Adds by nuffnang

Friday, December 31, 2010

Recap of 2010

The High & Low
The High
- We are going to expand our family member -yeay!my one & only bro got engaged this year
- Another new family member coming soon - I got pregnant again - yeay!
- Moved to our new home that we own - awesome!

The Low
- Been slandered by someone that I never knew in my life - wtf & what a bad start for a new year
- Got a fight wif my boss - performance issues, but it was past, I moved on..long story to tell, in fact it hurt me sooooo much..and yeah I still hate my boss!

2010 - not a great year for me, biasa2 aje..Hope this coming 2011 will bring more joy, happiness & rezeki Insyallah....great things are going to happen next year!Can't wait!!


P/S:Happy new year 2011 everyone!

Thursday, December 30, 2010

Buat Renungan bersama sebagai penutup 2010

Assalamualaikum Semua,
Last weekend ada sahabat dengar ceramah Dasyatnya Doa Seorang Ibu oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Dia ustaz untuk angkatan tentera malaysia last time. Mungkin boleh jadi panduan kita sebagai ibu dan kita sebagai anak kepada ibu.

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
- Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik
- Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah
- Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak
- Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya
- Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata Ø Membaca quran sehingga menitis air mata Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata
- 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor! Ø Anak Ø Ibu Ø Suami

Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisihan faham dgn suami / isteri sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah J
- Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa.. Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu
- Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu
- Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut
- Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai
- Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakkan ibu kita di tempat yang terbaik
- Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” Ø “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”*** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal-hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
- Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit / musibah
- Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun, then cakap dengan Allah Ø “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” Ø “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.
- Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!
- Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita yang telah tiada!
- Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
- Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu / bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .
- Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time
- Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan
- Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..
- Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!
- Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .
- Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah
- Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu / bapa sakit, berebutlah menjaga ibu / bapa kita. Besar sangat pahalanya.
- Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit / malu / miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita
- Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari

Anak Lari Dari Rumah
- Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari
- Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya
Anak Degil
-Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
- Ni seram sket masa nak buat hehehe.. mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

P/S: Dipetik dari FB Saudari Zubaidah Bidin.

Wednesday, December 29, 2010

Hobby or habit??


Tak tau la nak kalsifikasikan ia dalam kategori hobby ke habit?Seperti yg sedia maklum, saya suka baca dan suka jugak tgk gambar..saya suka beli magazine(dan saya jugak jual magazine..hehehe)...Saya sukeeee sangat beli magazine kawin2..maksud saya magazine edisi perkahwinan..dari jaman remaja, belum kawin, lepas kawin dan lepas ada anakpun sukeeee sgt beli magazine kawin2 ni..saya sukeeee sgt tgk gambar2 seperti baju pengantin, pelamin, gubahan mekap..sebab sumenya cantik2...rasa excited semacam jer tengok gambar2 tu sume...hehehe
kowang pon suke jugak ke??

P/S:Berangan nak bukak butik pengantin sebenarnya...ngeeee

Tuesday, December 28, 2010

Breast Pump info


Saya memang ada intention to fully BF my second baby nanti, Insyaallah jika diizinkan Allah..So, currently tengah looking for Breastpump..(awal sgtkah??excited ni...)yg affordable and worth la..macam2 brand yg ada dalam kepala otak ni...Avent, sgt2 berkenan since saya pun pengguna produk Avent, but too pricey for me..(but it's a good investment kan..I mean kalo niat kita baik, pasti dipermudahkan Allah..)..Medela, yg Swing ke FS ke still way too pricey for me..yg agak murah, saya kurang berkenan tang corong dia tu , macam penuras aje..hehe..btwy, I used Medela Harmony dulu..lenguh tangan den nak mengepam..Ameda, cam menarik jugak..since I read good reviews by mommies yg pernah experience dgn Ameda...NUK e-motion, sgt2 suka ngan design dia cute and compact..dia punya corong nak sama dengan avent..tapi sayang dh penat google n cari seluruh pelosok internet, tak de org yg review...takut plak nak beli..and yess..the price is affordable for me...First Year Breast Pump, first thought on the price was, yes this one I can afford, but based on reviews, 50-50..ada yg cakap bagus, ada yg cakap tak bagus..

Masih lagi mempertimbangkan yg mana satu..still got time, lebih kurang 4 bulan lagi..yg penting ongkosnya perlu ada...

For mommies to be yg tercari info pasal breast pump dan jugak mommies yg nak tambah ilmu pasal breast pump boleh la visit this site;


P/S:Mommies, any suggestion or opinion..

Monday, December 27, 2010

Keji betul....

Keji betul ATM Machine itu...Ntah mana satu ATM saya pun dah tak ingat...ada ke patut di baginya saya ini??????

Dah le RM 50, bukan RM5..berlubang kat tengah plak tu..nak masuk machine balik kena reject..tau pun tak nak..bagi kat org yg berlubang cam ni reti pulak...isk2..isk2..keji betul la...



P/S: What shud I do dengan duit ni?Gantung dalam frame kah?Btw, this wasn't the first time I dapat duit yg cacat dari perut ATM, cuma this time is the worse one...langsung tak boleh diguna pakai...RM 50 tu, bg org2 kaya celah gigi je, bagi org semekin cam saya ni, tu lah duit makan utk seminggu kat opis..

Tuesday, December 21, 2010

Guess,Guess,Guess

Mari kita berteka-teki..teka-teki apa?teka-teki apa gender baby saya nanti..hehehe..Last week saya ada buat 5 quizzess on the net, pasal baby gurl or boy la..guess what??All 5 quizzes I took showed the same result- I might have a gurl...hmmmm...tak kisah la gegerl or boboy..asalkan my baby nanti sihat & sempurna sifat..





P/S:Gonna find out very soon

Monday, December 20, 2010

My first coloring book..


Bought this coloring book and crayon for him since saya tgk dia macam menunjukkan minat nak melukis & mewarna je...Besides, I teach him to recognize colors..
And the first result wasn't so bad huh?


P/S:Dah beli crayon, panjang akalnya..bukan setakat kaler kat buku, kat lantaipun nak dikalernya...

Friday, December 17, 2010

New bie...

Got another new handbag for myself..it's from Carlo Rhino, got it from Sogo Sale lastweek.Discount almost 70%, bought it wif only RM71.70..cheap isn' it..Really a good bargain...The design is simple, yet I dont hav any handbags wif this color...hehehe, for this moment Carlo Rhino jer lah yg ahkak mampu, one day teringin jugak nak pakai designer handbags macam ahkak femes Redmummy tu..


P/S:Pesanan khidmat masyarakat:Belilah barangan buatan Malaysia...hehehe

Thursday, December 16, 2010

Cepat dapat, cepat la abis...


Bulan ni gaji awal, haihhhhh....bukan tak nak, tak bersyukur dsbgnya..(tapi at the same time pun nak jugak)..almaklum sajalah..kalo dah dapat awal, cepat la jugak abisnya..jenuh nak nunggu 25/1 pulak...lebih kurang 39 ari jugak nak hidup dengan duit gaji ni...gaji plak tak lebih, dok bayk tu je...haihhhhh...anak2 sekolah takde, tapi nak kena bayar yuran pendaftaran taska utk tahun depan jugak...hehehe, kira cam schoool preparation jugakkan..hehehe

P/S:Apapun time kasih pada kompeni yg bertimbang rasa??errr, salah tu, time kasih pada Allah, kan ke rezeki datangnya dari Allah..

Wednesday, December 15, 2010

Membaca amalan mulia..

Salah satu hobi & passion saya sejak kecil lagi ialah membaca..Setiap tahun tak pernah miss kalau ada pesta buku..sampai ler sekarang saya wajib mengunjungi pesta buku ...dari kecik sudah terbiasa mengikut sepupu ke public library untuk membaca atau pinjam buku..amalan ke library diteruskan dari sek rendah, ke sekolah menengah, masuk universiti dan lepas keluar universiti pun...Lepas kahwin dan ada anak langsung tak berpeluang ke library, peluang untuk membaca buku macam dolu2 pun agak terbatas...the last time saya ke national library was on 2006...Only recently rasa rindu nak ke library dan nak pinjam buku, so after 4 years I'm back to library..not much change, kecuali peraturan baru pinjam buku, di hadkan pada 3 shj, last time kalo tak silap minimum 6 buku..and more and more buku/novel melayu yg cintan-cintun ntah hape2 tu...*sigh*

My favorite author so far ialah Sydney Sheldon(not finish his collection yet), Judith Mcnaught, John Grisham & Stephen King..Selain tu saya juga suka baca buku autobiography (suka baca kisah kejayaan org lain) & buku motivasi (coz I always felt lack of motivation)..Masa kecik2 suka baca buku2 Enid Blyton, Hardy Boys and most favorite was Nancy Drew ( I still reading..)
Just got to know Sophie Kinsella books, after a long time wondering best ke buku2 dia...and guess what?I really like her books!


P/S: Gonna read more of Sophie Kinsella books...especially the shopaholic one...btw, I sell used books & magzs..feel free to visit http://myreadingstorebysuhaila.blogspot.com ...coz i loved to read but not to keep..(Space issues, besides I dont read same books twice!)

Tuesday, December 14, 2010

W.A.N.T.E.D

ATTENTION ALL!!THIS ARAB GUY IS WANTED BY OUR LOCAL POLICE FOR MOLEST CASE...

Aren't they look the same?hmmmm....

P/S:Takut jugak sebab dekat rumah saya tinggal sekarang pun ramai foreigner pak arabs dan african...

Monday, December 13, 2010

Menu of the weekend

Kek Coklat moist kukus

First time mencuba resepi kek coklat moist kukus ni..nasib baik jadi...emmmm...soooo yummmy...my son pun suka...
Tang coating choc tu tak berapa nak kemas...kena praktis lagi ni...



P/S:Choc cake....all time favorite

Fengsan....

Fengsan...bila tengok bil hospital...4 hari hospitalized = RM4k++...nasib baik fully covered...
Doc punye bil almost 1k??selama 4 hari datang check yg each session tak sampai 5 minit pun dan tak dan nak abih air liur pun..asek2 tanya soklan yg sama...camna ari ni?bole tido semalam?check breathing sikit...dah...injection pun sampai 1k??mahal bebenor utk 8 botol drip water dan 4 botol antibiotik..medication pon almost 1k??haihhh...kalo bayor sendiri rasenye idokler...jawabnya mak gi spital gomen jer la...nasib baik ada kompeni yg cover medical...time kasih kompeni...kadang2 saya rasa hospital swasta ni caj melampau la...


P/S:Lagi mahal dari bil masa bersalin dulu...

Wednesday, December 8, 2010

Athma attack?

Not really Athma, at first it was Bronchitis then developed into Pnemonia (lung infection)...Saya bukanlah penghidap asma since kecik..first time kena, it was last year..Just took one nab @ clinic and settled..Second time was lepas raya Haji yg lalu, went to the clinic near house, the doc didn't say anything neither bronchitis, pnemonia nor athma...The doc said it just because of the cough n flu, she even gave me ponstan...for pregnant woman??Dia ni docktor betul ke tak, of course she knew that I'm pregnant because it was in the clinic record & I told her once again..The third time was the worst one, and caused me to hospitalize until today @ Pusrawi...
Here I am, so boring and alone sebab dah 3 days I was admitted..I think I'm okay now, but the doc said I have to take antibiotic (IV drip) at least for 4 days....*sigh*I will be discharge tomorrow..lega disitu..I missed my son & home too...

The foods are tasteless...


My breakfast & lunch...

Friday, December 3, 2010

Eh, eh..buat apa tu..

Suatu hari di...
Crime scene location: Jaya Jusco Equine Park
Time: 10:30 AM
Individu terlibat:Budak kecik yg br umor 2 th 7 bulan
"Ok, dah jumpa port baik punye..."
"Jangan la sape2 nampak...leave me alone & I am in private mode...mission in progress"
"Ok, mission accomplished.cabut cepat!"

Jenuh mak bapak budak kecik ni cari..ingatkan dah hilang rupe2nya ada tu ha kat bawah baju2...

P/S:Teka apa yg budak kecik tu buat bawah baju2 tu...klue:Tiba2 ada bau semacam, tutup idung sume..hehehe




Thursday, December 2, 2010

Kenapa suka menjaga tepi kain orang?

This entry is dedicated to whom it may concerned.

Kenapa suka sangat menjaga tepi kain orang a.k.a menyibuk hal orang?We all semua tak pernah terfikir walau sebesar atom pun nak menyibuk atau menjaga tepi kain ko...tak pernah walau sekali pun terpikir dalam kepala otak we all nak cari ko dalam fesbuk..yg ko sibuk2 usaha pi cari we all dalam fesbuk tu kenapa?motif utamanya mestilah sebab nak jaga tepi kain we all kan pastu pi report kat orang berkenaan kan?apa ko ingat ko bagus sgt ke, we all nak nasihatkan tak payah lah nak sibuk jaga tepi kain we all and nak sibuk2 pasal we all, we all tau jaga kain we all sendiri..dan we all tak teringin pun nak amik tahu hal ko dan add ko dalam fesbuk..so, we all cadangkan ko pegi la cermin muka ko sendiri, aper channnnteeeeekkkkk sangat ker?we all rasa kan, udah ler muka buruk, perangai pun buruk, so ko rasa apa lagi yg tinggal....lu pikir la sendiri....hehehe



P/S:menci sungguh dgn orang yg suke menyibuk hal orang..tapi nak buat camner kan, ramai org cam gitu dalam dunia ni...

Wednesday, December 1, 2010

Lama dah cari, tapi baru jumpa..

On the way nak balik rumah kami, ada la signboard tulis Pasar Borong Selangor & Equine Park..Penah jugak cuba2 nak kesana sebelum ni, tapi asek sekerat jalan jer..so weekend ari tu bertekad jugak nak cari Pasar Borong Equine Park dgn Jusco Equine Park sampai jumpa..After 2,3 kali sesat jalan jumpa jugak dgn 2 tempat tu..dgr org cakap macam dekat...tapi boleh tahan jugak jauhnya (maybe sbb kitaorg tak tau jln shortcut)..tempatnya macam dah dekat nak Puchong...Mak punyela heppi jumpa pasar borong ni, maklumler dah 3 bulan lebih tak pegi shopping dipasar..asek2 shopping ikan dan sayur yg tak berapa nak fresh tu dekat Giant ngan Carefour je..






P/S:Banyak lagi nak snap pic, tapi tangan dah penuh kiri kanan, mana nak snap gambo, mana nak pegang barang...memang betul2 boronglah..

Tuesday, November 30, 2010

Got more awards....

Walaupun bukannya mendapat award dari Grammy, Academy award mahupun Anugerah Skrin...Tapi dapat award dari kawan2 bloggerpun dah cukup bagus...Thanks to my blogger friends coz sudi bagi awards ni kat saya...
First Award


Datangnya drpd Lyn dari http://strawberry-lynn.blogspot.com/.

1)Thanks the person who gave you this award and the link of the person
TQ bery much to lyn for this award.really appreciated it.

2)Spread the award 15 blogger who you like and you think their blog are awesome
Sume blogger ada blog yg awesome, so sume dipersilakan amik award ni..

3)Tell 7 things about yourself
- suka ice cream
- suka coklat
- suka cake
- suka vegie
- suka fruits
- suka pink
- suka shopping

Second Award
Datangnya dari Kak Yan, http://yan-yanjournal.blogspot.com/

MY OPINION
Saya suka blog kak Yan, sebab ia memang best..Kak Yan punya blog mesti ada makanan2 yg best2..serta info pasal tempat makan yg best2..Kak Yan & family memang tukang masak yg handal..Setiap kali baca post Kak Yan pasal makanan mesti meleleh air saya..hehehe

P/S:Terharu sungguh bila dapat blog dari kawan2 blogger yg lain..TQ,TQ,TQ..

Monday, November 29, 2010

Just Married...

Wishing Selamat Pengantin Baru to my second cousin, Sharifah NorAimuni Nafahah and husband, Syed Mohd Hasry..

Thursday, November 25, 2010

Pengalaman berpantang saya punye style...

PART II

Masa baby umor 10 hari, masa tu kat kampung, ada sekali MIL nak bagi baby makan nestum..dia cakap baby asek nangis sebab lapar..eh,eh, terkejut jugak saya, nape nak bg makan plak sedangkan baby masih kecik, nasib baik saya ada masa tu, kalo tak mungkin baby saya dah selamat menelan nestum hari tu..baby saya ni kiranya lasak, bayangkan lah umor nye masih kecik tapi kami dah bawak kehulu - kehilir..hehe..dok kat kg tak lama, pastu balik kl..bila balik kl ni semua urusan kami uruskan sendiri..sometimes bila nak beli barang2 berkaitan baby, somi tak berapa reti so terpaksa la usung mama dan baby pi shopping complex sekali..baby umor sebulan dah berjalan sakan kat shopping complex..heheh
Niat dihati nak fully BF tapi setakat sebulan lebih aje..saya kena nipple crack yg teruk dan berdarah, tak boleh nak BF..saya tak berani nak teruskan takut baby terminum darah plak..plus kurang ilmu dan support makanya journey BF saya terhenti disitu saje..ralat jugak, sebab baby dah kena minum susu lembu dan since saya stop BF, berat badan dah stop turun..haiiihhh...
Baby saya susah nak tido, tiap kali nak tido saya kena riba dahulu, kalo letak kat tilam mesti tak jadi tido, kes kurang ilmu lagi, saya pon decided nak letak dalam buai, masa tu umor dia sebulan kot, pas letak dalam buai baru dia boleh tido..hmmm..tapi sekarang baru saya tahu nak bagi baby senang tido, bagi dia tido dalam keaadan meniarap..baik, akan saya praktikkan untuk anak kedua..
Ok, back to my self..saya kurang buat benda2 yg sepatutnya dibuat oleh ibu berpantang, since my MIL tak advised apa2 pon pasal tu, nak urut tu pon saya yg mintak, kalo tak mintak jawabnya tak berurut la saya..tak tahula, MIL macam tak menitik berat kan pasal tu semua ataupon mungkin dia sendiri tak praktikkan macam tu dlm family dia..atau mungkin saya hanyalah menantu bukan anak perempuan kesayangannya..hmmm..pelik jugak sebabnya sepatutnya org kampung lagi menitikberatkan amalan2 pantang ni..sampaikan saya memakai stoking pon menjadi kepelikan kpd mereka, so masa kat kg saya langsung tak pakai stoking, akibatnya kaki saya bengkak urat..hmmmm...ntah ler...

Itu saja kot citer yg tak seberapa ni..hehe

Motip penceritaan:Sebenarnya saya nak cari confinement lady untuk jaga saya dalam pantang nanti, sape2 yg ada tahu confinement lady yg servis bagus n afforable price inform saya yer...

Wednesday, November 24, 2010

Slot Akasia tv3 - seribu kali cinta


Korang ada tengok citer ni kat tv3 - on air waktu petang pkl 6:30...Semalam ada tertengok citer ni..hmmmm...5 minit tgk dah terbantut la..idea citer ni sama ngan filem 50 first dates lakonan adam sandler dan drew barrymore tu...pompuan tuh ada penyakit lupa hari2..dan citer nya terjadi kat pulau..sama ngan filem omputih tu...


P/S:Sama tapi tak serupa...ini versi melayu punye...

Tuesday, November 23, 2010

Seram..seram...

Nak citer sikit..ni first tau berlaku kat saya...cam biasa la, xtiviti blogwalking setiap ari..sape2 yg tinggalkan jejak kat shoutmix saya..saya akan balas balik jejak anda..ada satu blogger ni, nama yg dia tinggalkan ala ibu2 sikit..dia punya mesej pun ada ada perkataan 'salam'...bila klik kat blog dia..satu blog dia tu dok citer pasal bible and jesus...nauzubillah..tergezut mak...seram..seram...
Hati2 ye kawan2 yg lain...Ya Allah, semoga dilindungi daripada perkara2 buruk yg tak diingini..

P/S:Terbantut mood nak berblogwalking, takut nak klik blog org lain...korang pernah?

Penangan Maher Zain


Agak terlewat kami anak beranak nak meminati Maher Zain ni...Baru je berkenalan dengan lagu2 Maher Zain...Anak saya kemain lagi minat dan suke dengar lagu2 Maher Zain especially yg paling femes tu..lagu Insyaallah..satu hari at least 10 kali mesti dia nak dengar lagu Maher Zain..nak tido sekarang wajib dengar Insyaallah..tak cukup 5 kali, tak boleh tido...


Tgh tgk video Insyaallah dalam henset mama dengan pelbagai gaya..

P/S:Oklah tu nyanyi lagu Maher Zain kan dari dok hafal lagu yg ntah hape2.. ye idok?

Monday, November 22, 2010

Hutang piutang Part II

Hutang Tag yg kedua dari Puan Alfa Juliet..
TQ utk doa itu..semoga menjadi kenyataan...Amin..

Once you have been tagged, you are supposed to write a notewith 25 random things, fact, habits, or goal about you.At the end, choose 25 people to be tagged (tak nak buat yg ni aci?).

The answer is:
Facts-
1. Ada seorg anak lelaki dan bakal bersalin anak kedua next year
2. Seorang pekerja makan gaji
3. Lulusan IT, tapi tidaklah pakar IT
4. Anak kedua dari Tiga adik beradik
5. Ada sorang kakak dan sorang adik lelaki
6. Takut nak bawak kereta sendiri
7. Seorg yg pendiam
8. Suka membaca
9. Tahun depan dah umur 30..dah tua ler..
10. Menghadapi masalah berat..susah benor nak kurus..
11. Menghadapi masalah keguguran rambut yg serius...argghhh
12. Ibu saya dah meninggal sejak saya umur 6 th
13. Seorang yg cepat pelupa
14. Seorang yg cepat panik
15. Seorang yg suka menonton TV

Habits-
1. Mandi lama2 dalam bilik air
2. Suka beli majalah kawin2
3. Suka berangan
4. Suka cium ketiak masam anak saya..hehehe(sementara dia masih kecil, kalo dah besar tak kose mak!)
5. Suka beli barang mekap

Goals-
1. Supaya boleh bawak kereta sendiri dgn jayanya suatu hari nanti..
2. Nak exclusive BF for my second child...Insyaallah..
3. Nak buka bisness sendiri
4. Nak menunaikan Haji/Umrah dan melancong kenegara2 lain
5. Nak ada banyak2 duit jugak...


P/S: Fuhhhh...lega dah langsai...

Hutang piutang Part I

Hutang Tag yg pertama dari Kak Yan;


1. Berikan 1 Nick Name untuk saya.
Su
2. Ucapan untuk pemberi award ini.
TQ Kak yan coz bg saya award ni...

3. Berikan 6 fav artis/singer/group yang korang minat.
1. Faizal Tahir
2. Beyonce
3. Dewa
4. Jennifer Lopez
5. Linkin Park
6. Black Eye Peas

4. Tagkan award to 10 bloggers/followers
Malu ler nak tag mengetag ni...sape2 nak boleh amik ye..

It's all about M.E.A.T..

Kalo time Raya Haji somi akan request makanan yg berdaging..so ada lah harus bg kitaorg utk selama 2-3 hari pastu makan daging..

Raya Haji - day 1
Rendang daging for breakfast

Sup Daging for lunch & dinner

Day 2
Breakfast nasi goreng pun kena letak daging
Daging goreng for Lunch

Singgang daging for Dinner


Day 3
Breakfast bihun goreng wif daging
Daging Black pepper for Lunch & Dinner


P/S:Blood Type A is not recommend to take meat, which is me!















Tuesday, November 16, 2010

Berkorban apa saja...


Salam Aidiladha buat semua!

P/S: Jangan makan daging banyak2 nanti sakit kepala dan naik darah tinggi pulak..

Monday, November 15, 2010

Pengalaman berpantang saya punye style...

errr...style ke?walaupon citer ni dah basi, saya still nak tulis gak..sajer nak share ngan kawan2 sume...Pengalaman pertama kali berpantang dengan 0 knowledge..maklumler saya kan tak de ibu, so terpaksa la berpantang sendiri...sangat2 susah pada mulanya, yelah mana nak jaga baby mana nak jaga diri sendiri..Stress pon ada dan pernah kena 'baby blues' sekali..Nasib baik somi boleh cuti panjang - so dia tolong ler jugak bab2 makan dan jaga baby..My sis pulak, setiap hujung minggu datang melawat..Masa pantang boleh makan almost everything (kan ke pantang sendiri, so style sendiri ler..heheh)ikan2 yg tak gatal, ayam daging, sayur, buah..Tapi ada sekali makan ulam pegaga (org cakap ulam pegaga utk tambah susu), tapi baby teruk kembung perut and sepanjang malam asek poo-poo kaler ijau je..terus tak berani makan dah..Lepas 3 ari balik dr hospital, kena pulak bengkak susu, even dah kerap menyusu...Dah try bubuh kobis dan sikat, tapi tak berkesan, last sekali tuam dgn tuala panas baru boleh hilang..Nak tahu camner kitaorg mandikan baby?Nak guna bath tub tak reti, so sorang kena pegang , somi pon masa tu agak kekok, dia pegang cara berdiri, cam pegang budak besar tu, dan saya tukang jirus..tak terpikir pulak nak guna air suam ke, jirus je dgn air paip sejuk2 tu..meraung le anak saya tiap kali kena air...tapi org cakap mandi air sejuk bagus utk tulang ek?(kena guna phrase org cakap, coz nak cakap mak saya cakap, errr mak saya dah takde..heheh)pernah sekali masa tu baby umor 5 hari, nak kena pegi checkup kat hospital..keadaan agak kelam-kabut pagi tu, sampai kan kitaorg pegi tak sempat nak mandikan baby n baby siap poo lagi bile masuk jumpe doc..heheh..
Bab2 berbengkung, bertungku, berpilis, berparam bagai..boleh dikatakan 20% je buat, Urut buat untuk 3 kali je masa balik kg somi jap(RM50 untuk 3 session, murah kan?)..Tula pasal lemak2 kat badan ni susah nak hilang..maybe sebab tak buat semua tu..hehehe..

P/S:To be continuela..sambung PART II plak...

This is sooooo true....



P/S:Kalo kat kompeni saya eksekutip dok kat level the rest tu...

Friday, November 12, 2010

My cooking habit...

Korang sume ada korang punye habit masa memasak tak..habit ke style ke..Saya ada satu cooking habit which is more to weakness lah...saya kalo masak lauk/makanan yg berkuah, mesti kuahnya setimbun hingga meneggelamkan lauknya...ntah ler..kalo masak memang automatically macam tu..dh try ubah tapi still jugak kuahnya akan terbanyak..last sekali lauk sume abis tinggal kuah je dalam periuk hehehe...






P/S:somi saya cakap buat perabih garam ngan pak aji jer..

Kenangan UPSR

Dulu masa time saya UPSR - 4 subjek..BM pemahaman dan penulisan, BI dan Math...Masa Trial saya dapat 4A, masa tu kat sekolah saya 3,4 org sahaja yg dapat 4A..kembang kempis idong saya kena puji dgn cikgu2 konon2nya pelajar harapan yg akan dapat 4A bila UPSR sebenar...bangga jugak seposen sebab yelah, kan tak ramai yg dapat 4A, so konfiden giler UPSR betul mesti dapat 4A...tapi result sebenar saya dapat 3A1B- yg B tu english...frust jugak + malu kat cikgu2...konon2 org harapan, tapi org yg bukan harapan yg dpt 4A..cita2 nak masuk MRSM pun tak kesampaian..hehehe..Tapi heran betul ye, makin tahun makin ramai budak2 yg cemerlang UPSR..I wonder budak2 yg makin pandai or pelajaran yg makin senang...hmmm...

P/S:wondering wether my Amirul Iddin boleh ke dapat staright A's dalam UPSR, eh tapi time dia UPSR kan dah mansuh..
P/S: Boss saya frust giler anak dia tak dapat straight A's..pagi ni bad mood je...iyolah..kan dah banyak melabur..home tuiton lagi..tapi result x spt yg diharapkan..takpe boss..maybe anak boss dapat 10A PMR nanti, Boss try la home school plak....hehehe

Thursday, November 11, 2010

He's a big boy now..

Another new positive development on him..sudah pandai berdikari..Sekarang bila bath time, dia dah nak berus gigi sendiri, syampu rambut sendiri dan gosok sabun dibadan sendiri...Hehehe..sekarang dah pandai mandi dengan shower hujan tu...dulu2 masa mula2 pindah sangat jakun okey...


P/S:But still, mama has to monitor lor...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails