Syukur, pernah diberi peluang bekerja makan gaji, walau gaji tak besar mana, tapi syukurlah, ada orang langsung tak pernah berpeluang bekerja
Syukur, pernah merasa bonus2 yg agak besar, walaupon tak sebesar manapon, tapi syukurlah, ada org langsung tak berpeluang menikmatinya
Syukur, kerana dulu dapat menimba pengalaman di one of the leading telco in Malaysia, walau setakat kuli sahaja, tapi syukurlah, kerana ada orang yg bercita2 nak masuk kesitu tapi masih lagi tak kesampaian
Syukur kerana ada jugak suami, walaupon suami tak la kaya mana, tak la hensem pon, tapi syukurlah, ada org yg masih lg belum bertemu jodoh
Syukur, dikurniakan rezeki anak2, walaupon penatnya Allah shj yg tahu, tapi syukurlah, ada org yg masih lagi menuggu rezeki dikurniakan zuriat
Syukur, dikurniakan anak2 lelaki dan perempuan, walaupon letih melayan pe'el yg mcm2, tapi syukurlah, ada org hanya ada anak perempuan atau anak lelaki sahaja
Syukurlah, kerana diberi peluang menjaga anak2 sendiri, walaupon masa seakan tak cukup 24 jam, tapi syukurlah, diluar sana betapa ramai ibu2 yg ingin menjaga anak mereka sendiri, tapi masih lagi tidak dapat bebrbuat demikian
Syukurlah, wlaupon tidak kaya, tapi masih lagi cukup makan minum, ada org yg diluar sana masih tidak bernasib baik
Syukurlah, dapat memandu kereta kecik sahaja, ada org diluar sana masih lagi berhujan, berpanas
Syukur, ada rezeki berumah sendiri, walau masih berhutang bank, tapi syukurlah, ada orang masih lagi bergelandangan
Syukur atas segala nikmatMU yg tak terhingga Ya Allah, rezeki yg baik atau rezeki yg tidak baik..Aku tetap terus bersyukur.Alhamdullillah
No comments:
Post a Comment