Adds by nuffnang

Monday, March 26, 2012

Nasib tak dibawa lari anakku

Semalam balik dari membeli groceries kat Carrefour Sri Petaling singgah satu kedai makan ni, dekat taman perumahan area rumah aku jugak.memang somi suke beli makanan kat sini sebab lagi sedap compared to makanan kat kedai mamak kat rumah kitaorg tu.sambil tunggu makanan siap, aku bawak anak2 main kat playground depan kedai tu.kebetulan ramai plak minah & mamat indon tengah melepak kat situ.Masa tengah layan Icha main Kuda Spring (ntah apa nama menan ni aku tak sure, ala yg macam ada spring kat bawah tu, bile duduk dia macam melantun-lantun), ada sorang minah indon ni (muda lagi), datang tegur Icha.mula2 sorang je, pastu datang lagi 2 orang kawan dia.aku tak kisah la, dia orang just main2 n agah2 Icha saje.pastu diaorang dah start nak dukung Icha pulak.Icha ni jenis tak takut org, sapa nak ambik dia, dia nak aje..So aku biar je diaorang dukung Icha.Lepas sorang, sorang dukung Icha.Pastu aku dengar sorang minah indon ni cakap kat kawan dia, "yuk, belikan dia jajan nak?" kawan dia jawab, "eh kecik lagi mana makan jajan"..dia balas balik, "belikan biskut"..pastu minah tu tanya aku,"kakak boleh bawak dia pegi kedai tak?mau belikan biskut"...tak sempat aku nak jawab, yg aku ingat aku macam blur2 je waktu tuh, minah tu dah bawak Icha pegi kedai runcit sebelah kedai makan tu.Jarak antara playground ngan kedai runcit tu dalam 200 meter.Terkejut jugak aku, aku pon ikut diaorg separuh jalan.Somi lagi la terkejut, dia siap pegi tunggu depan kedai tu..tak senang duduk dia..
Agak lama jugak la diaorang dalam kedai tu, risau aku dibuatnya..Nasib baiklah diaorng ni tak berniat jahat, lepas beli biskut diaorang datang balik kat aku....
Haiiihhh takut aku, sekarang macam2 boleh terjadi, kes culik budak dah makin menjadi2..dalam masa 2-3 minit & jarak 100 meter, macam2 boleh berlaku..berderau jugak darah aku masa tunggu diaorng kat kedai tuh, takkan aku nak pegi rebut anakku dari minah2 indon tu, sebab diaorng kelihatan seperti baik2 aje (but looks can be deceiving too!)..
Somi aku marah kenapa biarkan diaorng bawak Icha pegi kedai.Macam aku cakaplah, aku tak sempat nak cakap apa2 diaorang dh bawak Icha, n aku waktu tu macam sedikit blur, n diaorang macam baik2 je!
Takpelah, lesson learnt!Sekarang ni kena double berhati2..Things happens in a blink of eye...

1 comment:

Dila DiCaprio said...

Alhamdullilah.. seb bek tade pape...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails