Adds by nuffnang

Wednesday, February 29, 2012

Pengasuh yg tak berperikemanusiaan




Tampal mulut bayi

Oleh Ibrahim Isa
ibrahim@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.
KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.
JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan,
dua pengasuh sebuah pusat asuhan
di Taman Kota Masai, dekat sini,
bertindak kejam menampal pita
pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.
Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman
video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman
berkenaan diedarkan kepada umum.
Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu,
pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan
pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku
kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.

“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain
tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak
 yang dihantar ke pusat asuhan kami.

“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian
bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.
*****Kalau selama ni owner tak penah check Taska, maknya dah lama pengasuh tu buat macam tu.Nampak sangat Owner yg lepas tangan, nak selamatkan diri cakap kena sabotaj.Jahanam betul!!Tak sanggup tengok budak2 tu kena bungkus ketat2 macam tu ngan mulut kena plaster...

Sekali-sekala makan di luar

Weekend + Gaji Day = double yeay!!Mari kita makan diluar...

Breakfast @ Bangi Kopitiam,Bangi.
My feveret - Portuguese Toast bread
Somi's feveret - Pandan Kaya Toast Bread with Ah chong coffee
Dining table modified from Antique old sewing machine.Teringat kat Arwah nenek aku dulu jahit baju guna mesin yg macam ni lah.
Pesen aku pulak, bile masuk kedai makan/resto mesti nak perati keliling tengok org lain makan apa.Masa masuk kat sini ari tu, aku ternampak sorang budak makan mee nih, pastu terliur lah pulak.Dah terliur tu kena la order kalo tak, nanti bile balik mesti dok teringat.Rupenya Tipah Tertipu!Nama kemain lagi, Dolly noodle, rupe2nya maggie ayam yg ada additional attractive accessories sajo!


Lunch + Dinner (Lunner???) @ Restoran Saba, Putrajaya.

Dah lama cari Restoran Saba ni, tapi baru ni terjumpa hehehe.
Baklava..first time makan..okla, aku suka je kuih2 yg manis ni.
Mandi Chicken, nasik sedap,chicken bagi aku kureng sikit..
Kabsah Lamb..
Roti arab cicah ngan garlic sauce.sedap!
Burppppp...licin..Alhamdullillah...
Bagi aku la, aku lagi suka makan kat Al-Rawsha,lagi sedap.Tapi bezanya Al-Rawsha dgn Saba ni, Saba servis tiptop.Al Rawsha lembap nak mampos.


Monday, February 27, 2012

Ada udang di sebalik batu ke??

Suspicious betul, memang aku suspicious sangat, at the same time geram pon ada.Memula memang agak sedikit suka.Tapi bila pikir2 balik agak pelik.Bila agak pelik aku jadi suspicious, dan menyampah, marah n geram.
Apa korang rasa bile kawan lama ko, kawan masa jaman persekolahan, 15 tahun yg lalu, yg bile abis sekolah langsung tak pernah jumpa, tetiba call ko cakap nak jumpa sangat?Kawan aku ni nak kata kitaorg ni close sangat tidak pon.setakat share meja studi yg sama dulu, tidak la aku kategorikan as one of my closest friend.
Tetiba, angin takde, ribut takde, ntah dari mana dia dapat no phone aku, dia call aku.cakap dah lama tak jumpa n beia nak jumpa aku.Aku mula2 tak syak apa2, masa dia first call tu aku tengah dalam pantang.Dia cakap nak datang rumah.so okla, fine.datang je la, walaupon masa tu aku dah sedikit cuak.tapi nasib dia yg cancel tak jadi datang.So aku terus lupekan saja pasal dia, sebab dia tak penting pon kan dalam hidup aku.hahaha.
Tetiba semalam dia call aku lagi, cakap nak datang rumah aku.Aku dah mula rasa tak best.So aku cakap aku tak de kat rumah ada kat Hospital Selayang nih.eh,eh, dan2 pulak dia boleh pegi kat Hospital Selayang.So aku bagi excuse lagi, tak boleh jumpa sebab aku ada hal keluarga.Aku tanya apa yg penting sangat sampai nak jumpa ni.Tak bolehke cakap telefon je.Dia cakap tak boleh kena jumpa jugak.Masa ni aku dah menyampah sungguh.Kalo ko betul2 nak jumpa aku sebab ingatan as a friend n sebab dah lama tak jumpa, aku ok je.Tapi ni nampak sangat ko ada udang disebalik batu.Aku benci betul pesen kawan2 yg dah lama tak jumpa, pastu tetiba call cakap nak jumpa sebab dah lama tak jumpa, tapi sebaliknya niat ko nak jumpa tu sebenarnya nak promote bisness ko,nak suh join MLM or nak jual insurans.so kawan2 yg pesen macam ni boleh go to hell lah yea.
So kawan aku yg aku citer ni, aku cakap kat dia kalo nak jumpe aku sile datang waktu opis hour kat opis aku.Kalo ko tak malu ko datang jugak jumpa aku,tapi dok buat menda2 diatas tu, memang ko saje nak kena maki ngan aku berdas2.
Diulang, aku benci betul pesen kawan2 yg jenis dok promote bisness dia je, dok promote MLM n paksa join dok promote insurans paksa beli.So kalo anda rase anda berada dikategori tersebut sila nyah dari hidup aku.

Friday, February 24, 2012

Please double check after you did transaction using your ATM card/debit card/credit card

Macam biasa,tajuk je kemain in english..hehehe
citer dah lama terjadi kat aku,dah 3 tahunpon,tapi baru sekarang teringat nk citer kat blog:p
Aku beli perfume kat tempat shopping feveret aku,apalagi kalo bukan Sogo dihatiku.Takde la mahal rege di RM180 je.Masa nak bayo aku perasan cashier tu swipe ATM kad aku 3 kali.The first two tak berjaya,yg ketiga baru got through.cashier tu trainee maybe dia tak berapa pandai lagi kot nak guna device tu.so takpela, lepas bayo aku terus balik.Tapi lepas tu aku tergerak hati nak check balik kat m2u.tergezut mak,2 transaction yg failed tadi rupenya dicaj jugak kat akaun aku.RM 360.Esoknya aku pi la tuntut RM 360 tu kat customer service di sogo.ko ingat terus dapat ke RM360 tu.byk cekadak jugak rupanya.Mula2diaorg cakap kena ikut prosedur,kena check diaorg punya statement la bla bla bla..koser aku nak tunggu.Duit aku 360je pon bukan 3600.Takkan la sebesar2 sogo tak leh ganti duit yg sebyk tu on the spot.lagipon bukannya salah aku pon.Dipendekkan citer dapat la jugak duit 360 lepas agak berjam2 aku tunggu.Pastu aku fobia jugakla nk bayo guna ATM kad ni.Tapi tidakla fobia utk ke sogo.sogo tetap dihatiku.hehehe.So korang semua after each transaction using your ATM kad ke, debit kad ke @ kredit kad rajin2 la check balik statement.Senario yg biasa biasa berlaku bile nak bayo gune kad ni kadang2 diaorg tak dapat line la so terpaksa cuba 2,3 kali.dalam pada cuba tu rupenya dia dah caj kat akaun kite.

Thursday, February 23, 2012

Tekak orang melayu

Kagum sungguh melihat mommies yg lain yg rajin menyediakan pelbagai makanan baby untuk baby mereka..puree la, pasta la, salmon la..macam2..Tak mahu kalah, aku pon merajinkan diri prepare apple puree & blend oat + raisin for my baby daughter.Gigih aku steam apple dua bijik, angkut la pengukus besi aku tu.(mak tak de steam+blender Avent yg mahal ittewww!)
Sesuap, dua suap, tigasuap, dia makan elok je..masuk pat lima suap dia dah buat muka lain macam je..next suapan dah tak nak makan...sentap hati mak nak!ternyata ko memang very the tekak melayu !nasik n only nasik je yg kau mau...haihhhh.ke aku kena follow yg 4 days rules tu?
Pagi tadi suapkan dia nasi lemak(nasi sahaja) & bihun goreng (yg tak pedas langsung)..laju je dia makan...

Tuesday, February 21, 2012

Wukong

Tak paham la kenapa orang suka tengok citer Wukong ni especially lelaki.Adik & somi aku peminat tegar citer ni.Tak penah missed.Apa ke bestnya tengok citer orang separa monyet n separa babi nih??












Tibi kecik dah takde.sobs.semua citer pkl 8:30 yg aku selalu tengok dah tak boleh tengok dah sebab kena bagi laluan kat peminat tegar citer Wukong ni.Lambat lagi ke nak abis weeiiiiii.tensen mak!

Monday, February 20, 2012

Lion dance edisi terlambat

Biasa la,kat opis tp aku keje ni kalo buat celebration apa2 mesti edisi terlambat. On Thursday last week, baru buat lion dance ni sempena CNY celebration.Tapi tahun ni takde foods.sobs.diganti dgn virtual angpow rm18.sobs.kempunan mak nak mkn steambot.maka marilah kita tgk lion dance performance shj.oleh kerana aku ni spesis jakun dgn menatang lion dance ni semua haruslah ambik video. ada la dlm 4,5 video yg aku ambik lenguh ketiak dok julang tab ni tinggi2 kat sejam la jugak.tapi hampeh 2 video je yg aku tersave.tensen mak!
so ni la versi uncut n unedited lion dance.koser ah nk edit2.

Ok yg ni pulak video God of prosperity burger appearance.Jugak version uncut & unedited.so sila abaikan muka mamat bangla mana tah yg tetiba muncul dalam video nih.Hampeh betul God of prosperity nih, kemain lagi aku dok depan dia, dia boleh tak bagi aku cekelat duit syiling emas yg rege seposen satu tu kat aku.Cesss!


Thursday, February 16, 2012

Ragam si Abang

Ada few things barang2 Abang dulu, yg bile dia dah besar & tak digunakan lagi kitaorg simpan, then bila sampai masa adiknya nak guna ni, kiteorg keluarkan balik.Tapi tak taula apa kes si Abang ni, jealous dgn adikkah atau mengimbas kenangan lalu.

1.Walker
Pantang adik dia tak dok dalam stroller nih, mesti dia nak conquer

















2.High chair
High chair ni muat2 vontot dia je sekarang.dah lama tak digunakan kat dia,since dia dah boleh dok kerusi biasa ni.So, bile si adik ni dah boleh makan maka high chair ni dapat kat si adik pulak.Tapi tulah, bila nampak kosong je mesti si abang sibuk nak dok kat situ.

















3.Stroller
Ok, yg ni bikin mama menyampah sikit.Masa kecik2 ko memang tak nak dok langsung dalam ni.Kemain melalak-lalak bile kiteorg sumbat ko dalam nih.Seingat aku, tak lebih dari 5 kali je, kiteorg letak si Abang dlm stroller tu pon not more than 20 minutes.Sekarang tergedik pulak dia nak dok dalam stroller ni.Ari tu, kiteorg puas cari mana si Abang ni, tengok2 dia dok syok kat dlm stroller ni haihhhh..nasib baik si adik takde masalah dok dalam stroller.

















4.Car seat.
Ni pon same case dgn stroller.Tak maunye dia nak dok dalam car seat tu.Sekarang bile adik dok kat Mama kat depan, dia dok kat belakang tapi dalam car seat.hehehe.suka ati Abang la, jgn rosak sudehhh

















6.Pacifier
Yg paling tak tahan yg ni.Dia ambik adik dia punya pacifier, sumbat dalam mulut dia senyap2.hahaha.Tu la masa abang baby2 dulu, mama sumbat kemain lagi abang sembur balik.hah, sekarang dah teringin yg adik punya.hahahaha.tak malu!

Wednesday, February 15, 2012

RM3 only

Hujung bulan Januari  me n my sis pegi shopping kat shopping mall feveret sekeluarga, Jusco Puchong.Time tu salekan.So kat bahagian ladies wear pun ada sale yg up to 70%.Pilih punya pilih, so we took 4 blouse yg range harga between 49.90 - 59.90.3 of them were 70% off & the other one was 50%.So pi la bayo kat kaunter after long queue.Cashier swipe JJ card, bagitahu total.RM 59.90.Sambil2 kuarkan duit dari wallet, sambil tu otak dok pikir kenapa rasa macam murah je.tapi takpelah, bayo aje..
Balik rumah check balik resit, eh,eh, ada baju dia scan RM 10.dah kata 70% off, tinggal RM3 je la.Baju apa yg aku beli RM 10 ni.Check balik tag price kat 4 blouse yg aku beli tu, takde satupon yg RM10.Suka sangat weh!sapa tak suke kalo rege baju yg patut kena bayo lebih kurang RM20,tapi ko bayo RM3 je.hahahaha.Ini namanya rejeki terpijak.Sayang Jusco ketat-ketat.Aku akan pastikan Jusco tetap menjadi shopping mall feveret kitaorg sekeluarga..hahaha.keep continue giving us the great,great discount.we lap u Jusco!
aku dah rotate pic ni,tapi bile upload still macam ni.tak reti la nak adjust.tengok je la senget2 pon.

Tuesday, February 14, 2012

This is serious...

Seminggu dua ni adalah minggu yg agak 'panas' dan bz..bz dan panas sebab it's time of the year,time year end evaluation (2011).Kena submit before hari gaji.
So macam biasalah drama tiap2 tahun.BOSAN dan MUAK tahap nak MUNTAH HIJAU dah.dgn sikap boss aku.predictable!
Kalo ko tak mampu nak defence staff ko,ko tak payahla nak berjanji manis dan konon2 nak bagi markah bagus kat staff konon2 kesian..tapi turn out markah akhirnya tetap kena cantas sebab org atas ko tak setuju dan ko tetiba(read:selalunya) jadi macam org bodo + lidah kelu seribu bahasa tak boleh nak defense staff sendiri.Apa salahnya kalo ko firm sikit,cakap kat org atas ko dah memang kitaorg perform & we deserve this.tak boleh ke???memang tak boleh kan sebab ko bukan fighter.ko sendiri mengaku.aku rasa letih la jadi staff ko.letih tengok sikap ko.
Lepas tu kalo sendiri buat silap sendiri mengakulah.Tak payahla nak harap aku nak menipu bagi pihak ko pulak to cover your ass!c'mon la, staff bukan nya bodo.diaorg bukan budak2 tadika yg boleh digula2kan.diaorng dah keje lama,diaorang dah tahu taktik keji ko tu.benci aku tau.ko ingat aku hadap sangat nak cover ko punya salah.sorry aku bukan balaci kau!lagi aku benci bila ko dok panggil kawan aku patpulohlapan kali soh ejas sana ejas sini.benci!ko suruh orang buat keje2 kotor utk ko,sedangkan ko dok kulu kilir konon2 susah hati.WTF!buat2 termenung sana termenung sini...aku tahan je muntah aku ni..
Aku benci kalo ko heret sama aku (dan yg lain2) dalam masalah yg ko sendiri create.ko kan boss.manager lagi.pandai2 la ko pikir sendiri.tak guna kompeni bayo gaji ko yg patbelas ribu tu, kalo kitaorg yg eksekutip gaji 2 ribu ni jugak yg kena pikir.Keji.Lagipon bukan salah kitaorg .salah ko!WTH ko ne heret kitaorg sekali.Ko yg buat kpi yg macam haram jadah tu apesal.
Last week, ko dok concern konon2nya takut total mark staff2 lain rendah.aku cakap la maybe ok kot, sebab yg lain2 diaorang score.aku lagi concern total mark kitaorg(eksekutip) yg maybe lagi rendah.pastu aku cakap la, aku tak nakla kalo ah chong(sipekak bisu yg tak buat keje) tu boleh dapat 3 free2 aje, yg kitaorang yg sah2 buat keje ni katakanlah tak boleh dapat.lagi pon kitaorg not asking for 4 or 5 but we dont deserve to get 2 either.don't you get what I meant?I bet you don't.sebab ko boleh buat lawak bangang apatah,cakap kat aku, " u pegi la potong lidah u, jadi bisu".babi.ko ingat lawakkah.Bangang apakah buat lawak macam tu.sekarang ni baik ko cermin diri ko layak ke ko jd manager?layak ke??sebab manager tak buat lawak bangang macam tu unless kalo manager tu bodo.Hakkk ptuuiiiiii...Aku harap apa yg ko cakap ko nak VSS lagi setahun dua tu baik ko kotakan.lagi cepat lagi bagus.seriously, aku dah bosan berbosskan ko dan ko yg sorang lagi tu.

Monday, February 13, 2012

Menu of the weekend..

Terlebih rajin pulak weekend lepas nak buat Nasi minyak ni.Tak plan pon tetiba je rasa nak buat.
Nasi minyak hujan panas + gulai ayam
Bubur kacang hijau

Bubur kacang hijau..amek ko,seperiuk besar tu.Makan la 3 hari 3 malam sampai muntah hijo.

41 Menus to go.

Friday, February 10, 2012

Bila gaji dapat awal...

Bila gaji dapat cepat, maka cepat la abis,cepatla sengkek..susahla hidup kalo bergantung pada gaji tetiap bulan semata..jeles sungguh dengan orang yg ada side income lain..

Cik Seri Siantan said:Terasa seperti masa adalah sangat kura-kura.Lagi 15 ari woiiii...

Thursday, February 9, 2012

Berdikari


Aku rasa aku dah cukup berdikari,eh,tak belum 100%.sebab aku masih bergantung kat somi kalo nak kemana-mana, maklumla mak masih lagi takut2 nak drive(tak coolkan pompuan jaman sekarang tak pandai drive sendiri!)tapi dalam hal2 lain aku rasa aku memang berdikari.namapon takde mak since usia 6 tahun,dari kecik sampai besar pandai2 la atur hidup sendiri.
Aku datang kl sorang2 lepas setahun tanam anggur.tak tumpang sedara-mara(eh,ada ke sadara mara?).nasib baik ada kawan masa sekolah yg sudi tolong.kawan ni sebenarnya byk ajar aku pasal berdikari.ingat lagi first time dapat keje lepas abis belajar shortcourse kat cosmopoint.masa tu tak fasih sangat jalan2 kat kl.hanya tahu naik turun lrt dari rumah sewa ke cosmopoint jn raja laut tu & jugak ke sogo.hahaha.tempat keje pertama letaknya dekat SS2, PJ.never been to PJ before.Mula2 aku mintak kawan aku tu temankan cari tempat tu kat mana.Kawan aku tu tolak mentah2 & cakap kat aku “ko kan dah besar pandai2 la carik sendiri”.masa tu umor aku dah 25,dah beso sesangat dan bukan ‘budak’ lagi ye.sebal jugak rasa dihati,memandangkan aku tak penah pon sampai ke PJ & nak kena cari sorang2.masa tu mana wujud lagi smartphone bagai GPS ke Google Map ke..oleh kerana tak nak menyusahkan org dan atas nama berdikari,gigih aku cari tempat tu sendiri.naik lrt pastu naik teksi pulak.at last jumpa jugak.
Jadinya , aku rasa tak logic sekiranya di jaman sekarang ni yg era smartphone,GPS google map bagai, seseorang itu tak reti nak berdikari, nak jugak bergantung pada orang.padahal seseorg itu adalah opposite gender ngan aku, dah tua bangka umor 25 tahun,henfon kemain canggih segala tok nek GPS pon ada..memang loser sungguh kalo bab2 ni tak reti berdikari & very much rely on org lain(or ertikata lain menyusahkan).dan jangan nak kata umor 25 tu masih budak lagi ye!wadehel budaknya..
Same goes to my bro,tak penah la dia ngada2 mitak aku pi cari tempat or pi tunjuk jalan ke kat dia,dia carik sendiri walaupon masa tu dia bawah 25 tahun, pandai2 la dia nak hidup.oh, dia tak pakai pon menatang GPS keapa, tak wujud lagi..kami adik-beradikni  jenis tak nak nyusahkan orang,jenis usaha sendiri.kakak aku pon macam tu.semur hidup dia yg x penah dok kl,tetiba dok keje di kl.segala urusan keje, interview ke hapa, dia pi sendiri.Selagi kami bole berdikari, kami berdikari (and becoz we are not loser!)

Cik Seri Siantan said:sekadar menceritakan pengalaman.Kalo anda sentap , anda adalah yg makan cili.

Wednesday, February 8, 2012

Wordless Wednesday

My little 'helper'...

Tuesday, February 7, 2012

Menu of the weekend

Masak2 time weekend ari tu..kan ke cuti panjang haruslah masak2 sampai lebam..hehehe

Labu manis balance buat puree untuk Icha.Maka dibuat pengat.Kuah adalah sedikit tercair, tapi rasanya according to somi adalah sedap.katanya...
Apakah?cucur bawang pon nak masuk blog ke?haruslah, bila for the first time buat cucur bawang  perfect.sedap dari yg my sis selalu buat tawwww!resepi daripada blog Tiffinbiru a.k.a Mat Gebu.Tapi warna adalah sedikit tidak sekata disitu.
Puding jagung.Rasa dah sedap tapi sedikit lembik next time kena kurangkan sukatan air.
Sebenornya nak buat pancake tapi turn out to be lempeng.Hehehe.kurang peralatan yg sesuai yakni takde non-stick pan (kesian,nonstick pan pon takde!)walaupon pancake dalam bentuk lempeng, habis Abang dan bapaknya makan.
P/S:Got 43 dishes to go my cooking challenge (lah sangat!)

Friday, February 3, 2012

Khas untuk tatapang orang teganung kitewww..


Thursday, February 2, 2012

My son's obsession

My son's obsession is car, anything related to a car.Toys, movie,cartoon,car race,drift car,his drawing-must be a car,game,shirt - you name it.Because of his obsession, we had to spent at least RM50 per month for his toy car- actually it's a remote control toy car & must be Flash & Dash brand.Kalo bulan tu 5 kali kitaorg pergi Jusco/Tesco/Giant/Carrefour maka bulan tu free2 dia dapat 5 bijik toy car tu.Botak kepala mak pak!Selalunya kalo beli toy car tu riwayatnya takkan kekal lama, paling haru within one hour keempat-empat tayar dah tercabut,hilang entah kemana.


First thing yg dia pandai lukis ialah car.Tapi in his own version of car lah.Selalunya macam ni lah dia lukis.
Badan kereta tak berapa nak pat segi,ada dua bijik je tayar, no tingkap,no pintu..thehthehehe..oh, hasil karya seni dia ni, ada kat setiap dinding rumah, tak kira la dinding bilik tido ke, hall ke atau kat dapur..

 Tak cukup dengan tu, dah berimaginasi pulak..Dia angkut segala kusyen2 pastu susun2 jadik kereta.pastu dok atas kusyen tu sambil gaya bawak kete.tengah drift la kekononnya.Pastu mesti nak tanya mama,"cantik tak kete abang ni mama?"...Layankan aje...budak2 nak membesar..


Wednesday, February 1, 2012

Fashion artis @ red carpet:Neelofa & Fazura

Blue carpet@AJL 26


















**pic source from Redmummy.com
I pick Neelofa.simple n suit with event.nak pegi nonton acara nyanyian je pon tak perlula extravaganza.

Red carpet@Anugerah pilihan pembaca Media Hiburan 2011

















**pic source from BeautifulNara.com
Fazura looks so sweet in this dress.simple,cute & nice color.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails