Adds by nuffnang

Tuesday, July 12, 2011

Tips berpantang bersalin secara Ceasar

Sekadar berkongsi tips berpantang bagi ibu2 yg bersalin secara pembedahan..Ini adalah pengalaman yg pertama & berpantang sendiri saya..walaupon tak seberapa bak kata omputih sharing is caring...


1. First of all, jangan angkat barang yg berat tidak melebihi berat baby anda..

2. Seboleh2nya tidak membasahkan tempat luka jahitan sekurang2nya selama 2 minggu - sebulan, bergantung pada individu.

3. Jangan memakai seluar dalam yg ketat, seboleh2nya pakai yg sehingga menutupi perut.

4. Utk 2 minggu pertama makanlah ikan haruan sebagai lauk - ikan haruan bagus untuk sembuhkan luka

5. Sambung dengan mengambil supplemen seperti Pati ikan Haruan, Air gamat & juga vitamin C sehingga tempoh sebulan berpantang.Kesemuanya untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka.

6. Selepas melebehi tempoh sebulan, digalakkan untu meneruskan pengambilan supplemen diatas. For me, cukup sekadar mengambil 2 sudu Jeli Gamat setiap hari.


7. Bagi yg menghadapi masalah sembelit, saya syorkan anda mengambil Pil Phytonatal keluaran Nona Roguy.Meneran akibat sembelit di khuatiri akan menjejaskan luka jahitan.

8. Boleh menyapu minyak urut diatas bahagian perut sahaja. Mulakan proses berbengkung dgn menggunakan bengkung moden selepas sebulan berpantang.

9. Boleh berurut asalkan tidak melibatkan kawasan perut & luka jahitan.

10. Sebolehnya tidak mengambil makanan yang mengandungi lada hitam untuk tempoh sebulan, dikhuatiri panas lada hitam boleh menjejaskan luka dalaman.


Ok, itu saja tips dari saya...Pada ibu2 yg bersalin ceasar, jangan takut untuk melalaui proses berpantang, kerana ianya tidak sesukar seperti mana yg disangkakan..

1 comment:

iza said...

Assalam..
Terima kasih atas perkongsian di atas.
Iza tag Su untuk join GA ini.

http://azilas.blogspot.com/2011/07/ga-my-little-secret-fisher-price.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails