih, takkan nak nengok sajekannn, haruslah makan bertambah sebab mostly foods served memang sodap2..







Thursday, November 22, 2012

Minah peti ais

Sekarang ni tensi tau, asal aku bukak peti ais, kang datang terkedek2 budak kecik ni, time nak tutup dia tak kasi, sebab nak duduk bertenggek kat situ...haihhh..kadang2 tu kemain slow aku bukak peti ais tak nak bagi dia dengar, alih2..dah bertenggek kat situ..tu kalau mood dia baik, dia dok la bertenggek je kat situ, kalau mood rajin mengemas dia datang, abis barang2 dalam peti ais tu dipunggahnya..ari tu,rilek je dia punggah telur2 kat peti ais tu susun kat lantai...sakit jantung aku tengok, nasiblah tak pecah telur2 tu...

*sila abaikan pemandangan yg x indah dalam peti ais tu*



Wednesday, November 21, 2012

Review Jusmate5,Herbalife,CinchShake Shaklee,SDII

I started with 50 kg and end up at 75kg after first child and stuck at that number until now...dah macam2 jenis dietary supplement aku cuba in order to slim down my body, tapi hmmmm....it just wasted my money..exercise??don't ask...I hate sweat (so please bear with the fatness)..*sigh*
sekadar ingin berkongsi minuman2 diet yg penah aku try...

Jusmate5
time ni Jusmate5 tengah meletop2 di pasaran (sila bayangkan rambut dr rozmey)..teruja tengok ramai betol yg dah kurus bile consume Jusmate5 nih..apa lagi aku yg pantang dgr produk kurus ni pon belilah..rege sekotak RM150 kalau tak silap, rasanya manissssss yg tak sedap untuk ditelan, rasa oren + soya...cara makan, ko ambik jusmate ni for lunch n dinner, breakfast mesti ambik yg berat contoh nasik lemak yg sebungkus kecik tu...ada dalam sebulan lebih jugak aku minum ni, tapi hampeh resultnya aku turun dalam 1kg saje..so aku stop after beberapa kotak saja...

HerbaLife
This is the best ever...dia punya shake all the flavors...memang yummylicious...my favorite is vanilla...satu set utk setengah bulan tu 350 lebih kurang..konsep dia ko boleh makan, cuma in small portion..ada dalam sebulan lebih kot aku consume herbalife ni, tapi after beli set yg ketiga, aku stop..x larat woiiii, mahaiiiii...so sempat la turun 2 kg je..

Cinch Shake,Shaklee
Rasa dia not bad..harga satu canister tu 130 lebih kurang tahan untuk setengah bulan..tapi ko kena ambik supplement lain jugak seperti lecithin n alfalfa..konsep makan macam herbalife , boleh makan but in small portion n balance..aku makan untuk sebulan sahaja, berat aku turun dalam 1.5kg..

SDII
Just recently consumed..taste euwwwww..for the old flavor, yg flavor baru ok sikit..harga 150 setin, for 1 month lebih kurang 4 tin..konsep makan, no carb, focus on protein only..so hari2 aku telan ayam..agak lama jugak aku consumed SDII ni, in 4 months I lost 5 kg..the most effective masa bulan puasa..
sekarang aku dah stop, plus aku dah jemu tahap cipan makan protein je, aku rindu pada buah2 n makanan yg manis2..

Kesimpulannya..
Eventhough ko consume minuman diet tu,basic konsepnya adalah sama..ko kena control makan n exercise..one thing, I dont know whether org lain experience benda yg sama dengan aku ke tak..after stop Herbalife, badan naik zasss je..same goes with SDII, since diet SDII kena low carb, so ada berbulan2 jugak aku tak boleh makan benda2 manis, so lepas stop aku craving gile2 nak makan benda yg manis, and yes, aku makan macam aku makan masa aku pregnant dulu..dah makan tu berat pon naik balik...pffttttt..kan ke sia2 wang ringgit disitu..So sekarang aku sedikit frust sebab some said yg diet SDII after stop pon berat akan maintain je, well it doesn't work for me..so aku pikir no pointlah aku beli mahal2 just for temporary result...*sigh*
Lagipon, aku bukan jenis yg easy to resist temptation, especially on those sweet dishes, cake,chocolate, icecream...arrrgggggghhhh, terasa sungguh miserable hidupku bila tak boleh nak makan itu semua pada beberapa bulan yg lepas...why I can't be fat and happy at the sametime??huwaaaaaa
Lagikan Aishwarya Rai ratu cantik donia pon bole gemuk lepas beranak, inikan pulak aku*matikla nak samakan diri dgn aishwarya..puiiii*

Tuesday, November 20, 2012

Jenis2 maknosia di pejabat

The Gossip
Jenis yg Kak Nam or intenet bergerak..tahu segala mak nenek gossip, latest scandal kat opis sape, org tu tukar kete baru, org ni pakai henbek LV..sumelah dia tahu...

The chatterbox
Yg jenis mesra alam..ngan sape2 pon dia boleh bercakap,campaklah dia kat mana,boleh hidup punye..Aku memang suke jugak jenis yg pot pet ni, tapi sometimes bile dah terlampau mesra alam pot pet sangat sampai susah nak berenti boleh jadi menyampah pulak..Aku pulak jenis tak reti nak cut off conversation..bertabah je lah dgr dia potpet sampai dia sendiri berenti..

The whiner
Jenis yg cepat melenting je..benda kecik pon kadang2 nak melenting, pastu disusuli ngan komplen n rungutan memanjang...hmmm...pesen yg macam ni ada kat opis aku ni..

The delegator
Kalau dia boss fine lah kan, memang boss akan delegate tugas lah kan..tapi ko pon sama kuli ngan aku, ewaaahhh ada hati nak mengarah2 or passing2 keje which was assigned to you...yg susah sikit tak mahu buat, nak senang aje ye...pesen yg mcm ni memang wujuddd sangat

The credit grabber
Ni pesen lembu punye susu sapi dapat nama..org lain susah payah, mengerah otak buat keje, yg harum nama ko sorang...ewahhhh

The flirt
Yg jenis suke buat dirty jokes or cakap double meaning...ada je..jangan dilayan, makin dilayan makin menjadi..

The climber
Org yg cepat naik, or boleh dikatakan very ambitious..masuk keje sama2 as kuli tup tup tup..dah jadik VP dah..hmmm something fishy here, does it mean this kind of person kaki bodek jugak?could be lahkan, jaman sekarang ni antara kekdah nak cepat naik pangkat kena pandai mengipas...too bad I don't have skill mengipas ni..ohhh..yg pesen the climber ni will do anything untuk mencapai cita2nya..so, watch out dont stand in his way...

The flatterer
The climber could be the flatterer also..pakej gitu, and also as a tactic..mulut kena manis, kena puji2 boss selalu, padahal belakang kemain ko mengutuk..

*Source taken from Herworld Oct 2012 edition

Monday, November 19, 2012

Fashion artist:Siti Nurhaliza@redcarpet AIM19

My pick up from me.not.the fashion.expert ni, dress Siti Nurhaliza..Retis2 lain macam hmmmmm....
But for this one, I kinda agreed with her choice of dress, again, hitam itu menawan bukan..sebelum2 ni kureng suka dengan dress yg dipakai, tapi yg ni cantik (dimataku) n nampak simple yet elegant..
Rambut n headband pon sesuai..tumpang tanya Tok Ti, makeup malam tu pakai Simplysity eh?hewhewhew...
Pic credit to Beautifulnara


JJCM@Lokas Makana Puchong Utama

Hari Sabtu lepas, kami berdua terpaksa bekerja dari pagi sampai petang..maka anak2 terpaksalah ditinggalkan kat Taska, ni first time diaorg kena pegi Taska hari Sabtu..oleh kerana rasa bersalah sebab mencuri masa anak2, marilah kita menggembirakan hati anak2 dengan membawa anak2 makan di luar, which is sebenarnya lebih kepada untuk mengisi perut mak pak yg kelaparan.Maka pusing punya pusing, jumpa jugak tempat makan yg happening di Puchong Utama iaitu Food court Lokas Makana.
Tarikan utama disini of course la burger bakar, tapi seriously semua makanan yg kami tried disini adalah awesome!
Ohh, sorry gambar memang x berkualiti tinggi langsung sebab kamera x bawak so terpaksa guna kamera phone saja..
Aku first time makan burger bakar tau!org lain dah berkurun...kesiann..Tapi sedappp sangattt...roti dia lembut, patty  yg lembut n juicy, ada rasa lada hitam , cheese yg melimpah ruah....heaven!
Kegemaran abang..otak2 pon best isi dia gemuk2
Tom yam campur.two thumbs up...kuah dia x mcm biasa, pekat with combination of rasa masam n pedas
Lai chi kang kolagen katanya...
kebab, actually aku order waffle stick sekali dia hantar yg ni..pfffttt..nasib baik sodap jugak..
Ini roti cicah kacang pool,sedappp

Will definitely come again!

Friday, November 16, 2012

Petua menghilangkan perut berangin/kembung

ehehe..aku salah seorang yg sentiasa perut berangin, tua2 ni macam kurang sesuai pulak nak guna istilah 'kembung perut'..hahaha...errkk, minyak yuyi dah tak valid untuk perut aku..sapulah sebotol sekalipon memang langsung takde effect..
seriesly, aku memang tak selesa kalau perut bloating..besar semacam je rasa, dah la perut yg already buncit..selagi angin tu tak keluar selagi tu aku susah hati, buat apa2pon serba tak kena..n aku jugak bukan jenis yg kentut or sendawa, jadi angin tu stuck kat siti je...tensen hokehhh..
here are some of the tips, yg aku kutip dari majalah Herworld, oct 2012 edition..
yg makan nenas ni, aku baru tau, next time boleh cuba..

UPDATED:I did tried petua yg makan nenas tu and it works for me!yeayyy...angin2 sume kuar after makan sebijik kecik nenas itteww..

Thursday, November 15, 2012

Keyword #8


Aku suka stalk keyword org search apa kat blog aku sendiri..hahaha

1)Petua kecantikan artis
erkk, rasanya belom penah interview retis pon nak tanya pasal petua kecantikan artis, kalau adapon, mesti retis itu bolayan sebab sapelah den dan blog picisan ni...

2)macam mana nak buat dot dekat apam polka dot
weiiiihhh...aku pon failed nak buat dot tu, seriesly susah nak buat dot dot kat apam tu, berpeluh ketiak mak..sape yg berjaya buat dot dot or any corak yg cantik2 kat apam tu memang aku salute, sebab org itu memang mempunyai kesabaran, kekreatipan n passion yg tinggi dalam dunia pembuatam apam..

3)kad raya kekasihku
erkkk,pembetulan...kad raya somiku..kalau ada kad raya dari kekasihku pon takkan aku tulis dalam belog...kang pecah rahsia den..

Wednesday, November 14, 2012

Annoying things #6

Yg ni memang betul2 annoying tahap boleh menyirap darah n bernanah telinga..
Ada sorang minah ni kat opis aku, kalau datang time meroyan dia..suka bebenor taip sambil tekan keyboard kuat2, tahap nak tercabut keyboard tu, pastu hempas2 barang, selak kertas kuat2, stapler kuat2...ape kehel nye minah niii...oiiiihhh tensen aku kat belakang ni, macamkan ko sorang je yg buat keje n byk keje...perangai macam budak kecik takdak akai, kata belajar tinggi kemain dok gebang cgpa 3++..puiiiiiiii..
aku kalau dia tak datang rasa amannnnnnn doniaaaaa....
Dia punya meroyannnnn tu, macam kan aku pulak yg bersalah ngan dia.....kemain lah aku puji ko pagi tadi, tetaplah nak meroyan jugakkkk...pffftttt

If you ever read this, mintak mahap lah ye, ketahuilah bahawa kelakuan anda itu sgt immatured n please act as your age.This is honestly from me and please no offence here (but I know you would!)

First time

It was a first time for her, having a proper hair cut..Rambut yg disimpan panjang tu adalah rambut dari dalam perut lagi...bukan tak pernah potong before this, adalah setakat rambut depan n tepi telinga tu..
Masa pegi saloon kecik kat kawasan rumah hari tu, I was expected the same scene macam abang dia dulu,melalak bile time nak potong rambut.Suprisingly, adik was a good girl n behaved masa potong rambut tu.Langsung tak takut n tak tumpah setitik air matapon.Cool je..Mama terkagum kejap...hehehe


Tuesday, November 13, 2012

Fashion Artist:Izara Aishah@redcarpet ASK 2012

ASK 12?Maaf saya tertidur halfway thru, membosankan.Like my friend said, macam pementasan hari guru which was sooooo true..macam majlis anugerah yg x berprestij..
Best dress artist my pick up dari seorg yg bukan fashion expert ni ialah Izara Aishah.
pic kredit to oh bulan.
what do u think?cantik,simple n elegant kan, tapi x sure whether mengikut tema ke tak..yg penting cantik..black will always look good..make up pon cantik...saya sukkaaaa....saya sukkkaaaa...

Monday, November 12, 2012

Last Friday

Icha dah seminggu ++ tak sihat.Batuk-kahak-muntah-cirit-birit on n off..Pagi Jumaat lepas hantar Icha ke Taska,tak sempat kiteorg nak pergi ofis, taska telefon, pagi sahaja, belum sempat makan sudah tercirit 4 kali...haiiihh..tak sampai hati pulak nak tinggalkan kat taska,memandangkan dia dah mcm tu dah nak dekat seminggu maka marilah kita melawat hospital.
Doktor tanya samada nak admit ward ke tak, tak sanggup den nak berumahtangga kat hospital, maka doktor cucuk drip antibiotik saja..first time tangan icha kena cucuk...alahaiiii..maknya kan berhati tisu..kesian n tak sanggup nak tengok tangan kecil dan halus itu di cucuk..kalau sendiri punya tangan pon boleh bergenang airmata time nak kena cucuk, inikan pulak tangan budak kecik...tapi icha good girl, tak nangis walau kena cucuk...

Seminggu tak sihat, seminggu dia x lalu makan, susu buat 150ml, 40 ml je dia minum..makan takat 2,3 suap aje..berat pon dah turun dari 10 kg jadi 9.6kg ..lepastu asek cranky n whiny all the time, kalau kat rumah asek nak didukung sahaja...n nak melekap je ngan mama...haihhhh..susah hati mama tau..pukul 3 pagi tadi bangun muntah lagi...haihhh...Muka pon pucat je...haihh...cepat sembuh ye anak mama, dah lama mama tak tengok Icha menari cucuk bintang tu..

Tuesday, November 6, 2012

Cara Mengira caj pos laju yg betul

Aku rasa ramai yg keliru or tak tahu cara nak mengira caj pos laju yg sebenar-benarnya kan??Kalau anda rasa anda tahu dan anda hanya berpandukan rate yg disediakan oleh pas laju kat web site tu, anda salah..aku pon keliru pada mulanya..yelah sejak2 ada bisnes kecil2 ni, asek dok mengira caj pos laju je..
ada sekali tu, customer from sarawak, kitaorg pon bagitahu lah caj pos based on yg ada kat website, RM 15..tapi time pi timbang kat post office, dannnnnngggg!RM34.rugi disitu.takkan nak mintak balik ngan customer kan..Tapi still x tanya ngan akak kaunter tu, balik aku call call centre, pom pang pom pang...barulah paham...
begini cara kiranya,
Katakanlah nak pos barang berat 2 kg pos ke local town delivery, caj dia

Total kat situ 8.30.
Pastu baju Note kat bawah tu.Note ni yg selalu diabaikan or memang malas nak baca.Termasuk aku.hehe..
Caj 8.30 tu kena tambah lagi dgn 15% fuel surcharge, 10% handling charges n 6% GST.
15% from 8.30 = 1.25
10% from 8.30 = 0.85
6% from 8.30 = 0.50
Total = 8.30+1.25+0.85+0.50 = 10.90
Jadinya, total caj pos bagi local town delivery dgn berat 2 kg = RM10.90

Ada paham?

Film Review:Skyfall

Sape dah tengok.Aku dah tengok;)last friday ngan somi den..punyelah semangat berkobar-kobar nak tengok, seat depan sekali pon bolehhh...kuikuikui..

pop corn baru.manis nak mapus.tapi tetap abis 2 basket tu.
jumpe retis.cuba teka sape??bole tahan gak gediknya..hehe..
My review:Best n citer dia kali ni ada kelainan sikit dari yg lepas2 n full of actions..M dah mati in the end, dan digantikan dengan M yg lain..huhu
Aku memang suka filem James Bond, x penah miss tengok since dari zaman sean connery, eh tipulah, yg lama2 tu aku tengok ulang tayang kat tv je..walaupon yg time sean connery berlakon citernya agak kelakar n gadget pon bodo2 je, tetap layan..
Another thing tentang citer James Bond ni, ialah theme song dia..ada beberapa theme song dari previous movie, yg aku suka..yg latest ni, Skyfall by Adele, owhhh, super duper like!


Another favorites  James Bond Theme song from previous movie

Quantom of Solace

Golden eye

Tomorrow never dies

Katanya somi den, dia pon rasa dia macam James Bond,sebab dia ada lady boss, kalau lady boss assign task kat dia, dia selalu dapat buat.macam mission accomplish gittewww....hehehe, dan2 feeling2 James Bond yek, kamu Jebon sudehhhh...kuikuikui..


Monday, November 5, 2012

JJCM versi kami

Hari tu makan kat Nu-in Little Ipoh,BBB sebab teruja tengok kat JJCM tv3 the previous week..


Laksa Perak.memang rasa ori laksa perak punye.laksa dia lain sikit, sebab halus je.
roti bakar tanjung malim.kaya dia x sama rasa dgn kaya biasa.sedap.
Nasi lemak sambal sotong.sambal sotong outtt.nasi macam x msk.
soya organik + cincau.soya tu soya melilia je.
popia.nothing special.
Komen:Servis adalah sangatttttt lembappppp...aku order roti bakar satu set, fries n popia 2 ketul kemainnnn lah lamaaaa menungguuu, setengah jam kot...waiter ramai, tapi servis tetaplah slowwww..so, this is the first n last..makanan adalah sedap ditahap average sahaja, takde yg meletup kebabommm ponnn!

Friday, November 2, 2012

Whatever

Budak2 sekarang bijak sungguh mem-pick up perkataan yg merapu n x sepatutnya dicakapkan.Anak jantan aku sekarang kemain cakap merapu2..geram sungguh aku.macam nak dicubit2 je.ntah manala dia belajar..
Lately, kalau kiteorg cakap apa2 ngan dia, pantas je jawab, whatever...
hoihhhh...berangin aku...kecik2 dah pandai cakap mcm tu ngan mak pak..tu baru 4 tahun..
young man, don't you dare talk like that to your parent.watch your tounge!kataku macamkan anak aku paham sangat bahasa ingelis sambil angkat rotan tinggi2.hahaha
Tapi series wei, aku memang hangin, sekali dia cakap mcm tu, 2 kali aku cubit, rasakannn..biasa nihhh..

I was eating on a bunch of dead people

Burrrrppp...dappp...dappp...sambil jilat jari..perggghhhh...makan nasik kandar, campuran kari terbaikkkk, the best in town lah, tupasal masa nak membeli ramai org sanggup beratur..lauk feveret, udang besaq sekoq, sayur taugeh lebih, kena pulak ngan telor masin...pergggghhh..sedappp woihhh...licin aku makan (ke melantak?)
sekali tertengok tang surat kabar pembungkusss...aiyakkk, potong sungguh..dan2 aku rasa nak termuntah,kembang tekak..maybe kalau org lain apa ada hal, aku x boleh woiii, geliii mak nok!
surat kabar tu bhg obituari, semua gambo kap.lam.ya.nga. mampuihhh dok tersengihhh...series, macam nak terkeluar nasik kandar yg aku telan tu..me, cannot take it..
takde sensitiviti langsung peniaga nasik kandar ni, agak2 la kan..pelanggan ko mostly muslim melayu..
kalo gambar habang aron ajis yg tersengih tu tak pa la kannnn...pfffttt..
lain kali kalo aku nak beli nasik kandar kat sini, kena check dulu surat kabar tu agar tak kembang tekak selepas makan..huh!

Thursday, November 1, 2012

Nak cepat kaya eh??

Korang penah tak makan kat kedai makan yg pesen kira2 congak harga makanan kite tu??Pastu korang penah tak kena tipu, bile kira balik yg dia kira tu tak sama??penah tak??Aku selalu kena mcm tu, paling banyak makan kat area kg baru, satu kedai ni aku lupe nama apa, tapi agak femes kot, penah masuk JJCM..kedai dia tepi jalan depan tu ada car wash...memang paling byk kena kat sini..tapi walau paling banyak kena tapi aku tak lah jugak serik nak makan kat sini kennn...
kadang2 aku ambik apa la sangat, kemain dia congak2 dannnnnnggggg...nah ko RM20++, setakat amik ikan bakar kembong sekor, sambal belacam ulam2 n ayam seketul/daging ke..mahal kemainnnn...penah lah jugak aku suh waiter lain2 kira makanan aku, dan memang macam2 harga yg aku dapat..aku gi bayo yg paling murah je..tu kalo jenis waiter yg tulis jumlah harga setepek kat kertas, kalau aku rasa curiga, aku panggil je waiter lain..kalo yg jenis rajin tulis atas kertas setiap haraga makanan tu wajib aku kira balik.and setiap kali aku kira balik mesti salah kira..eh, korang jangan le kate aku ni kemut, hehehe, kalau dah beza 4,5 ringgit tu sakit ati le jugaakkkk...kennn..
x paham nape la tokey kedai tak reti nak suh pekerja dia guna kalkulator, mahal sangat ke kalkulator tu..tak penah lagi aku jumpe waiter yg kire pakai calculator, sume main congak jeeee...salahhh pulak tu...dah le yg waiterr tu sume nye indon, bangla or siammmm, camnelah tak salah kira kan..kite sendiri pon curiga dia ni pandai mengira ke tak..ke modus operandi tokey kedai ni memang mcm tu, nak cepat kaya...haiiihhh
Terbaru aku kena makan kat kedai kg cimb kg baru, gerai ujung sekali tepi jln beso tu..makan memang sedap, x dinafikan..waiter sume siam kot, tapi bile dpt bil, mahal boleh tahan, serupe makan kat restoran je, terdetik hati aku nak kira balik, dan sahla memang salah kire, beza RM4...haihhhh..diaorg ni (tokey kedai) ambik mudah je kan, tak terpikir ke pasal halal haram, kalo dah termakan duit customer walau takat rm4,5 je, tu dah kire duit haram..haihhhhh...
harga sebenar yg dipadam tu RM 24.20..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails