Adds by nuffnang

Thursday, September 26, 2013

Sejenis perasaan yg tidak best..

Nak kata baru tahu, tapi dah lama tahu..cuma bile tengok balik pagi tadi, sejenis perasaan itu baru muncul, iaitu perasaan yg tidak best..bile aku google balik url blog aku, then click kat image..Tudiaaaaaa...kuarla sebeban gambar2 aku yg penah aku publish kat entry2 lepas..dan aku mula rasa sejenis perasaan yg tidak best ittewww...
Tidak best sebab, sebab as easy like that, just one click, nahhhh...amik kau, segala mak nenek gambo yg penah ko tepek kat blog semua kuar...kalau gambar lain contohnya makanan ke, aku tak kisah sangat..ni gambo2 family, especially gambo anak2..rasa macam hilang privacy, sebab mudah sangat org nak tengok gambo family kita kat intenet (akibat dari perbuatan kita sendiri)..memang maklumat dihujung jari sungguh, just a single click, kuar le segala mak nenek..
Tak, aku bukan perasan retis ke apa..sebab aku bukan retis la, aku rasa tak sepatutnya nak exposed too much on family, especially gambo2 kan..macam aku cakap, macam hilang privacy..Tapi nak buat camne, dah aku berblog hanya bercerita pasal kehidupan harian yg berkaitan ngan family, so haruslah tepek gambo kan..kang tak berseri pulak entry aku tanpa gambo....Tapi tulah, bile google sendiri...alahaiiiii..bersepahnya gambo..
Bukan apa, dunia sekarang ni macam2..penah jadi pada blogger2 sebelum ni yg org lain curi gambo diaorg, pastu buat citer or bubuh caption yg bukan2..contohnya, ada sorang blogger fofular ni yg teleh tepek gambo anak dia sakit kat spital, tup tup heboh kat fb, konon kata budak tu kena dera kat mak bapak...kang dah naya kat situ, n some more boleh mengundang fitnah n caci maki..Ada pulak, yg suka-suki curik gambo org lain nak buat jadik model produk jualan..tu belum kes curik gambo utk create fake profile kat fb or blog...haihhh...even kalo dah watermark gambo pon,still diaorg boleh crop..
Tak mustahil, sekali aku google, tengok2 gambo anak2 aku tetiba dah jadi anak org lain kat blog org lain, in this case org tu cuba create fake profile la n everything is fake, ini pon penah jadik kat sorang blogger fofular..Tak, aku bukan perasan blogger fofular, tapi benda ni tak mustahil jadik walaopon kat bukan blogger fofular, sebabnya lagi senang kot, susah sikit org nak detect whether this person/blog ni fake or not..
Beringat sebelum terkena..
Nantilah, slowly aku kan remove gambo2 dari entry2 yg lepas..Lagipon, nasiblah sekarang ni aku hanya fokus kat blog saja, no more others social media..bayangkan kalo semua aku tepek gambo, kat fb, my space,insta, keek ...huhhh..lagi poning den!To kawan2 yg takde blog, tapi active kat social media yg lain2 tu, sama lah jugak risikonya ye, walaupon ko dah bubuh segala private setting bagai, tapi still mende tu boleh hack..Dah katenye dunia internet ni dunia tanpa sempadan..so everything is possible...

Bersepah, and I is dont like!Tapi tulah kang, kalu bercerita tak tepek gambo macam tak best pulak..or should I blur kan saja gambo2 tu or just edit in black n white??






No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails