Adds by nuffnang

Monday, June 18, 2012

Menu of the weekend

Mari kita lihat apa menu hujung minggu untuk santapan Puan Suhaila sekeluarga (ayat majalah).

Menu Makan Tengahari
TomYam campur














Tom yam ni saya tak gunakan paste tom yam.Resepi ni saya belajar dari housemate masa menyewa di Pantai Dalam dulu yg sgt pandai masak.

Bahan2
1. Serai - ketuk
2.Bawang Putih - ketuk
3.Daun limau purut
4.Jus Limau nipis
5.Cili api - ketuk
6.Sayur2 yg mana anda suka
7.Ayam/sotong/udang
8.Bawang Holland - mayang kasar
9.Tomato

Cara2
Tumiskan Serai n bawang putih sampai naik bau.Pastu masukkan ayam/sotong.Tumis sekejap.masukkan air.
Masukkan jus limau nipis,sayur2 dan daun limau purut.Rebus sehingga sayur hampir masak.
Masukkan udang, cili api, garam n serbuk perasa.
Masukkan bawang dan Tomato.

* kena pandai adjustkan antara serai , daun limau purut  & jus limau nipis untuk mendapatkan rasa tom yam tu.kalau mahu pedas lebihkan cili api.kalau nak tom yam putih tak payah letak cili boh.kalau nak tom yam merah letakkan cili boh sikit.

Menu Tea time
Puding Buah Sos kastad














Puding
Bahan2
Sebungkus agar2
Fruit cocktail
1/2 tin susu cair
secawan gula
2-3 sudu makan tepung kastad
2 biji telur

Cara2
Masakkan agar, bila mendidih masukkan gula
Masukkan susu, tunggu hingga mendidih
masukkan telur yg dipukul dgn kastad
kacau hingga sebati
masukkan fruit cocktail

Sos kastad
Bahan2
Susu cair 1 tin
Gula 2 sudu makan
Tepug Kastad 2 sudu makan

Cara2
Panaskan susu cair dan gula, kacau hingga gula larut.
Masukkan tepung kastad, kacau hingga sebati

Bubur pulut hitam














Bahan2
Beras pulut hitam (direndam semalaman, di basuh n toskan)
Daun pandan
Gula Melaka
Santan

Cara2
Masak beras dengan air lebih 2-3 inci
Bila beras pulut sudah masak, masukkan daun pandan dan gula melaka
Masukkan santan kacau hingga agak pekat
Boleh dihidang dengan susu

***Resepi sumber dari Myresepi.TQ tuan resepi.
***Baru teringat nak copy resepi kat blog, bile nak buat balik takdela susah payah kena cari balik
***34 menu's to go

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails