Sabtu malam ahad ari tu, kan ada cerekarama kat tibi3.Anak2 sume dah tido, so bolehla mak melepak tgk tibi.Nampak mcm best je.Tajuk nyamuk tak berdosa.korang ada tgk?Tapi ujung2 aku tertido tak tau camne ending.hehehe...kan dalam citer tu bini dia (lupe nama watak) menjual nasik lemak..pastu ada pulak scene makan nasik lemak..aku tgk nih...kemainnn...terliur...nasik lemak je kot..punyelah psycho...sampai macam terbau2 nasik lemak kat idung aku ni..ailio macam menjejes je..terigin punye pasal..tak leh jadi ni..nak tgu buke petang esok lambat lagi..nak masak sendiri, tak cukup bahan..daun pandan takde..kang tak bau nasik lemak plak..akupon sms somi suruh pegi carik nasi lemak..Alhamdullillah, dapat ler jugak nasik lemak ayam goreng malam tu, pkl 3 pagi melantak sorang2...Tapi takla sesedap mana..sambal dia semacam je rasa..tapi makan je, jgn banyak komplen, laki dah tlg cari dah cukup bagus..dalam pada semacam tu, abisla jugak sepolistrin tu..
Tapi hasilnya keesokan hari, aku memang tercirit satu hari..nasib baik tak berpanjangan sampai ari ni, aku dah bayang mc boleh membuta kat rumah...hahaha..aku syak sambal nasik lemak tu la..
Dah.tu je nak citer pasal nasi lemak.Ok, now is nap time*yawn*
Kuala Lumpur – Kepalanya dihentak ke dinding
selain ditampar, ditumbuk dan disepak lebih 20 minit. Itu ‘harga’ terpaksa
dibayar seorang wanita berusia awal 20-an kerana dikatakan tidak mengejutkan
suaminya bangun bersahur, semalam.
Dalam kejadian jam 8 pagi di rumah mereka di
Kampung Baru, di sini, isteri yang cedera di kepala dan badan akibat tindakan
ganas suaminya membuat laporan di balai polis berhampiran rumahnya.
Sumber polis berkata, sebelum kejadian isteri
muda yang belum mempunyai anak itu terjaga daripada tidur apabila mendengar
bunyi pinggan pecah di dapur rumahnya.
“Dia bergegas ke dapur dan melihat
suaminya sedang menghempaskan pinggan. Apabila ditanya mengapa, lelaki itu tidak
memberi jawapan sebaliknya memaki hamun mangsa.
“Selepas puas memaki hamun baru suaminya
yang berusia 20-an itu menjelaskan dia berang kerana isterinya tidak
mengejutkannya bangun bersahur,” katanya.
Menurutnya, mangsa memberitahu dia sudah
mengejutkan suaminya jam 5 pagi namun tidak diendahkan menyebabkan dia bersahur
seorang diri.
Sumber itu berkata, mangsa kemudian cuba
menenangkan suaminya itu dengan meminta maaf di atas kesilapannya, namun dia
dibelasah.
“Mungkin disebabkan tidak puas hati dengan
penjelasan isterinya, suspek hilang pertimbangan lalu menumbuk, menampar dan
menyepak isterinya itu.
“Lebih kejam, lelaki terbabit turut menghentak
kepala isterinya ke dinding rumah dan hanya berhenti memukul mangsa selepas
wanita itu hampir pengsan,” katanya.
Menurutnya, suspek kemudian dengan selamba
meninggalkan rumah tanpa menghiraukan isterinya yang kesakitan manakala mangsa
segera menghubungi rakannya meminta bantuan sebaik saja ditinggalkan.
“Mangsa yang dibantu rakannya itu membuat laporan
di balai polis berhampiran rumahnya sebelum menerima rawatan sebagai pesakit
luar di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi
Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima
laporan kejadian dan siasatan masih dijalankan. – Harian
Metro