Adds by nuffnang

Friday, September 26, 2014

collagen hunting

Lama dah nak citer pasal ni tapi malas nak karang kat blog je..saje je la nak share pasal collagen yg dah penah aku try..
since tau apa tu collagen, gigih aku cari sana sini collagen apa yg best n mampu milik..so the very first collagen yg aku try ialah Toujurs collagen yg di jual oleh mak hanis zalikha iaitu kak nani rostam.ianya berjenis serbuk dan memang sejenis pure collagen.masa tu midst of 2012.Tapi aku amik sebulan then stop sebab berat naik huhu..Tapi kesan dia rambut kurang gugur n kulit jadiklembut n firm.Pastu aku lupekan sekejap pasal collagen ni, after bersalin anak no3 barulah datang balik sawan collagen ni..
Masa dalam pantang, kan byk masa, so keje aku dok belek2 instagram retis tu, nampak le sorang retis ni, faezah elai dok promote collagen yg dia makan..hari2 dok telek macam berkenan pulak, lagipon aku follow le jugok si faezah ilai ni since dia start berlakon, seingat aku dulu kulit dia gelap sket n kulit muka macam berjerawat..so aku pon mencuba la product yg dia makan tu..beli kat owner product tu sendiri kat instagram allysum beauty - nama product gluta elixir...
So here are the reviews - antara the best of collagen yg penah aku cuba..cara makan yg sgt simple..ambik 2 bijik setiap malam n hisap/kemam saja..rasa yg best..masam2 berries...
aku amik ni masa dalam 30 hari pantang, kesan dia yg paling best, menambahkan susu ibu..pastu selepas makan tu,anak aku tu, dua2 belah kaki dia kulit macam menggerutu, lepas aku makan gluta ni, in a week, kulit kaki dia dah smooth n lembut je..selain daripada tu ianya memberikan tenaga, rambut kurang gugur, kulit muka tak berminyak, bibir jadi lembap,kulit tapak kaki lembut dan kulit muka jadi cerah..
Harga 170, utk penggunaan sebulan..Kesan dia aku boleh nampak dalam masa sebulan, tapi sayang aku hanya ambik 2 bulan je..
Pastu aku jugak penah cuba ephyra, one of the best...
Yg ni ko kena shake minum pagi2...rasa best manis2 bubblegum..kesan dia yg aku rasa kulit muka jadi cerah, badan bertenaga, kulit & tapak kaki jadi lembut, kulit muka x nampak kusam ...tapi masa mula2 minum tu, mengantukkkk sangatttt, tapi aku di fahamkan itu memang normal, sebab dia tengah nak menyesuaikan dgn badan..n satu lagi yg paling sukeeeee....aku rasa dia macam mempercepatkan proses menurunkan berat badan...ni pon aku tak ambik lama..
Pastu, masa bulan pose ari tu, aku ada ambik produk coffee dari rita rudaini, lovemy coffee..
ambik dalam sebulan je..so kandungan produk ni ialah collagen n habatus sauda..ok jugak, rasa best, pastu dia ada bagi tenaga, ko bayangkan bulan pose tapi aku ada tenaga boleh pi round2 jalan tar tgh panas buta, tak rasa penat pon.pastu buat kulit muka jadi glowing..harga rm140 utk penggunaan sebulan..
antara colagen murah yg aku penah try, nur beauty soy collagen tu...rasa memang sgt sedap..kesan yg aku rasa, ianya melawaskan pembuangan, yg lain nan hado...pastu lagi satu , collagen seaweed keluaran v-asia, pon...nan hado kesan apa2..
Now, back to Toujurs collagen dah makan almost 4 months..sebotol tu boleh bertahan up to 4 months depends camne ko ambil..tapi kali ni, masa first month je memang berat naik sekilo, then the next month ianya back to normal..harga sebotol 170.
dah tinggal sikit je lagi, tgh pikir2 nak amik apa pulak pasni, yg berkesan n pocketwise ler..

**gambo produk malas nak tepek, korang pandai2 lah gugle je ek..
ni gambo masih dlm pantang lg  n tengah consume gluta elixir..kulit cerah, x kusam n x oily..gambo no filter, no mekap ye
Ni gambo masa tgh consume ephyra, no makeup, no filter ye..
ni gambo masa tgh consume lovemycoffee by rita rudaini.no mekap, no filter ye

2 comments:

Elma Rose said...
This comment has been removed by the author.
Elma Rose said...

Nak tumpang Tanya. Semua product yg you ambil Ni selamat ke kalau di ambil berterusan. Byk juga product yg di jual di pasaran, fb utk putihkan kulit tapi Tak tahu Mana yg selamat & berkesan. If stop kulit jadi macam Mana. Teringin juga nak jadi cantik, putih tapi kurang yakin dgn product takut Ada side effects. Dlm semua2 product, yg Mana paling selamat & berkesan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails