Adds by nuffnang

Friday, July 23, 2010

Tidak puas hati dengan klinik ini...

Alkisahnya begini, anak saya sudah 6 hari demam.Masa hari kedua demam , saya bawa anak saya jumpa doktor di sebuah klinik swasta, Taman Dato Senu, Sentul.Doktor cakap hanya demam biasa(suhu ketika itu 37.3) dan sekiranya demam berlarutan dua hari bawa klinik lagi sebab takut denggi.So balik kami diberi 2 jenis ubat, Antibiotik dan demam.Sampai rumah, ketika saya nak bagi anak saya makan ubat, saya dapati cover seal untuk ubat Antibiotik tu terkoyak.Saya was-was nak bagi makan ubat tu kat anak saya, takut la ubat tu dah tercemar ke apa, so bagi je ubat demam.Nak dijadikan cerita, anak saya demam tak baik2 juga, so semalam saya bawakla anak saya berjumpa doktor dari klinik yg sama.
Patient kat klinik waktu tu sangat ramai(haihhh..ramai betul org sakit2 sekarang)Agak lama jugak kitaorg menunggu.Bila sampai turn kami, doktor tu periksa nak cepat, cakap dengan kitaorg pon tak pandang langsung(aku sgt benci kalo doktor yg jenis macam ni).Bile time aku explain pasal anak aku, demam + cirit birit + muntah, dia hanya mengiyakan sahaja.Bila aku bgthu pasal ubat antibiotik tu yg dah terkoyak cover seal dia, doktor tu boleh cakap takpe, ubat tu belum expired dan boleh makan lagi.Pastu dia amik suhu (suhu anak saya mlm tu 38.9), check anak aku ala kadar dan cakap itu sahaja.boleh amik ubat.Thats it??? Saya tanya anak saya ni demam biasa je ke?Doktor tu cakap demam sebab cirit-birit...Hahhh???Sedangkan anak aku dah demam 3 hari...Tahulah patient ramai, tapi jangan la check anak kami ni ala kadar je..tahu nak amik duit je..Doktor ni bukan main lagi, nampak alim warak segala..tapi buat kerja sekadar melepas kan batuk di tangga...
Ok, dah abis pasal doktor.Ni nak cerita pasal ubat pulak.Doktor ni bagi ubat sakit perut, cirit birit , susu LF,dan ubat selsema.Thats it...no antibiotik (coz dia cakap antibiotik tu boleh makan lagi), ubat demam tak de (saya ingat kan nak bagi ubat demam yg upgrade sikit, coz dah tahu ubat demam yg hari tu tak berkesan!).Dan yg paling best ni ha,


Ada ke patut bagi ubat untuk kanak-kanak 6 th keatas.Klinik ni tak de rekod anak aku baru 2 th.Nak kata takde, kitaorg memang selalu pegi klinik ni.Ni tak tahu la samada doktor yg salah prescribe ubat or staff dia yg salah amik ubat.
Aiyaakkk..susu ni utk kanak-kanak bwh setahun je..anak saya dah 2th 2 bulan..anak saya pon tak lalu nak minum susu ni...

*sigh*...so kesimpulannya , kitaorg dah banned itu klinik.Memang tak pergi dahpon klinik tu sebab nak pindah.

P/S:Sangat2 kecewa dengan attitude dan work ethic doktor melayu yg alim tersebut.Kadang2 doktor bangsa lain lebih bagus dan teliti check pesakit drpd bangsa sendiri.*sigh*

3 comments:

.::NiK's WiFeY n MoMmY::. said...

teruk nya doc tu...tak beretika langsung..nyampah nye...geram pun ada...lin mcm dpt rasa je su nak je marah dia kan..!..jgn bg anak ubat yg utk 6 thn tu ye...take care mama and son.. :)

Anonymous said...

pasni sila pegi jumpa doc lim eh...hehehe-shimato-

Abd Karim MJ said...

Actually maybe doc tu buat part time jer kat sana.. tu yang main2 jer kot...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails