Adds by nuffnang

Monday, June 25, 2012

Menu of the weekend

Menu minum petang

Choclate muffin


Super sedap weh!n super senang nak buat.TQ to tuan recipe sebab share this superb choc muffin recipe.you guys should try this.


Bahan-bahan ( 10 biji )
·         200g coklat masakan
·         70g mentega
·         2 biji telur
·         50g gula halus
·         60g tepung gandum
·         1 sudu kecil baking powder
Cara-cara
1.     Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
2.     Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
3.    Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
4.     Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
5.     Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
6.    Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
7.    Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

****sumber dari Myresepi

Apam beras

Tapi apam beras versi tak menjadi.rasa ada tapi apasal apam aku turn out to be kuih lompang??So aku rasa kesalahan dia maybe dekat Yis tu, aku letak ibu roti (bukan sama ke?)pastu aku tak perap dengan kekdah yg betul kot..



Bahan-bahan ( 5 org )

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

***sumber dari Myresepi.TQ to tuan recipe.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails