Adds by nuffnang

Tuesday, September 21, 2010

Wajib singgah..

Setiap kali pulang ke Kuala Trg dari kampung husben, kami wajib singgah di satu kedai makan ni dekat Pantai Setiu untuk menikmati hidangan sotong goreng tepung yg sgt enak...Nama kedai ni saya lupa, tapi boleh cam la kedai ni sebab dia adalah kedai pertama yg kita akan jumpa apabila melalui jalan pantai setiu disamping lokasinya yg strategik gitu...
So, menu wajib kami adalah, sotong goreng tepung ini yg sgt enak dan teramat la fresh isinya...

Pastu makan ditemani sepinggan mee goreng....

dan juga sambil menghirup air kelapa yg manis dan mengunyah keropok lekor(tiada dalam gambar, lupa nak amik)...soooodappppp.....
sambil2 tu boleh menikmati keindahan pantai setiu dan angin pantai bertiup sepoi2 bahasa...pergghhh...

Pengunjung kedai ini sangatler ramai...selain sotong goreng tepung, ada jugak ikan goreng tepung...pon sodapp, fresh isi ikannya...


P/S:kawan2 sila la cuba makan disini..

1 comment:

Sricahaya said...

sedapnya sotong goreng tepung tu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails