Adds by nuffnang

Monday, July 12, 2010

LRT Bakal ada koc wanita.Betulke??


Selepas KTM mewujudkan koc wanita, LRT khabarnya akan mewujudkan koc wanita jugak.Tapi ianya masih lagi dalam perancangan.Saya memang sokong 200%, sebab saya sebagai seorg yg pernah menggunakan public transport tersebut dan akan kembali menggunakan LRT lepas saya pindah rumah baru nanti. Kenapa saya sokong 200%??Meh sini saya ceritakan, Mengikut pengalaman yg lalu, pernah 2,3 (lebih kot) saya telah menjadi mangsa 'lelaki2 durjana' yg mengambil kesempatan ke atas wanita(termasuk saya) didalam kesesakan LRT.Saya tak tahula jenis apa lelaki2 tersebut, gila seks kot ataupon diaorg ada masalah mental..Tak perlu la saya ceritakan disini apakah yg telah diperlakukan oleh manusia2 bengong tersebut, sedara-sadari paham2 sendiri lah yek..Dan saya percaya ramai sedari2 di luar sanapon pernah mengalami kejadian2 yg tidak diingini tersebut kan???Tapi pengalaman2 tersebut cukup untuk membuatkan saya fobia dan trauma setiap kali menaiki LRT yg sesak..Oleh itu saya sgt2 bersetuju kalau pihak LRT ingin mewujudkan koc untuk wanita sahaja.

***Artikel dipetik dari akhbar Kosmo!12 Julai 2010
KUALA LUMPUR - Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) membayangkan hasrat untuk mengikuti jejak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan memperkenalkan koc wanita bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel di ibu kota tidak lama lagi.
Kosmo! turut difahamkan, Prasarana yang merupakan pemilik dan pengendali pengangkutan awam LRT Aliran Ampang, LRT Aliran Kelana Jaya dan sistem monorel Kuala Lumpur telah membentuk satu jawatankuasa untuk tujuan itu.
Antara langkah yang telah diambil ialah mengadakan pertemuan dengan pihak KTMB yang antara lain bertujuan mempelajari teknik dan amalan di sebalik kejayaan pelaksanaan gerabak khas untuk kaum wanita oleh KTMB.
Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Prasarana, Ebi Azly Abdullah yang mengesahkan perkara itu mengakui RapidKL Sdn. Bhd. (RapidKL) sedang dalam proses mengkaji cadangan pelaksanaan koc wanita bagi perkhidmatan LRT dan monorel.
"Ya, kita sedang mengkaji dengan sangat mendalam mengenainya," kata beliau di sini semalam.
Menurut Ebi Azly, kajian itu bertujuan menentukan sama ada pelaksanaan koc wanita boleh dijalankan dengan berkesan dalam sistem rel yang dikendalikan oleh RapidKL.


P/S:Harap2 terlaksana lah yek..

5 comments:

FyZa said...

ha bgus gak la klu lrt pun ikt jejak ktm..;)

Unknown said...

sudah tiba masa LRT ikut jejak langkah KTM tapi harus ada follow up dilakukan sebab ramai orang yang tak reti bahasa......

hamzah ian said...

lor.. ktm same je ade koc wanita ni.. aku tngk laki pun naik selambe je

Norasikin said...

pilih dan wartakan satu warna untuk wanita contohnya pink dan warnakan untuk semua benda yang khusus untuk wanita seperti koc, toilet dan lain-lain. Baru la diaorg tak salah masuk.

mizz nuni said...

bgusla kalau lrt pon ada koc utk wanita..
xdela kaum2 wanita dok berhimpit2 ngan kaum llaki..
tapi kalau boley,kt koc wanita tu mst ade pekerja yg jaga..kalau tak kaum2 llaki ni amik ksmptn dok kt koc wanita tu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails