Adds by nuffnang

Friday, June 29, 2012

Keras Tangan

Ari ni ada birthday celebration kat Taska anak aku untuk sape yg besday dari bulan 4-6.So selaku mak yg terover excited aku pon prepare lah goody bags untuk di agihkan kat kawan2 Taska diaorg.Sebab aku perasan yg aku ni kreatip (kreatip lah sangat) maka dgn rajin nye aku buat felt craft utk disumbat sekali dalam goody bags tu.Perancangannya dah lama tak oleh kerana aku bz bee, maka ini sajalah yg termampu dihasilkan..Fridge magnet kekononnya...


Hehehe, macamlah bebudak tu heran sangat ye dengan keras tangan ko ni kiah...takpelah anak2, kalo tak suke bole buang saja, kalo suke bolela suruh mak2 korang tempek kat fridge ye.lagipon mokcik tahu, kerastangan mokcik ni takde la awesome sangat.Jahitan pon horrible (sebab baru belajar tak sampai seminggu).Tapi sebab mokcik perasan yg mokcik ni kreatip plus mokcik memang suke buat keje2 buang2 masa macam ni, tu yg mokcik gigih jugak jahit konon2 fridge magnet ni.

Lastly, nilah hasil bersengkang mata menyiapkan goody bags.Kita guna je apa yg ada.



P/S:June is almost finish, July is approaching.Soon, Ramadhan is coming.*sigh*.Cepat sungguh masa berlalu.Dah abis setengah tahun.

Wednesday, June 27, 2012

The Lady:Film review

Have you watched this film?If you are someone that into history and politics, this is the right one for you.
This film is really inspiring.I never bother to get to know who is Aung San Suu Kyi before, just recognized her name but never have intention to dig up further info. My perspective changed after watched this movie and ?I went straight away Google-ing about her to know more.All I can say is, Our proud Malaysian born actress, Michelle Yeoh did an awesome job in this movie.She looks so much like the real Aung San Suu Kyi.The rest of the cast also perfectly selected.For those who yet to watch this movie, you better to do so.I promise, it won't let you down.To Aung San Suu Kyi, she is really one true lady.

Monday, June 25, 2012

Menu of the weekend

Menu minum petang

Choclate muffin


Super sedap weh!n super senang nak buat.TQ to tuan recipe sebab share this superb choc muffin recipe.you guys should try this.


Bahan-bahan ( 10 biji )
·         200g coklat masakan
·         70g mentega
·         2 biji telur
·         50g gula halus
·         60g tepung gandum
·         1 sudu kecil baking powder
Cara-cara
1.     Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
2.     Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
3.    Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
4.     Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
5.     Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
6.    Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
7.    Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

****sumber dari Myresepi

Apam beras

Tapi apam beras versi tak menjadi.rasa ada tapi apasal apam aku turn out to be kuih lompang??So aku rasa kesalahan dia maybe dekat Yis tu, aku letak ibu roti (bukan sama ke?)pastu aku tak perap dengan kekdah yg betul kot..



Bahan-bahan ( 5 org )

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

***sumber dari Myresepi.TQ to tuan recipe.



Friday, June 22, 2012

Tolong ingatkan aku

We're in the month of Syaaban now.How fast time flies.Tak sampai sebulan lagi dah nak Ramadhan pastu raya pulak sebulan.Dulu2 masa kecik2 jahil sikit kalendar Islam tak hapal.tahu2 dah ramadhan.Kalau dengar org2 tua cakap nisfu syaaban, ohhh...ni mesti dekat nak puasa dah..Dulu masa kecik, after my mom died, aku dok ngan tok (nenek).So setiap kali nisfu syaaban, kena paksa baca yasin dengan tok.masa tu tak tau nisfu syaaban tu apa n kenapa kena baca yasin.3 kali pulak tu.kering tekak aku.kebas bontot segala.Tapi sepanjang dok ngan tok memang tak penah miss baca yasin bile nisfu syaaban.
Bile dah besar, dah dok jauh ngan tok sebab masuk U n pastu tok meninggal, setiap tahun asek terlupa saja malam nisfu syaaban.*sigh*....-___-
Dah tua2 ni n ditambah rasa ingin menambah ilmu agama yg tak seberapa itu, maka sendiri google apa kelebihan malam nisfu syaaban.Malam yg hanya datang sekali sahaja setahun, maka tak patutnya terlepas peluang itu.Jadi, tak mahu asek terlepas lagi malam nisfu syaaban seperti tahun2 yg lepas, kawan2, tolong ingatkan aku...

Antara kelebihan Nisfu Syaaban
Nisfu Syaaban juga adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu solat Maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk Maghrib).
Selesai sembahyang Maghrib hendaklah membaca Yasin dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan niat minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.

sumber dari dakwah[.]org



Thursday, June 21, 2012

Mari kita menonton wayang percuma
















Sabtu minggu lepas, pegi tgk wayang free kat KLCC.Madagascar 3.Tiket free ehsan dari kompeni tempat mencari sesuap nasik.Sebagai seorg yg suke pada benda free, maka peluang ini harus dirembat.citer kartun kena bawak anak sekali.walaupon masih ragu2 nak bawak abg (adik kena tinggal) takut sejarah mungkin berulang.Penah bawak abg nak tengok wayang dulu, citer apa ntah dah lupe,siap beli tiket 3D 25 hengget satu, masuk wayang tak sampai 5 minit,dia menjerit2 menangis2  takut sebab bunyi kuat n gelap.Terpaksa kitaorg keluar n babai sajalah.Lupakanlah saja hasrat murni nak menonton wayang sekeluarga.Tapi dah dapat tiket free n popcorn small size free, cuba sajalah.kalau dia buat perangai lagi, kita balik saja.bukan rugi duit tiket wayangpon.
On the screening day, sampai of courselah lambat, bukan sebab jalan jem, tapi memang dah tebiat lambat memang tak boleh buat apalah.Maka padan dengan muka terimalah sederet seat row yg paling depan.merasalah sakit tengkok tengok wayang selama 2 jam.
10 minit pertama dia well behaved, tapi jgn tertipu, lagi 1 jam 50 minit macam2 aksi dia.Dia pegi main depan tu, pegi main kat exit door, main kat tangga, try semua seat kat depan tu, mulut potpet potpet, kalau bercakap tu sore kena sentiasa high pitch and the best part was, tengah2 syok tengok, dia boleh dengan sore high pitch dia bagitahu, ayah, nak berak...tssssskkkk spoil betullah...*anak sapela ni*
Abis wayang, tak dan nak dengar lagu ending tu, kitaorg laju2 kuar panggung tak pusing belakang dah *malu  weihh*
Komen Madagascar 3?Aku takler minat sangat, tapi one thing yg paling diingati n paling sinonim ngan madagascar ialah, the dance part.Tapi nan ado dalam Madagascar 3.frust den.Overall bolehla,ada part yg lawak, ada part yg boring jugak.

Wednesday, June 20, 2012

Wordless Wednesday

Pipi sape yg paling tembun???

calon 1

calon 2

Monday, June 18, 2012

Menu of the weekend

Mari kita lihat apa menu hujung minggu untuk santapan Puan Suhaila sekeluarga (ayat majalah).

Menu Makan Tengahari
TomYam campur














Tom yam ni saya tak gunakan paste tom yam.Resepi ni saya belajar dari housemate masa menyewa di Pantai Dalam dulu yg sgt pandai masak.

Bahan2
1. Serai - ketuk
2.Bawang Putih - ketuk
3.Daun limau purut
4.Jus Limau nipis
5.Cili api - ketuk
6.Sayur2 yg mana anda suka
7.Ayam/sotong/udang
8.Bawang Holland - mayang kasar
9.Tomato

Cara2
Tumiskan Serai n bawang putih sampai naik bau.Pastu masukkan ayam/sotong.Tumis sekejap.masukkan air.
Masukkan jus limau nipis,sayur2 dan daun limau purut.Rebus sehingga sayur hampir masak.
Masukkan udang, cili api, garam n serbuk perasa.
Masukkan bawang dan Tomato.

* kena pandai adjustkan antara serai , daun limau purut  & jus limau nipis untuk mendapatkan rasa tom yam tu.kalau mahu pedas lebihkan cili api.kalau nak tom yam putih tak payah letak cili boh.kalau nak tom yam merah letakkan cili boh sikit.

Menu Tea time
Puding Buah Sos kastad














Puding
Bahan2
Sebungkus agar2
Fruit cocktail
1/2 tin susu cair
secawan gula
2-3 sudu makan tepung kastad
2 biji telur

Cara2
Masakkan agar, bila mendidih masukkan gula
Masukkan susu, tunggu hingga mendidih
masukkan telur yg dipukul dgn kastad
kacau hingga sebati
masukkan fruit cocktail

Sos kastad
Bahan2
Susu cair 1 tin
Gula 2 sudu makan
Tepug Kastad 2 sudu makan

Cara2
Panaskan susu cair dan gula, kacau hingga gula larut.
Masukkan tepung kastad, kacau hingga sebati

Bubur pulut hitam














Bahan2
Beras pulut hitam (direndam semalaman, di basuh n toskan)
Daun pandan
Gula Melaka
Santan

Cara2
Masak beras dengan air lebih 2-3 inci
Bila beras pulut sudah masak, masukkan daun pandan dan gula melaka
Masukkan santan kacau hingga agak pekat
Boleh dihidang dengan susu

***Resepi sumber dari Myresepi.TQ tuan resepi.
***Baru teringat nak copy resepi kat blog, bile nak buat balik takdela susah payah kena cari balik
***34 menu's to go

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails