Adds by nuffnang

Friday, December 30, 2011

Hari-hari terakhir 2012

Kurang dari 48 jam lagi kita nak melangkah ke tahun 2012.Opis ari ni senyap dan sunyi coz dah ramai orang cuti.So utk org yg cutinya dah nan-ado macam aku nih, gigih la bekerja hingga ke titisan terakhir.Macam biasalah, bila masuk tahun baru,mesti ada azam baru.Actually, aku nak letak tajuk post ni Azam baru 2012,hehe..tapi nampak stereotype sangat.Asal tahun baru je, mesti ada tajuk post azam tahun baru..kannn...
tapi point utama post aku hari ni memang nak citer pasal azam baru tahun 2012 pon..
Eh, azam baru ke?aku rasa sebenarnya azam lama yg aku carry forward tetiap tahun..hehehe..
Kalo tahun2 sebelum ni, aku punya list azam baru mesti panjang berjela..pikir2 balik aku rasa aku (dulu2) konpius antara azam dgn kehendak/keperluan utk tahun baru..so untuk this coming soon new year, aku dah narrow down kepada 4, ye EMPAT SAHAJA azam yg betul2 aku berazam untuk melakukan dengan jayanya di tahun 2012...

1.KURUS-azam yg dah 4 tahun yg lalu tapi tak pass2, so aku nak make sure next year capai target nak kurus nih
2.DRIVE-hehehe..bawak tu memang bole, tapi setakat dari rumah ke Taska.atas jalan raya sebenarnya belum lagi.so, next year at least aku nak berani bawak kete paling koman pon sampai LRT bukit jalil tuh je..
3.MONEY-maksudnya nak menambah pendapatan.Insyaallah, kalo bole nak la ada side income..
4.AMAL IBADAT-menambahbaik mana2 yg terkurang sebelum ni

Semoga by end of 2012, semua azam2 tersebut tercapai..

Thursday, December 29, 2011

Cerita hari ini...

baca sms yg last.that was the nicest sms replied that i got from my boss.sbl ni setakat 'ok' or paling busuk pon 'k'je. ari ni terpanjang pulak sms dia. thanks boss krn memahami eventhough cuti saya dah memang nyawa2 ikan je. jangan nanti esok2 bila saya masuk keje boss buat muka ketat sudehhh...



back
to my daughter's condition,dia still demam on off.semalam asma yg agak teruk. agak bosan sebenarnya bila pegi hospital doc dok explain benda yg sama. dah 3 buah hospital kitaorg pegi. sama jugak ceritanya.balik2 doc ckp asma, resdung,eczema adalah satu geng. parents yg ada salah satu ank mungkin akan inherit.hmmmmm...nak buat camne kalo dah macam tu penyakitnya. abg dulu ada eczema,skrg adik ada asma.mama pakej 3 in 1. semua ada. huhuhu.redha je lah. penyakit tuhan nak bagi.

Friday, December 23, 2011

Another new gadget

^_______________^
Sebelum citer apa2 meh kita senyum lebar dulu..
hoyeahhh..saya dah melaburkan duit utk membeli Ipad,  eh salah..Samsung Tab7Plus ajeee...iyolaa,mak tak mampu nak beli Ipad ke, IPhone4s ke..ini jela yg mampu, nipon dikira pelaburan yg berisiko jugak..sebab belum tentu lagi nasib cemana next year..kang tak pasal2 kena jual balik tab nih..mintak2 dijauhkan lah ye..
apa2pon org yg paling gumbira sudah tentula si anaknya..belum apa2 dia dah rasmi dulu...


















ce citer sikit apa ke bestnya Samsung Tab 7 Plus ni..


















Masa nak beli tu ragu2 jugak..niat asal nak beli Tab 8.9, besar sikit screen dia..tapi bila pikir2, n my friend pon suggest yg ni,so terbeli lah yg ni..Tab 7 plus lagi updated than Tab 8.9 (boleh google sendiri specification dia,mls nak mention kat sini).Tab 7 Plus boleh buat call jugak, compared to Tab 10.1 & 8.9.So Tab ni bole la digunakan utk call kalo emergency, somemore, ianya kecik & slim senang sikit nak usung sana sini.Just nice utk browse internet & main game.


Thursday, December 22, 2011

Review Safi Rania Gold











I've been using this product for a month now.Actually, saya tak guna the whole set.Just the cleansers,toner & eye cream sahaja.Here's my review;

1)Facial Wash cream - biasa je
2)Deep Cleansing Gel - really,really like this gel.My skin felt fresh,smooth & moisture after using it.seriuosly, tak tipu taww..yg best jugak sebab gel dia color gold giteww..
3)Face Scrub - yg ni pon best..
4)Toner - so-so..bolela, tapi bau dia saya kurang gemor sikit
5)Eye Contouring cream - If used consistently, I can see the result my eyes ada kurang sikit dark spot dia..Kalo ko guna kejap guna,kejap tak..tak dapek nak nolong, mata tetaplah mata panda jugak..

Keseluruhannya aku suka,kulit aku dah kurang kusam compared to before.

P/S:Sekarang tak perlu gi jumpa bomoh nak pakai susuk2 emas,dah ada susuk jaman moden nih..

Wednesday, December 21, 2011

Bagaimana menjaga anak yang demam
















I am not a doctor..but what I'm gonna write & share here is based on my experience taking care of my children while they were on fever.Both of my kiddos memang agak kerap demam,maybe sebab mereka masih kecil dan antibodi pon tak kuat maka mereka senang kena demam compared to us, adults.My husband is not a type of keen to take them to hospital everytime they got fever, but he prefer to take care and monitor the kids at home.Of course la bila diaorg demam SAHAJA so we prefer untuk jaga & monitor kat rumah..TAPI kalau disertai dengan sakit lain seperti muntah, diarrohea etc haruslah kitaorg bawak the kiddos to hospital jugak..

Pengalaman bawak Abang to hospital & kena warded - dah 2 kali (masa tu dia demam sahaja). Dok overnight sahaja, the next day dah tak demam.Bil hospital tak payah cakapla.beribu la jugakwalaupon setakat overnight je..satu lagi bila masuk hospital ni agak leceh sikit especially kalo dah ada anak kecik balik ni..bukan leceh takat tu aje..leceh tang nak uruskan GL pon boleh bikin hangin satu badan jugak..Apa yg saya peratikan, knp bila masuk hospital je esok anak saya mesti baik segar-bugar je..ialah pemakanan ubat yg konsisten..sepanjang  kat hospital doctor or nurses takde buat checkup@ apa2 yg extrala..just makan ubat on time..so, the key here is pengambilan ubat (ubat demam & antibiotik) yg konsisten maksudnya on time.Kebiasaannya ubat demam akan berkesan dalam tempoh 4-6 jam.So, apa yg kami buat apabila anak2 demam ialah make sure ubat demam diambil setiap 4 - 6 jam.Antibiotik pulak mengikut arahan dari doctor kat klinik.Kalau 3 kali sehari, maka setiap 8 jam.Lepas tu, kami akan monitor & monitor suhu badan anak2.Mak dia lagi teruk, sampai tahap every half an hour nak check suhu..jakun kot ngan termometer tu..yelah,dolu2 mana ada menatang ni. Pastu tempek la segala cool fever kat dahi & jangan lupa kat belakang jugak.Yg ni pulak bapak dia rajin buat & memang menjadi kepakaran dia.Kalau bahasa kampung kitaorg di panggil 'jerlum'.Jerlum @ lap2 lah badan anak2 dengan air asam jawa dari hujung rambut hingga hujung kaki sekerap yg boleh.Air Asam jawa berfungsi menyejukkan badan.The last thing is pray & pray.Mohonlah pada Allah semoga anak cepat sembuh.Namun begitu,hati ibu bapak mana yg tak rungsing kalo anak mereka sakit, tapi kitaorg kalau boleh cuba elakkan dari kena tahan kat hospital selagi keadaan masih boleh dikawal.
Parents yg lain macam mana pulak..

P/S:Sekarang musim demam kan..Both my kiddos pon baru je baik demam..

Tuesday, December 20, 2011

Review Majalah Lisa

Have you checked out this new bie magz in our market?Baru tak barupon dah keluar 3 edisi..the latest one with Shila Amzah on cover.
Content dia ok jugak.Ada tips kecantikan, mekap, pakaian & cerita artis jugak..
Kelainannya, ianya turut memuatkan Tips dapur & resepi..

For those readers of Eh! & Intrend,you might like this one too..with RM3.90,okla, worth to buy.

Monday, December 19, 2011

Got lucky!

Remember the dinner function that we attended the other day...We been hit by luck anyway,actually was our first time got lucky in lucky draw..Alhamdullillah.rejeki.walaupon tak banyak.So, ini yg kami dapat..
Voucher RM100 @ Jaya Jusco.Sebenarnya ada 2 options, Metro Jaya or Jaya Jusco.We chose Jaya Jusco sebab ni la tempat shopping kitaorg every month.Metro Jaya kurang gemor.Tak tunggu lama untuk menghabiskan voucher ni..maka inilah hasilnya dari RM 100 tersebut..

Semua org dapat bahagian masing2..tapi takat baju je lah...;p

Friday, December 16, 2011

12 Makanan kegemaran Rasulullah S.A.W


12 Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W.
by Aliuddin Azmi on Saturday, October 29, 2011 at 10:03am
1. Barli - baik untuk demam, ketika dihidangkan dalam bentuk sup. ia mrupakan penyejuk badan
 2. Kurma - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Barangsiapa di dalam rumahnya tiada tamar(kurma), rumahnya seperti tiada makanan", ia juga baik dimakan ketika mengandung.
 3. Buah Tin - ia merupakan buah daripada syurga dan penawar bagi penyakit buasir.
 4. Anggur - Rasulullah S.A.W. sangat gemar akan anggur. Ia membersihkan darah, membekalkan tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang, dan mencuci usus.
 5. Madu - dianggap penawar terbaik bagi cirit-birit apabila dicampur dengan air panas. Ia digunakan untuk membangkitkan selera, menguatkan perut, menghapuskan kahak; sebagai pengawet daging, perapi rambut, penenang mata, dan pencuci mulut. Ia sangat berkhasiat digunakan pada waktu pagi bersama air suam.
 6. Semua Jenis Tembikai - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Tiada seorangpun wanita yang mengandung  dan memakan tembikai akan gagal menghasilkan zuriat yang baik wajahnya dan baik juga kelakuannya".
 7. Susu - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa susu menghilangkan haba daripada hati sama seperti jari menghilangkan peluh di kening. Ia menguatkan tulang belakang, mencerdaskan otak, memperbaiki penglihatan, dan menjauhkan daripada nyanyuk.
 8. Cendawan - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa cendawan ialah ubat yang baik untuk mata; ia juga bertindak sebagai kawalan kelahiran dan menahan daripada lumpuh.
 9. Minyak Zaitun - rawatan yang hebat bagi kulit dan rambut, melambatkan penuaan, dan merawat radang perut.
 10. Delima - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa ia membersihkan kamu daripada gangguan jahat syaitan selama 40 hari.
 11. Cuka - makanan yang Rasulullah S.A.W. suka makan bersama minyak zaitun (ianya kini menjadi menu di restoran elit di Itali)
 12. Air - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Minuman terbaik di dunia ialah air, apabila kamu rasa dahaga minum ia dengan menghirup dan bukan dengan melanggah, melanggah menyebabkan kesakitan pada paru-paru".
 ***Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.
 Sesungguhnya Allah baik dan tidak mengabulkan (menerima) kecuali yang baik-baik. Allah menyuruh orang mukmin sebagaimana Dia menyuruh kepada para rasul, seperti firmanNya dalam surat Al Mukminun ayat 52: “Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan-makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal yang shaleh.” Allah juga berfirman dalam surat Al Baqarah 172: “Hai orang-orang yang beriman makanlah di antara rezeki yang baik-baik.” Kemudian Rasulullah menyebut seorang yang melakukan perjalanan jauh, rambutnya kusut dan wajahnya kotor penuh debu menadahkan tangannya ke langit seraya berseru: “Ya Robbku, Ya Robbku”, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia diberi makan dari yang haram pula. Jika begitu bagaimana Allah akan mengabulkan doanya? (HR. Muslim)

***source taken from FB  Aliuddin Azm

Thursday, December 15, 2011

My Uni-buddy's Wedding Reception

On Saturday 10.12.2011 we went to my Uni-Buddy, Sara's wedding reception.It was held at Dewan Datuk Jamil Kem Sg Besi.Last time jumpa Sara masa tahun 2006 before aku kawin lagi.Dah 5 tahun tak jumpa eventhough memasing dok kat KL je.

Ni yg lagi 2 org nih,si Ira n Nida lagi lah tak penah jumpa since our convocation..teruk betoll..padahal memasing ada je kat KL nih..nasib baikla zaman sekarang ada FB, boleh gak connected kat situ..kalo tak memang dah lama lost contact..Ira n Nida..still the same..korang ni bile lagi nak kawin..

Wif Ira & Nida..
Us wif Sara..
Us wif the newly wed..
Congratulation once again to Sara & Syam!

Wednesday, December 14, 2011

Dinner Function

 Ni last week punya cerita daaa...Attended dinner function anjuran kompeni tempat somi bekerja..menariknya sebab staff bole bawak spouse memasing..yg bawak anak2 sekali pon ada..was held at M'sia International Event & Convention Centre (MIECC) @ Mines, sebelah dengan The Mines tu..yg tak berapa nak best sebab tempat yg sama dgn kompeni tempat aku kerja buat dinner last year..huh, tak berkembang langsung
posing dalam kete on d way nak pegi.pakai kaftan n shawl bunga sekuntum .ni je baju paling vo-gueh yg aku ada.ujung2 tahun ni mana nak ada duit nak beli baju lip-lap-lip-lap
MIECC

host-Farouk Hussin - funny man..
host - Sharifah Shahira

Starter - bun yg sodap.tengok ler susunan sudu garpu yg berterabur tu
Mushroom Soup yg sgt sedap.First time makan Mushroom soup yg diletak seafood.Highlite of d nite.
Main Course
All in one plate.Udang masak oyster.Fish Fillet percik.Ayam goreng rempah.Mix vegie.Kerabu  Pelam.yg aku x makan daging black pepper n curry lamb.sume ni biasa2 aje.
Fresh fruits.
Laici n Kelapa Laut.Sodapp.
Macam meriah di luar dewan coz ada red carpet..bole feeling2 retis sambil jalan kat red carpet nih..
 Keseluruhannya dinner nih amat membosankan.kompeni nak cut cost agaknya sebab suh staff sendiri buat persembahan.dah ler persembahan sumenya meleret2, jenuh aku nak tunggu.ingat nak tengok adibah noor buat persembahan (which the only celebrity yg dijemput),tapi tak larat nak tunggu dah, kami chowww awal.Keadaan dlm dewan amat kelam kabut, dengan waiters yg mostly nye bangla tak reti cakap melayu berlari sana-sini sampai tumpah2 makanan.dah ler setiap kump staff yg performed tu buat tarian india, bangla2 tu dok tercangak tengok..hamboiiii2..


Tuesday, December 13, 2011

Roti sedap

Korang sume dah tahu ke aku sorang je yg tak aware..ada roti baru kat pasaran..Roti Massimo..Dibuat dari wheat germ...seriously memang sedap..jauh lagi sedap dari roti gardenia n high 5 tu..loaf dia tebal n sgt lembut..pasni no more gardenia..wa nak layan massimo je, tapi mcm susah jugak nak dapat, tak semua kedai jual roti nih..Introductry price dia RM2.50..

credit pic to.sharinginfoz.blogspot

P/S:Macam nama satu men's wear punya brand je, massimo duti..


Monday, December 12, 2011

Internet banking scam

Hati2 ye kawan..The latest is my office mate just lost her RM 500 a few days ago.It took only one second to lose whatever amount that u have in your bank account.Don't get duped whenever u received email claimed from your registered bank.Double check first before you click.The email seems sooooo real...another friend of mine also terkena dgn m2u fake scam email..

Friday, December 9, 2011

Siapa rakan-rakan anda di facebook?


Semua org ada fb sekarang.Nenek kat kampung pon tahu fb tu apa.Anak saya yg umor 3++pon tahu berfb.Masa mula2 bukak akaun fb saya agak jakun, nak berfb manjang.Tapi sekarang tak de la 24 jam nak berfb, it a must dalam masa sehari mesti nak jenguk fb jugak.Dolu2 semua org aku nak add.Kawan masa Tadika, orang kampung yg tak berapa nak kenal,kawan kepada kawan2,orang yg langsung tak kenal,kawan yg dulunya bergaduh..kengkonon nak menambah jumlah kawan..Macam jejak kasih pon ada..memula tu excited jugak sebab dapat tahu perkembangan kawan2 dari jaman tadika sampai ke kawan2 jaman universiti yg dah lama lost contact..Tapi lama2 aku yg jadik rimas n pening...ada org add kita dengan niat lain.kawan yg lama lost contact add kita bukan pasal ingatan as a friend, tapi rupanya untuk promote MLM & bisness dia.Hari2 penuhla wall dok baca post dia pasal produk n bissnes dia.Pastu kalo ada kawan dari bangsa lain yg terlalu obsess ngan agama dia, hari2 dok post pasal tuhan/dewa dia..heh, sentiviti agama kena la jaga, kalo tak jgnla add kawan dari agama/bangsa lain..pening aku nak kena hadap..satu lagi bila nak kena baca status yg macam2 dari kawan2 facebook..kalo baca status dr kawan2 lama n tak berapa rapat ni macam tak kena pulak rasanya, bagi akula..sebab aku bukannya nak tahu or ambik tahu sangat pasal diaorng ni...Ada jugak yg pesen suka main game kat fb pastu dok post setiap masa dah level brp dia main,dah berjaya buat apa..pleaseee..
Sekarang macam2 org boleh buat dgn fb.Penah baca kat paper dulu ada org kena santau dgn hanya ambik gambo yg di upload kat fb.The latest, kisah sorg budak yg dicuri identiti n gambo kat fb digunakan utk buat blog palsu.last sekali dia yg kena hentam.
Sekarang ni aku lebih selesa downsizekan aku punya kawan2 kat fb..mostly yg ada kat fb sekarang kawan yg present n close ngan kita..bukan apa kdg2 kita guna fb sbg medium meluahkan perasaan, takkan kita nak sume org tahukan...pastu gambar2 personal tu, tak best rasanya kalo org yg tak berapa rapat, tengok gambar kita..sekarang macam2 bole jadi, kita tak tahu hati org,niat org baik ke sebaliknya...lainla kalo aku ni retiskan...harusla aku nak satu donia tahu pasal aku...so bagi aku tak perlu nak hipokrit,unfriend dengan sapa2 yg aku rasa aku tak perlu nak ambik tahu, biarla tak ramai kawan kat fb, as long as aku rasa selesa n tak sesak pale otak aku.
Just my point of view, how about u?

Thursday, December 8, 2011

Attended Conference

Been selected by my Boss to attend 2 days Conference(6&7 Dec) @ Prince Hotel..The conference cost around 6k++ per pax, our request were rejected at first place by our CFO (yela, conference memahal tak berbaloi kot nak bagi ekse-kutip je yg attend) but we managed to get free seatings at the very last minute kes organizer nak cukupkan korum coz other telcos sume join..



Day 1 random pics



Table discussion...



Morning break..mini burger.fruit tart.currypuff.



lunch pulak..fried rice.lasagna.salad.fish&potato..



Tea break.popia.choc brownies.mini pizza.



biz cards collected.kawan saya boss siap pesan kena collect biz cards byk2.kalo tak siap!



owh..tak boleh bawak naik durian...hahaha.jakun sungguh!

Day 2 random pics

Sampai2 je terus bergambar..





panel discussion..



Lunch.Baked potato.Roasted Chicken.Mix Vegie.Mee Udon.


First time makan mee udon.Sedap rupanya!

Ye..saya makan banyak.Sushi.Cheese Tart.Choc ball.Choc Cheese cake.Cheese Cake.Kerabu Ayam.First time makan kerabu ayam.sedap!

Last, eksrem Yam.yummy...

X'mas deco @ hotel lobby.


Thanks to my boss for this oppurtunity..walaopon 80% conference not related to us, tapi ianya sangat membuka minda disamping dapat gain new knowledge on RA, which I knew very least before..selain dapat improve self confidence & communication (coz dapat mingle around & network with people from other telcos) and exchange view & infos..

I enjoyed the foods very much...hehehe tapi ada jugak perkara yg tak best..most yg attended conference sume position besar2..and ada one lady ni from meksis, which happened to sit next to me, after sessi berkenalan & we exchanged our biz-cards, she just stopped making any conversations to me after looking at my post @ biz card.sentap mak nok!mak taula mak ni eksekutip jew (she is head of division kot), jangan ler bersikap pilih kasih..satu lagi saya tak pasti dia ni sape, tapi I guess mesti org besar2 gak kat kompeni ni, kompeni tu sebenarnya vendor to our current system, when I introduced myself said I'm from selkom, dia cakap owhhh and macam buat muka sikit..eh, ko ni pehal,macam nak hempuk je kepala botak dia sambil kata apa ko ingat sistem ko bagus sangat!huh!

Friday, December 2, 2011

Kecurian

Ni kes kecurian kali ke3 which happened to my husband.Untuk pengetahuan, kat kawasan kitaorg ni sgt ramai warga asing..sampai naik serammm dibuatnya..confius jap,ni mesia ke africa..:p
First time, kasut keje dia hilang..frust jugak sebab kasut tu rege kat RM300 pakai tak sampai setahun(lebih kurang 6 bulan jewww)..bangun pagi tengok kasut dah lesap..silap sendiri jugak, rak kasut tercongok kat depan kemain lagi beso nape malas beno nak simpan kat dalam..
Second, Glove (yg diguna masa bawak motor) walaupon tak mahal sgt tapi sayang la jugak..nipon silap sendiri, sapa suh pi tinggal kat motor
Yg ketiga, kes semalam..semalam kan hujan selebat-lebatnya, so balik merempit nih haruslah pakai baju hujan,kalo tak basah kuyup..so balik, sidai kat ampaian luar rumah bajet takde orang nak amek..tup..tup..pagi ni tengok dah lesap..baju hujan brand GIVI mahal la jugakkan, sayang wooo...
Tapi tulah dah kena curik, redha jelah..Tapi musyikil sapela si Maling ni, samada mamat2 africa ni or pak guard bangla/nepal/myanmarr semua ada..sebab guard selalu naik konon2 buat rondaan malam2..
Tak taulah kenapa, mak musyikil jugak apsal barang somi mak ni asek kena curik/hilang je dari dulu lagi..henponla,kalo kasut tu dah banyak kali kena curik..dah takdir dia macam tu agaknya ataupon kat dahi dia ada cop curilah barang saya..ker dia nampak macam org kaya sgt2 n layak dicuri ...muahhahahhahah...^____^

Thursday, December 1, 2011

Polis Traffic Pemalas??

Ok, ini kesah benar ye, bukan kesah tipu2.It happened past two days seawal jam 8 pagi berlokasi didepan opis saya Menara Celcom nak lebih detail iaitu depan Warung Anda - tempat kitaorg lunch sambil bawak balik bau perfume best.Somi turunkan saya kat tepi jalan,kebetulan masa kitaorg berenti tu ada satu mamat naik moto kapchai turut berenti kat belakang motor bukan kapchai kitaorg.Mamat tu tengah cakap telepon dengan kuatnya, bukanlah bermakna kitaorg nak eavesdropped dia punya conversation, dah dia yg cakap kuat..

Mamat Motor Kapchai:wei, ko kat mana?ko tak payah la nak jaga sangat aku nak pegi makan ni.jomla
Kawan Mamat Motor Kapchai:@##$$8&^%$#$ (tak tau dia cakap apa sebab tak dgr)
Mamat Motor Kapchai:Ok aku tunggu ko kat kedai Mamak kat Multimedia Kolej tu.
Ok.dah abis cakap kat phone, letak henpon dalam poket.Tetiba dia jerit kat sorang polis traffic ni kat seberang jalan.
Mamat Motor Kapchai:Hoi, jom pegi kat kedai mamak kat depan tu.
Pastu terus blah.Si polis Traffic tu pulak terus naik moto dia dan blah jugak.

oooo...cam tu ek polis traffic ni.sesuka ati je nak jaga ke tak.(walaopon dgn adanya polis traffic tak membantu langsung pon, jalan lagi jem ada la).bole curi2 tulang masa keje.diaorang ni keje takde KPI ke??yg tak boleh menahannya ayat si Mamat Motor Kapchai tu seperti yg diboldkan diatas.huh!Patutnya aku amik gambo dua2 ekor tu, pastu kasik surat layang sikit kot PDRM ni.cemana la org tak mengata pekerja gomen pemalas, kalo macam nila gayanya..

Wednesday, November 30, 2011

My firsttime Froyo

Actually dah lama nak makan Froyo nih, since I was pregnant with Icha lagi..tapi dolu2 aku ingatkan outlet dia cuma ada kat One Utama je..jauh tu nak pegi sana pon jarang2 sekali..Tapi baru ni je terpikir nak check kat website dia..ropa2nya ada je yg dekat2 rumah, dekat The Mines & Sri Petaling.We went to Sri Petaling Tutti Frutti's outlet.kecik aje kedainya and limited flavors.

So for the first timer ni aku try choc & mix berries Froyo...yg mix berries tu sedap rasa cam makan yogurtla, yg choc macam eskrem je, tapi choc nye pahit sikit...sedap wooohhhhh, next month pegi lagi..harusla pegi next month, kalo makan nih tetiap minggu harus bankrupt mak!rege dia kemain mahal..

Tuesday, November 29, 2011

KFC Breakfast - Blueberry Pancake

Add taken from KFC website




The actual one..


Comment:Sedap..

Wednesday, November 23, 2011

Deepavali Celebration

Semalam kompeni tempat saya bekerja telah mengadakan jamuan Raya Deepavali..dah buat jamuan Raya Aidilfitri haruslah ada untuk Deepavali & CNY jugak..satu Malaysialah katakan..





Kolam in the making...





Kolony Kolam..


Props Deepavali..




Teruja tengok bekas-bekas makanan nih, bukan teruja tengok bangla tu ye..


Sementara menanti boleh makan,The guys sume cuci mata dulu tgk awek sexy kat depan tuh..hehehe


Okeh, now can eat..all in 1 plate, masaladeh, kuih koci, roti naan, roti turi, tosai, murtabak & highlite of the day the best ayam tandoori...


Nasi beriani..biasa2 aje..


Air standard setiap kali ada jamuan, it a must kaler biru, represent out kompeni giteww..


Dan juga ada booth ini,of course la free..


Henna Art in the making...


mine...


Cerita yg takde kena mengena ngan Deepavali Celebration, but still about food..Pagi ni boss kesayangan semua orang ;p, belanja breakfast his famous amous Nasi Telur, resepi diraja katanya..anyway memang sedap..susah wooo nak makan ni,4 tahun sekali baru bole rasa..hehehe


Gulai Ayam & Acar nenas standard Trg punya stail,nasi tu yg different..macam nasi goreng yg dicampur dgn telur n daging cincang, guna beras basmathi..boss kata kalo nak resepi datang rumah dia..ada berani??


P/S:The best part of yesterday celebration was when Dato' Sri , our CEO announced yesterday was half day working..after makan2 sume org bole balik..sebab semalam M'sia menang Bola..cool tak our CEO??cool kan..ko ado??^__^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails